Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, May 31, 2017

Awak sgt sweetla Zahra!

0 comments
Something really sweet happend today. Lepas berbuka, selalunya kakak zara akan solat berjemaah dengan mama. Zariff pulak mesti nak tunggu papa solat.

Hari ni bertukar pasangan, zariff tiba2 nak solat dengan mama. Kakak plak xnak solat sama dengan adik. Adui drama apekah la..jadiknye, nik pujuklaa kakak supaya bg adk solat ngn mama, kakak tunggu papa pulak. (Yee memang susah nk jemaah sama2 berempat. Nanti kami improve ekk).


Pastu, lepas kakak dengan papa solat. Kakak salam cium tangan papa. Tiba2 dia bangun melompat sambil cakap "yea!!! Dapat solat dengan papa malam ni!!" 


Ya Allah..tersentuh sangat hati ibu yang lemah longlai ni. Sweetnye laa anak dara mama. Rupanya selama ni dia lama dah nak solat ngn papa tapi asyik adik je dpt. Adik n kakak plak xleh buat sama2, gaduh. Huhu

Saturday, May 27, 2017

Selamat berpuasa!

0 comments
1 Ramadhan 2017 bersamaan 27/05/17

Di sini nik nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat beragama islam dia seluruh dunia.

Petang ni so far so good. Hari pertama puasa not bad la. Tak teruk sangat tahap lapar dan dahaga tu. Mungkin sebab dah mind setting xnak banyak gerak, nak rilek-rilek dalam blik je sambil kemas almari. 

Petang untuk berbuka pon, encek kema masak simple je, singgang daging dengan telor dadar. Ciksu nabilah la bangak shopping kuih harini. Kuih akok bunga la, popia laa, tauhu sumbat, taufu fah, agar2 pandan dan bandung cincau. Fuuuhhh. Penuh jugak meja konon ala2 nak bersederhana tu hehe


Lepas maghrib harini pon, perot still under control. Guling2 kejap pastu sempat baca surah yusoof. Ehemm. Almaklumlahh, nak anak hensem! Hahahaha

Oh yaa...cakap pasal anak comel ni kan, lepas isyak td mcm xtau nak buat apa (nak gi trawikh mcm tak larat. Perot syik mengeras je kebelakangan ni). Nik amik handfon, sambil tidorkan zariff..kakak pulak ikot papa gi rumah uncle supardi (dalam taman perumahan yang sama). Nik pulak belek gambar the third ni. Agaknye muka sapa la nanti..


Haa tu dia. Gambar scan kakak dalam perot mcm tula. Keluarnya sebijik cam dalam scan ru rsanya. Zariff plak camtulah. Kluaran pn dah boleh tengok sekarang. So tinggal surprise yg ketiga ni. Agaknye camne la ye..hehe. Tak sabarnye nak tunggu baby keluar.

Kakak abang tak payah cakapla. Hari2 datang gosok perot cakap dengan baby. Harap2 baby kenal dan cam suara kakak abang bila kluar nanti ye. We love you baby!!

Thursday, May 25, 2017

[25 weeks] Detailed Scan 3rd Baby

0 comments
Detailed Scan

Alhamdulillah...sampai juga akhirnya appointment mama, papa, kakak dan abang dengan baby. Memang tak dinafikan, kami menghitung hari untuk buat detailed scan ni pada waktu yang paling optimal.
Kalau terlalu awal pon xmenarik jugak, sebab badan baby sangat kurus dan cengkung. Tak dapat agak rupa sebenar. Tapi kalau terlebih lambat pon xsesuai jugak macam minggu 30 ke atas. Sebab masa tu baby dah sangat besar dan memenuhi ruang rahim. Susah doctor nak scan.
Jadi..untuk minggu 24-28 adalah paling bagus.

Ha...inilah baby ketiga kami. Alhamdulillah...Syukur kehadrat ilahi. Baby sangat sihat dan sangat sempurna. Semuanya dalam keadaan yang sangat baik tanpa cacat cela InsyaAllah.
Jadi...agak-agak baby ketiga ni ikot muka kakak ke muka abang ni? (hehehe xcompare dengan muka papa mama lagi dah...muka kakak abang je terus).
Oh ye...nak tau jantina? Ofkos laa...tu yang paling tak sabar sebenarnya.
Haaa camne? pandai tengok tak? Kedudukan baby waktu ni meringkuk kedalam. Kat luar permukaan perot depan kite ni..adalah tulang belakang dia. Kedudukan kaki dan gender tu sedikit kedalam menempel di dinding rahim. Agak susah sikit doc nak suluh bagi cerah. Tapi still nampak walaupon gelap.
Yee...its a Boy! Kawan abang zariff la nanti hehe.
Tapi kesian kat kakak zara..mengharap nak baby girl. Nak geng ngan dia katanya. Hehehe takpe kakak, mama ade satu lg quota. Nnati mama keluarkan girl nxt 2years ek. hehehe
Hearbeat alhamdulillah ok. Doctor cakap degupan jantung baby dlm perot sekarang  120++ which is normal utk keadaan dia. Sihat..

Time dengar jantung anak...rasanya semua mommy pon feeling sama ngan nik kot. Rasa bergetar jantung2 ni...sweet..Perlahan-lahan...air mata pon boleh bergenang tau. Bukan nak cakap jiwa kite lembut ke sentimental ke or whatever related tu. Tapi pengakuan..

Sepanjang menjejelah ke setiap inci badan baby masa scan tu, perasaan berdebar..excited..terharu..terpegun Subhanallah!

Sepanjang scan ni berlangsung, sepanjang tu jugaklaa baby letak dua-dua tangan kat muka. Rezeki sangat bila baby bagi tengok muka dlm 10saat tu je.. Masa tu la doc berjaya snap gmbr paling atas tadi tu laju2. Tapi sangat2 sekejap...pastu baby letak balik tangan kt muka..then langsung tak dapat tengok daah.
Hehehe baby ni..penuh surprise tau!
Tu image kalau 2D ye...
Ok baby...kite jumpa bila keluar nanti ye...Be good in there...your sister and brother cant wait to see you! 

Friday, May 19, 2017

Hadiah Hari Guru

0 comments
Date:19/05/17
Time: 7.30am
Venue:

 16 May (selasa) beberapa hari lepas kan Hari Guru. Memandangkan mama ni selalu lupa nak prepare hadiah untuk teacher Kakak Zahra, malam tadi memang mama dah make sure kesilapan sama tak berulang.

Sebelum tido, cepat-cepat masuk stor amik barang dalam kotak. Ehhh walaupon amik dari stor, tak bermakna barang tu barang lama tau. Latest set tupperware untuk teacher tersayang.




Teacher class kakak zahra namanya Teacher Emma. Memang kakak sayang sangat dengan teacher dia. Hari-hari balik rumah cerita pasal teacher dia. Cara kakak cerita tu memang sangat baik. 

Tiap kali kitorang tengok homework kakak buat, level of learning diorang ni dh mcm budak darjah2. Masa nik tengok tu pon dalam hati fikir, "eh..boleh kee kakak jawab ni. Takkan silibus budak tadika zaman sekarang macam ni kot". Tapi kan, bila tengok zahra tu macam rilek je jawab...kitorang pulak rasa cam "erkk...macam manalaaa teacher dia ajar. Hebat betol laa teacher dia. Boleh buat budak2 faham exercise budak besar..mygod!"

Apa-apa pon..sempena Hari Guru ni..Kami sekeluarga nak ucapkan Tahniah dan Terima Kasih sangat-sangat pada semua teacher kat Q-Dees Shah Alam Seksyen 11. You are owesome!!!!

Thursday, May 18, 2017

Dua hero demam+selesema+semput

0 comments
Date: 18.05.2017
Time:
Venue: Klinik Nik Isahak

Hari ni dua-dua hero rumah ni tak sihat. Realitinya, dua beranak ni memang sharing the same blood line. Sistem pertahanan badan dua beranak ni pon almost sama behaviour nya. 

Kenapa kita cakap macam tu, sebabnya...kalau anak demam, papa pon demam. Kalau papa demam, anak pon of course turut sama demam.

Macam hari ni, dua-dua demam yang sama, selesema pon sama...dan semput yang sama. Tak boleh nak bernafas as normal.

Lagi-lagi zariff, he was so struggle to breath. Kesian betol kita tengok dia. Tapi, he seem to be immunized already. Dah biasa orang kata. Biasa tak biasa, still tak boleh buat-buat tak tau je. Semput ni sangat bahaya.


 Rutin juga, kalau nampak keadaan macam tu kami akan ke klinik amik neb. Bagi gas kat zariff memang nampak improve sikit cara bernafas dia.




Sementara tunggu turn, melentok-lentok kepenatan. Memang sangat tak larat tu. Alah...kata budak kan, kita sendiri yang dah dewasa ni pon rasa nak landing saja memanjang kan?



Papa dia pon samala...penat sangat...tak larat sangat.




Allah rambut anak mama..huhuhu. Memang nik tak mandikan zariff pon harini. Kesian kat dia.


Ok..yang ni nangis  ni bukan sebab kene neb. Tapi dia nangis sebab kitorang suruh dia pegang sendiri nebulizer tu tapi dia taknak. Itu yang meraung-raung tu. ehhehe. At last kesian kan, ok la...mama pegang la...tak larat sangat agaknya.

Mama doakan awak sentiasa sihat walafiat ye Iman Zariff. Abang kan strong..huhu

Tuesday, May 16, 2017

Happy Mother's Day Kad dari Zahra

0 comments
Date:16.05.2017

 Wa...hari ni dapat surprise dari Kakak Zahra la. Kakak buatkan kad Happy Mother's Day untuk mama. Sweet!

Balik kerja, excited bukan main lagi dia nak tunjuk kad nak bagi mama. Ingat kad apa la tadi hihi.


Bagus teacher kakak zahra ni kan, tulis nama penuh kat kad. Suka lah macam ni... Terasa begitu dihargai lah!



Ini pulak muka surat pertama dan kedua kad. 3D style kad. creative sekolah kakak zahra ni. Buat kad macam ni memang mencabar jugak sebenarnya untuk kanak-kanak sebaya diorang ni.

Tapi memang agak rare la kan? 


Ini last page kad tu. From Iman Nur Zahra la ni. Hehehe...mama terharu sangat kakak! Terima kasih kakak zahra! Terima kasih teacher-teacher Q-Dees Shah Alam!!

Saturday, May 13, 2017

Luang masa di rumah saja

0 comments
Date:13.05.2017
Time: 4.00pm
Venue:Home

Happy sunday!!!

Hari ahad ni selalunya ramai yang tak suka keluar rumah kan. Banyak lepak kat rumah je. Quality time kononyelah! hehee

Hmm pada mama...kat mana-mana pon kalau kita betol2 spend time dengan anak-anak, semua consider quality time. Tak semestinya kat rumah, atau keluar jalan2. 
 


Hari ni..panas yang amat. Dengan kakak zara yang tengah naik campak tu, panas-panas pedih gatal je. Kasi dia main air je senang. Main kat rumah je, tak boleh bawak main air kat luar kang pelik pula orang tengok hehe



 Tapi biasanya, abang zariff la yang lebih-lebih kalau bab main ni. Kalau g waterpark..dia orang paling tak suka air. Kalau kat rumah pulak, boleh dia main air dalam bilik air berjam-jam lamanya. haha



 Bila petang, keluar rumah..main basikal pulak..aiyakkkk..berpeluh dah kene mandi balik hehe

Tapi yang tu xpe,  cuba tengok kakak zara tu, bawak ramai penumpang dia hahaha comel!
 

Zara kene demam campak

0 comments
Date: 12.05.2017
Time: 8.30pm
Venue:home
Sejak khamis semalam lagi, kakak zara demam tak dapat pergi sekolah. Mama dengan papa ni memang risau yang amat lah sebab zara ni jarang sangat-sangat demam. Kalau dia dah start demam tu, selalunya bagi ubat sekali je terus kebah. Harini sabtu masuk hari ketiga, tak kebah lagi. Rupa-rupanya nak naik demam campak. 
Huhuhu..
Sepatotnye esok zara ada sport day yang dianjurkan oleh q-dees. Buat kat dewan seksyen 13 shah alam. Tapi apakan daya, tak ada rezeki nak join sebab demam teruk sangat. 

Sejak naik bintik merah campak satu badan ni, memang zara mengadu gatal2. Kesian. Pastu panas...so panas dengan gatal2 memang suffer i tell u!

Laju-laju la kami gi klinik amik ubat tahan gatal dengan ubat sapu warna putih (calamine lotion). Haa...lepas sapu ngan makan ubat ni nampak dia tenang dan tak menggaru. Huhuhu sedih...


Belakang penuh tu ha huhu

Kat kaki pon ada



Wednesday, May 10, 2017

Gotong Royong pindah rumah

0 comments
Date:10/5/207
Venue: Home

Pengajaran hari ni ialah..berkawan biar seribu..bercinta biar satu..eh? hehe

Saje nak intro lain dari lain sikit harini sebab nak kongsi kisah kawan-kawan yang sanggup meluangkan masa hujung minggu dengan tolong potong rumput di rumah kami.

Saja ala kadar jamuan makan-makan potluck, kawan-kawan pakat bawak makanan sikit-sikit sorang. Alhamdulillah..rezeki dikongsi bersama.






Sementara perabot rumah masih tak sampai lagi, semua orang pandai je bawak diri..makan merata-rata di mana-mana saja..

Terima  kasih yang tak terhingga untuk kawan-kawan semua.

Tolong kami sekeluarga..

Alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...