Date:19/05/17
Time: 7.30am
Venue:
16 May (selasa) beberapa hari lepas kan Hari Guru. Memandangkan mama ni selalu lupa nak prepare hadiah untuk teacher Kakak Zahra, malam tadi memang mama dah make sure kesilapan sama tak berulang.
Sebelum tido, cepat-cepat masuk stor amik barang dalam kotak. Ehhh walaupon amik dari stor, tak bermakna barang tu barang lama tau. Latest set tupperware untuk teacher tersayang.
Teacher class kakak zahra namanya Teacher Emma. Memang kakak sayang sangat dengan teacher dia. Hari-hari balik rumah cerita pasal teacher dia. Cara kakak cerita tu memang sangat baik.
Tiap kali kitorang tengok homework kakak buat, level of learning diorang ni dh mcm budak darjah2. Masa nik tengok tu pon dalam hati fikir, "eh..boleh kee kakak jawab ni. Takkan silibus budak tadika zaman sekarang macam ni kot". Tapi kan, bila tengok zahra tu macam rilek je jawab...kitorang pulak rasa cam "erkk...macam manalaaa teacher dia ajar. Hebat betol laa teacher dia. Boleh buat budak2 faham exercise budak besar..mygod!"
Apa-apa pon..sempena Hari Guru ni..Kami sekeluarga nak ucapkan Tahniah dan Terima Kasih sangat-sangat pada semua teacher kat Q-Dees Shah Alam Seksyen 11. You are owesome!!!!
0 comments on "Hadiah Hari Guru"
Post a Comment