Date: 18.05.2017
Time:
Venue: Klinik Nik Isahak
Hari ni dua-dua hero rumah ni tak sihat. Realitinya, dua beranak ni memang sharing the same blood line. Sistem pertahanan badan dua beranak ni pon almost sama behaviour nya.
Kenapa kita cakap macam tu, sebabnya...kalau anak demam, papa pon demam. Kalau papa demam, anak pon of course turut sama demam.
Macam hari ni, dua-dua demam yang sama, selesema pon sama...dan semput yang sama. Tak boleh nak bernafas as normal.
Lagi-lagi zariff, he was so struggle to breath. Kesian betol kita tengok dia. Tapi, he seem to be immunized already. Dah biasa orang kata. Biasa tak biasa, still tak boleh buat-buat tak tau je. Semput ni sangat bahaya.
Rutin juga, kalau nampak keadaan macam tu kami akan ke klinik amik neb. Bagi gas kat zariff memang nampak improve sikit cara bernafas dia.
Sementara tunggu turn, melentok-lentok kepenatan. Memang sangat tak larat tu. Alah...kata budak kan, kita sendiri yang dah dewasa ni pon rasa nak landing saja memanjang kan?
Papa dia pon samala...penat sangat...tak larat sangat.
Allah rambut anak mama..huhuhu. Memang nik tak mandikan zariff pon harini. Kesian kat dia.
Ok..yang ni nangis ni bukan sebab kene neb. Tapi dia nangis sebab kitorang suruh dia pegang sendiri nebulizer tu tapi dia taknak. Itu yang meraung-raung tu. ehhehe. At last kesian kan, ok la...mama pegang la...tak larat sangat agaknya.
Mama doakan awak sentiasa sihat walafiat ye Iman Zariff. Abang kan strong..huhu
0 comments on "Dua hero demam+selesema+semput"
Post a Comment