Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, June 21, 2017

Dont grow so fast!

0 comments
Date: 20/06/2017
Time: 6.30pm


Hari ni takde sebarang gambar pon nak share sebagai kenangan, cuma nak cerita  kisah kakak zara pagi tadi.

Sejak malam tadi, kakak tido tak lena. Selalunya kakak ni memang takkan ada masalah dengan tidur kecuali kalau dia tak sihat je. Bila sahur pagi tadi, kakak zara bangun sahur sekali dengan kitorang.

Pelik..kami tanya kenapa kakak bangun awal sangat. Dia macam lemah je, then kami sentuh dahi dia memang sangat panas. Demam rupanya. Kesian...Jadi mama bagi ubat demam kat zara, suruh dia bubuh sendiri dalam bekas tu sebanyak 5ml. Kakak bubuh sendiri dan minum tanpa banyak cekadak.

Then kakak mintak air milo ais. Masa tu sahur dah nak hujung-hujung masa dah. Kitorang pon tengah rushing, tapi buat jugak milo ais kakak laju2.

Lepas setel air milo dia, tak habis pon..half cawan tu kakak simpan dalam peti. Nik buka peti ais nampak air milo dia separuh mug, terdetik dlm hati, Bagusnyaa la kakak huhu. Tau tak habis pandai2 simpan dalam peti tanpa disuruh pon. Kami pula sambung makan sahur sampaila azan.

Nampak kakak zara masuk blik, ingat dia nak tido ke nak rehat. Sekali dia jalan masuk bilik air, dan mandi...Ya Allah..nak gi sekolah rupanya. Masa tu baru jam 6pagi. Aduiii  kakak, kenapa bagus sangat ni...Mama terharu tau tak..

Pastu nik cakap "kakak xyahla gi school, kakak kan demam.." Dengan lembut je dia jawab "xpe mama...kakak ok. Nanti kejap la mama betolkan rambut kakak eyh..messy sgtla mama". Huhuhu...why awak matured sangat zara. Why!

Mungkin sebab dah nak dapat lagi sorang adik kot. Semulajadi sifat seorang kakak, berdikari tu...lahir dalam jiwa dia. Zara ni tak dinafikan, dia sangat manja. Princess ala-ala diva semua ada. Tapi dia sangat matang..matang dalam pelbagai aspek.

Ya Allah terharunya...pastu nik nak kluar rumah dalam pukul 6.30, xsama laluan dengan school zara. Kakak mintak nik hantarkan dia ke school. Nik cakap, tunggu papa hantar..sebab jalan tak sama..dia pon redha je tanpa sentap or nangis atau buat hal. Huhuhu 

I am now realize that my little daughter has grown up. Masih tak dapat terima hakikat..masih rasa dia baby2 je lagi..sedih...

Kakak Zahra...now mama really understand the statement whose parents always spell out "dont grow so fast!". Yes.. mama pon rasa benda sama sekarang ni. Huhuhu..

Love you daughter!

Saturday, June 10, 2017

Majlis Berbuka kecil-kecilan

0 comments
Semalam, balik kerja terus hantar ciksu nabilah dengan uncle joe naik flite kat subang airport sebab diorang nak balik kampung. Jalan yang super jem sebab cuti 3 hari agaknya, tambah lagi jumaat dan ada pulak accident...jadi bertambah laa keadaan jem.

Sudahnya, planning nak cari baju raya anak semua lari lintang pukang. Sampai airport pn dh berbuka. Redah saja laa makan apa yang patot kat macdonalds.

Balik rumah memang penat. Sampai bgun pagi tadi langsung xingat nak tanya encek kema, jadi ke nak masak2 berbuka harini. Huhu

Keluar blik tengok encek kema dah beli barang masak dh penuh satu dapur. Ok plan masih berjalan nmpaknya. Nik pon amik tugas kemas segala toys simpan dlm stor, sapu2, kluarkan pinggan mangkuk, ngn bekas hidang semua. Siap.

Tunggu nasi arab dan lauk-lauk siap je masukk je dlm periok.



Camtu rupanya, buat 2 periuk noxxa nasi arab dengan satu periuk nasi putih. Kotla ada orang dah tak lalu nk makan nasi arab kan. Hehe

Camni je, simple menu saja. Nasi arab, yg ade sekor ayam dlm nasi, ayam masak merah 2 ekor, seperiok dalca terung, acar timun style kelantan dengan telor goreng. Itu saja. Pastu ada ayam golek kawan encek kema bawak.


Kuih muih pulak memang banyak, ada biji nangka, onde-onde, ketayap, roti john, krim puff, tepung pelita, karipap, popia goreng, dan beberapa kuih lain dtg selepas dalam gambar di atas di snap.




Memu paling special harini adalah kambing bakar. Auntie fida (tudung oren dalam gambar) tu yang sponsor. Malam tadi auntie fida dah siap2 perap, harini bakor je!


Ni abam2 sado tukar bkar kambing ni. Hehe. 


Waktu nk berbuka, para suami ni memang sejenis suka bersantai kat luar. Semua sepesen, lepak makan luar huhu. Sudahnya, diorang bentang tikar dengan banner kat luar je. Mak ngn ank2 je kat ldalam.


Dekat2 nak berbuka tu, kami adakan bacaan yasin sikit, berzikir ckt, maklumlaa, sempena bulan berkat bulan ramadhan ni kan. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Buat solat hajat juga, solat berjemah maghrib sekali. 


Syukur...Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas rezeki yang dapat dikongsi bersama ni. 

Wednesday, June 7, 2017

Naughty Boy

0 comments
Hari ni kejadian pening nak muntah, sakit urat loya segala lah lepas berbuka puasa. Xtau nak cakap salah makan apa.

Berbuka hari ni lauk special ayam percik homemade encek akmal masak. Tak logic pulak kalau sampai boleh angin macam tu. Bila difikir balik, mungkin sebab air longan kot. Selalu berbuka dengan air teh o panas atau nescafe panas. Gatal pulak harini berbuka minum air longan. Sebuuuu perot..sakit urat yang amat.


Haa ini dia ayam percik tradisi orang kelantan tu. Patotnya kaler putih perciknya tapi xtau camne jadi kekuningan sikit. Tapi rasa marbeles!

Ada sayur campur goreng sikit tapi nik xmakan sangat sayur. Jadi tak snap la gambar nya hehehe.

Pastu lepas maghrib memang lemah badan sgt, tido sampai jam 10 bangun tengok drama "Andainya Takdir". Tiba2 tengah syok tengok drama tu kan..sorang budak cerdik panjang akal ni datang dengan gembiranya :


Aduilaa anak...tidakkah rasa sangat hangin makin bertambah satu badan? Apekahhhh??? Apekah yg anda dh buat anak ooii..

Tiba2 kakak zara cakap, suruh masuk bilik tengok laptop..ink penuh kt laptop. Uwaaaa..masalahnya bukan saja laptop..lantai bilik dari bilik air hingga ke katil penuh menitik dengan ink hitam.

Ya Allah...so..marilah kita mengemop beramai-ramai malam ni.huhu

Sekian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...