Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, June 10, 2017

Majlis Berbuka kecil-kecilan


Semalam, balik kerja terus hantar ciksu nabilah dengan uncle joe naik flite kat subang airport sebab diorang nak balik kampung. Jalan yang super jem sebab cuti 3 hari agaknya, tambah lagi jumaat dan ada pulak accident...jadi bertambah laa keadaan jem.

Sudahnya, planning nak cari baju raya anak semua lari lintang pukang. Sampai airport pn dh berbuka. Redah saja laa makan apa yang patot kat macdonalds.

Balik rumah memang penat. Sampai bgun pagi tadi langsung xingat nak tanya encek kema, jadi ke nak masak2 berbuka harini. Huhu

Keluar blik tengok encek kema dah beli barang masak dh penuh satu dapur. Ok plan masih berjalan nmpaknya. Nik pon amik tugas kemas segala toys simpan dlm stor, sapu2, kluarkan pinggan mangkuk, ngn bekas hidang semua. Siap.

Tunggu nasi arab dan lauk-lauk siap je masukk je dlm periok.



Camtu rupanya, buat 2 periuk noxxa nasi arab dengan satu periuk nasi putih. Kotla ada orang dah tak lalu nk makan nasi arab kan. Hehe

Camni je, simple menu saja. Nasi arab, yg ade sekor ayam dlm nasi, ayam masak merah 2 ekor, seperiok dalca terung, acar timun style kelantan dengan telor goreng. Itu saja. Pastu ada ayam golek kawan encek kema bawak.


Kuih muih pulak memang banyak, ada biji nangka, onde-onde, ketayap, roti john, krim puff, tepung pelita, karipap, popia goreng, dan beberapa kuih lain dtg selepas dalam gambar di atas di snap.




Memu paling special harini adalah kambing bakar. Auntie fida (tudung oren dalam gambar) tu yang sponsor. Malam tadi auntie fida dah siap2 perap, harini bakor je!


Ni abam2 sado tukar bkar kambing ni. Hehe. 


Waktu nk berbuka, para suami ni memang sejenis suka bersantai kat luar. Semua sepesen, lepak makan luar huhu. Sudahnya, diorang bentang tikar dengan banner kat luar je. Mak ngn ank2 je kat ldalam.


Dekat2 nak berbuka tu, kami adakan bacaan yasin sikit, berzikir ckt, maklumlaa, sempena bulan berkat bulan ramadhan ni kan. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Buat solat hajat juga, solat berjemah maghrib sekali. 


Syukur...Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas rezeki yang dapat dikongsi bersama ni. 

0 comments on "Majlis Berbuka kecil-kecilan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...