Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, June 21, 2017

Dont grow so fast!


Date: 20/06/2017
Time: 6.30pm


Hari ni takde sebarang gambar pon nak share sebagai kenangan, cuma nak cerita  kisah kakak zara pagi tadi.

Sejak malam tadi, kakak tido tak lena. Selalunya kakak ni memang takkan ada masalah dengan tidur kecuali kalau dia tak sihat je. Bila sahur pagi tadi, kakak zara bangun sahur sekali dengan kitorang.

Pelik..kami tanya kenapa kakak bangun awal sangat. Dia macam lemah je, then kami sentuh dahi dia memang sangat panas. Demam rupanya. Kesian...Jadi mama bagi ubat demam kat zara, suruh dia bubuh sendiri dalam bekas tu sebanyak 5ml. Kakak bubuh sendiri dan minum tanpa banyak cekadak.

Then kakak mintak air milo ais. Masa tu sahur dah nak hujung-hujung masa dah. Kitorang pon tengah rushing, tapi buat jugak milo ais kakak laju2.

Lepas setel air milo dia, tak habis pon..half cawan tu kakak simpan dalam peti. Nik buka peti ais nampak air milo dia separuh mug, terdetik dlm hati, Bagusnyaa la kakak huhu. Tau tak habis pandai2 simpan dalam peti tanpa disuruh pon. Kami pula sambung makan sahur sampaila azan.

Nampak kakak zara masuk blik, ingat dia nak tido ke nak rehat. Sekali dia jalan masuk bilik air, dan mandi...Ya Allah..nak gi sekolah rupanya. Masa tu baru jam 6pagi. Aduiii  kakak, kenapa bagus sangat ni...Mama terharu tau tak..

Pastu nik cakap "kakak xyahla gi school, kakak kan demam.." Dengan lembut je dia jawab "xpe mama...kakak ok. Nanti kejap la mama betolkan rambut kakak eyh..messy sgtla mama". Huhuhu...why awak matured sangat zara. Why!

Mungkin sebab dah nak dapat lagi sorang adik kot. Semulajadi sifat seorang kakak, berdikari tu...lahir dalam jiwa dia. Zara ni tak dinafikan, dia sangat manja. Princess ala-ala diva semua ada. Tapi dia sangat matang..matang dalam pelbagai aspek.

Ya Allah terharunya...pastu nik nak kluar rumah dalam pukul 6.30, xsama laluan dengan school zara. Kakak mintak nik hantarkan dia ke school. Nik cakap, tunggu papa hantar..sebab jalan tak sama..dia pon redha je tanpa sentap or nangis atau buat hal. Huhuhu 

I am now realize that my little daughter has grown up. Masih tak dapat terima hakikat..masih rasa dia baby2 je lagi..sedih...

Kakak Zahra...now mama really understand the statement whose parents always spell out "dont grow so fast!". Yes.. mama pon rasa benda sama sekarang ni. Huhuhu..

Love you daughter!

0 comments on "Dont grow so fast!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...