Date: 20.07.2017
Time:
Venue:
Important Note: 34weeks.
Hari ni checkup yang ke 8bulan 2minggu. Sekarang ni memang dah mula checkup 2minggu sekali di klinik kesihatan daerah.
Size Baby
Perkembangan baby, kalau ikut misi ukur dari luar panjang 31cm. xpasti kalau baby keluar berapa panjang dan berat buat masa ni. Sebab kalau nak tau berat kene gi scan. Tunggu appointment dengan klinik Nadi Iman pulak.
Berat Ibu
Alhamdulillah. Berat mama dari last 2 weeks, naik 1.33kg. Terkejut yang amat sebenarnya sebab sepanjang pregnancy, berat minggu ni paling win naik. Kalau timbang 4/7/2017 last checkup hari tu pon naik 500g je dalam masa sebulan. Kali ni naik 1.3kg ni dalam masa 2minggu.
Tak pasti mama yang makin membesar (tu mcm pasti je), atau baby pon cepat membesar dalam perot tu kan?
HB (Kepekatan Darah)
Maintain seperti biasa. Mama memang jarang ada masalah HB low ni kalau masa pregnant either pregnant kakak zahra, abang zariff or baby. Semua ok Alhamdulillah. HB kali ni 12.0. Also in good condition. Bacaan minimum is HB=10. So kalau atas dari 10, ok misi cakap.
Keputihan
Kali ni ada sedikit keputihan atau discharge keluar. Sejak minggu lepas. Sikit tak selesa. Sementara checkup ni, mama ada mengadu kat doctor. Jadi doctor cakap benda macam tu memang tak boleh dibiarkan sebab baby pon boleh kata anytime nak keluar. Keputihan ni boleh menyebabkan jangkitan kuman pada baby masa baby nak keluar.
So, doctor menjalankan satu procedure yang mama sendiri pon xpasti word tu. Tapi caranya, doctor masukkan satu alat ke faraj, ala-ala macam muncung itik, amik sample keputihan dan check takot-takot ade GBS. Alhamdulillah...result ok. Cuma keputihan biasa sahaja.
Doctor bagi ubat insert ni je.
Pergerakan Baby
Alhamdulillah. Pergerakan baby memang cukup dengan kiraan dan waktu yang sepatotnye. Mama kene catat setiap kali baby bergerak dari jam 9pagi hingga 9malam. KENE cukup 10kali before 9pm. Kalau by 9pm tu xcukup 10 kali jugak, kene laju-laju gi hospital.
Ok..ini dulu update buat perkembangan baby dalam tummy. Baby keluar cepat2 dan mudah2 ye. Kakak dan abang tak sabar sangat dah nk jumpa awak tu. Hari-hari cium perot mama hehehe.
0 comments on "[34 weeks] Checkup"
Post a Comment