Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, August 22, 2017

Admitted in HUSM


Date:22/08/2017
Venue:Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Time:3.30pm



Hari ni plan nak pergi klinik kesihatan kampung, nak sambung checkup kat sini sebagai persediaan nak bersalin kat sini. Alang-alang hari ni Baby Aydan pon checkup 2bulan, mama pon excited jugakla nak pergi klinik hari ni. Nak saing dengan ummi. hehe.

Tapi frust...papa bangun lambat. Mama dan papa pon gerak ke klinik dah lewat. Baby Aydan dan lama sampai. Dah siap cucuk 2 bulan dah pon. Tapi mama sempat juga la jumpa ummi. Borak kat klinik.

Masa nurse check perot mama, nurse tak jumpa heart beat baby. Hmm..mama memang tak pelik sebab baby suka duduk serong sikit dalam perot. Jadi nurse susah nak jumpa heartbeat. Kejadian macam ni memang dah imune.

Tapi bila nurse dah jumpa heart beat, kecoh pula pasal kedudukan baby yang songsang melintang ni. Nurse cakap, sepatutnya kene pusing baby bagi kepala dok bawah seawal minggu ke-35 lagi. Tapi sekarang dah 38minggu 2 hari.

Nurse suruh kami pergi ke klinik kesihatan daerah pulak. Jumpa doktor dan scan untuk confirm kedudukan songsang baby.
So..mama dan papa pon pergi la ke klinik Mahligai pula. Bila scan, yes doktor cakap confirm baby melintang tapi serong kebawah. Obligue katanya. Doctor call HUSM dan cakap pula dengan pakar kat sana. Pakar dari HUSM suruh kami ke sana dengan kadar segera. Kami balik rumah pack barang, makan kenyang-kenyang. Terus gerak ke HUSM.

Di HUSM pula, doktor sahkan memang obligue. Masuk ward dulu untuk jumpa pakar O&G untuk dapatkan keputusan nak pusing baby supaya kepala ke bawah. Hmmm...jadi harini, mama tunggu jela apa kata doctor nanti.


0 comments on "Admitted in HUSM"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...