Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, August 23, 2017

Hari ke-2 di HUSM


Date:23/08/2017
Venue:Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Time:1.30pm

Baru satu hari menginap di HUSM ni, hazablaa mama kebosanan dan teringat sangat-sangat kat Zara Zariff kat rumah. Walaupun tau awak berdua dengan papa, tapi alahai rindunya mama.huhu.


Nasib baik ward di HUSM ni ada aircond dan berkipas juga. Dua-dua ada. Sejuk dan tenang la sikit. Tak macam pengalaman di Hospital Klang hari tu. Semalaman pon dah cukup hazabunnah! Panas subhanallah. Kipas ada 2 ketul je itu pun nun jauh di sana. Huhuhu..

Oh ya, update hari ini. Doctor datang malam tadi, doc cakap..memandangkan sekarang mama dah cukup term (cukup masa). Pastu dah 38minggu lebih. Jadinya doctor cakap sangat berisiko untuk nak pusingkan kepala baby. Boleh pusing, tapi high risk (risiko tinggi). Sebabnya, baby dah besar (masa scan baby semalam, doc cakap berat baby expected 3.6kg). Huhu jadinya baby dah memenuhi ruang perot. Tak cukup ruang nak pusing-pusing baby lagi.


So, doc decided untuk czer. Katanya kalau nak tunggu normal pon, atlast mungkin akan czer jugak sebab baby songsang. So mama pon pasrah jelah. Janji baby selamat. Tak nak berkira sangat nak bersalin normal ke apa. Tak nak fikir. Czer pon czer la janji baby keluar dengan sihat.

Doc plan untuk czer hari khamis 24/08/17 (esok!). Gulp..sebenarnya mama sangat nervous. Tak pernah ada pengalaman czer baby.huhu. Tiba-tiba pagi tadi, Prof Nik tak silap namanya. Buat rondaan ward. Dan semua doctor kene present kt prof untuk setiap patient. Tiba giliran mama, doc yang decide nak czer tu present. Cerita satu-satu kat prof. Mama pon angguk-angguk je la..tanda setuju dengan doc.


Tapi, prof nik tu cakap..."kenapa nak czer dia, rugila..puan ni dah pernah bersalin normal untuk 2kali kelahiran sebelum ni. Takkan tak nak bagi masa kat patient untuk tunggu baby dia pusing dulu" Gulp..sekali lagi mama terkedu. Doc tu jawab "Patient dah agree utk czer". Pastu prof nik cakap "ofkosla patient akan agree, patient mana tauu...bla bla bla kne bebel. Kesian...

Then, mama dapat lagi masa sampai sabtu utk monitor movement baby. Kalau baby pusing bawah, dapatla mama bersalin normal macam kakak dan abang.hehe

0 comments on "Hari ke-2 di HUSM"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...