Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, November 4, 2017

Datang jumpa Aariz


Date: 4.11.2017
Time: 8pm-12.30am
Venue: Rumah ciksu Wany

Selamat kembali ke diary online mama untuk anak-anak mama. Weekend ni rancangan aktiviti memang dah fully booked. Hari ni, kami nak jumpa tokma yoh kat airport, tokma transit dari johor bharu ke KL, untuk balik kota bharu. Sementara ada gap masa sikit tu la ruang untuk kami bertemu mata, beramah mesra.

Lepas balik dari airport, sempatla singgah merayau-rayau di taman masjid putrajaya. Lama tak singgah kat sini. Sejak-sejak bercuti balik kampung 2 bulan hihi.

Pastu, bawak budak handsome ni ke rumah ciksu wany pulak. Memang plan nak lepak sini sampai malam. Sebab malam ni papa ada gathering ngan geng kelab kereta wish dia. 

Seronok sangat la zahra dan zariff, datang rumah Aariz. Rindu kat Aariz katanya. Aariz pon lagi la seronok, abang kakak datang rumah dia. Main sama-sama. Ciksu masak spageti carbonara malam ni. Makanan kesukaan dua beradik ni la tu..


Ha tengok tu...teleng-teleng kepala abang zariff tengok camera haha. Aariz pulak macam ada aku kesah dengan camera? Kakak zahra biasala...make sure pose cantek dan sentiasa ready haha.



Rumah Aariz ni sama la macam rumah kami juga. Banyak mainan.hehe. Memang kalau budak-budak datang, tak bosan. Mainan segala umur ada. Zafri pulak alhamdulillah tak buat hal. Macam biasala dia, minum susu dan tido. 

Lepas mandi, zaffri adalaa dok main-main ngan abang-abang kakak kejap. Dah mula nak borak kan. Dah pandai kalau di agah dan diajak borak.

Dalam jam 12.30am barula papa datang jemput kami semua balik rumah. Seronok...

Nanti kita datang lagi ye...

Bye.

 

0 comments on "Datang jumpa Aariz"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...