Time: 8am
Venue:Home
Seperti yang sedia maklum, zaffri sekarang ni 100% di bawah jagaan papa sementara mama kerja. Sementara hujung tahum papa memang xbanyak project dan papa pon boleh settle kan urusan kerja malam hari. Itu pon ronda-ronda tengok pak guard masuk kerja ke tidak hehe.
Alhamdulillah...zaffri sangat baik. Tak meragam dan tak banyak kerenah. Sama dengan peel perangai abang zariff masa kecik-kecik dulu. Tak banyak ragam. Boboy2 mama semua good except for princess mama lah! hahaha
Zaffri ni...hari ni dah 83 hari. Sepanjang 83 hari ni, mama perasan zaffri ni sangat berdisiplin orang nya. hohoho..kecik2 dah tau sejenis yg berdisiplin! hahaha hebat betol mama korang ni kan?
Masa tu, alang-alang mama akan bagi susu kasi dia kenyang dan tidur. Tapi..idoknya tidur. Dah waktu bangun dia..bangun nak mainla..
Dan dalam jam 6.30 tu maksimum dah dia xnak duduk dalam bilik dah. Memang nak ajak keluar dari bilik tukar suasana.
Kat luar bilik dia akan termenung kejap tengok tv..pastu baru sambung tidur lagi sekali. ha...macam tu la rutin dia setiap hari.
Bila dah jam 8.30am dia dah mula rasa tak selesa..merengek nak mandi. Sebab dalam pantang dulu memang tokma mandikan zaffri setiap jam 8.30 am. So benda tu dah jadi rutin tau. Merengek selagi tak mandi. Dan dia takkan boleh tidur.
Petang pon sama, dalam jalm 6.30 tu tahan tak selesa sangat dh. Mesti nak kene mandi dan tukar baju tidur. Dari yang dok merengek mendengus marah tu, lepas je mandi dan tukar baju terus sengeh happy! Hahahaha...
Kene gaya dia...senyum melebar!
0 comments on "Rutin Zaffri (83days)"
Post a Comment