Date: 26 Ogos 2018
Venue: Pudi Chalet - Kuala Besut, Terengganu
Alhamdulillah, Zaffri dah masuk umur setahun. Pelbagai pengalaman dan kepandaian adik sehingga umur setahun ni.
Zaffri ni ada sedikit peel mulut becok macam kakak. Banyak bebel walaupun tatata bababa je. Menyembur berair mulut..lencun banjir satu kawasan.
Sedikit sebanyak nota untuk zaffri:
Kepandaian Vocab
1. Sebut Mmaaa...(Mama)
2. Sebut Ppaaaa (Papa)
3. Sebut TTaaaakkk! (Kakak)
4. Sebut Ball (garau betol sebutan ball ni. kelakar)
5. Dan mumblingg baby's talk contohnya macam Tatatata...bababababa..
6. Bunyi Meow (bila tengok kucing)
7. Bunyi Voooommmm (Bunyi enjin kereta, dalam betol bunyi kereta)
Kepandaian dan kefahaman
Panggil zaffri atau adik..dia akn pandang dan senyum.
Cakap Babai (Bye-bye), dia faham dan lambai2 dengan tangan. Maklumlah hari2 training babai2 kt mama ngan abang.
Kalau cakap "dik...come2!" mesti datang..faham sangat.
Pastu kalau cakap "clap!" nanti adik akan tepuk2 laa. hehe pandai sangat.
Hobi/Kegemaran
1. Ball
Dulu memang tak tau dia suka bola. Sebab kalau nak ikutkan abang zariff memang tak suka bola. Bagi dia main bola pon dia tak layan. Jadinya rumah kami takde bola. Kisahnya, satu hari kitorang pergi rumah ciksu wany, Aariz memang banyak bola. Sekali zaffri excited pulak. Kemain suka. Macam tau pulak bola tu kene pakai kaki. Walaupun dia duduk, tapi dia hulur-hulurkan kaki nak sepak bola. So sekarang ni, kalau pergi mana-mana, memang kami bagi bola la kat zaffri. Dia sure suka.
2. Tayar kereta mainan dan kereta mainan.
Yang ni rasanya semua baby boy suka la kot. Secara semulajadi suka. Kes zaffri pulak, mungkin sebab lahir-lahir je, abang dan papa dah bagi dia main hotwheels. Pastu tengok pulak koleksi-koleksi hotwheels abang dan papa yang penuh dinding. So secara sendiri dia suka kereta. Pandai pulak, gelek kereta sambil buat bunyi vooom...vooommmm... agaknya papa ajar kot ni.
3. Main air
Ni beza sikit dari abang zariff tapi sangat sama dengan kakak zara. Pantang ajak mandi memang excited suka mandi sebab suka main air. Pastu tampar2 permukaan air bagi merecik kene muka pastu gelak kuat-kuat. Haaa itu memang kegemaran. Tapi kakak lagi upgrade la, suka buat buble siapp penuh bilik air. Adik maybe soon. Abang? mandi pon meraung taknak, ini pulak nak bagi main air? Memang idokler..huhu
4. Memerhati luar rumah dari sliding door
Adik zaffri ni sejenis "observer" sikit. Suka sangat perhatikan orang lalu lalang tepi rumah. Orang joging tepi rumah ke. Apa-apa yang lalu lalang tepi rumahla. Kadang miow2 pon suka melepak tepi rumah kitorang tu. Bukan setakat Miow, Monkey pon banyak hahaha. So zaffri memang suka dok area tu. Termenung dan perhati.
Ok..buat hari ni..itu saja dulu. Nanti mama sambung lagi cerita pasal zahra zariff dan zaffri ye. Babai...
Sunday, August 26, 2018
Friday, August 17, 2018
Zarif tak meragam bgn tido
Date: 17.08.2018
Time: 9.00pm
Lately mama balik keje lambat. Sampai rumah dah dekat pukul 9 lebih setiap malam. Selalunya yang dah lena is adik zafri la. Tapi malam abang zarif pon dah tidur. Sedih sangat. Agaknya tengahari tadi tak tido la kot. Zarif memang sejenis yang kene tidur siang. Sekejap pon takpe.
So, bila bangun pagi tadi. Memang senyum lebar dia bangun. Happy sangat yaAllah. Rasa mood tiba2 good. Tak pernah laa dapat merasa senyuman abang di pagi hari macam pagi tadi. Terus malam ni type kat blog buat kenangan.
Bila on the way hantar zarif school, kakak pulak. Sedikit kelakar jugaklah. Pasal kakak zara.
Mama: "Kak...bila awak next exam ni? Aimy (kazen dia), dah last paper dh harini kak.."
Kakak Zara : "Entahla mama, cikgu takde cakap apa-apa pon"
Mama: Ouh yeke..tapi make sure dapat 100% tau!
Kakak Zara : Oke! senang jelah mama!! tapi sains tak senang. susah sikit nak dapat 100%.
Mama : oooo....yeke... kalau nak jadi hebat macam doktor..engineer.. sains kene score kakak. kene dapat 100%!
Kakak Zara: Ouh...kalau nk jadi org jual?? kene pandai apa mama?
Mama : Erkkkk..(dalam hati terfikir..semua benda nk relate ngan org jual2..uwa! memang betol2 business minded la awak ni zara). Kalau nak jadi orang jual-jual lagi la..kene pandai semua..lagi2 math tu. memang kene 100%!
Kakak Zara: Ok mama!
Hmmm...tak boleh blah dia dengan business minded. Tapi alhamdulillah..atleast anak mama yang baru nah cecah 7 tahun bulan 11 ni dah ada minat sendiri. Dah tau kehendak dan kecenderungan sendiri. Dah ada cita-cita yang realistik. Alhamduliilah. Mama sentiasa doakan kecemerlangan ank-anak mama dunia dan akhirat ye. Amin.
ohhh ya...hari ni cikgu ada update pasal aktiviti abang di sekolah.
Kata cikgu, Aktiviti membuat kad raya pula harini. Seronok abang. Hari-hari menarik pembelajarannya.
Thursday, August 2, 2018
Update kisah 3z...
Date: 02.08.2018
Time:
Venue:
Lama tak bercerita pasal anak-anak. Sejak kebelakangan ni dan sejak-sejak anak tiga ni memang terlajak busy. Kalau kat rumah, langsung tak sempat nak buka laptop sebab laptop dah kene conquer dengan kakak zara. Handphone mama pulak kene conquer dengan si abang zariff. Nak tengok tv pon tak sempat, sebab all the times bukak kartun zaffri je.
Hmmm nasib badanla ye. So, apa yang papa dan mama busy sangat tu? Ofkos la busy dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Non-stop oke! NOOOONNNN STTTOPPP! Memang agak salute jugakla dengan rumah sape2 yang anak ramai tu kemas dan tersusun rapi. Sebab rumah kami yang baru ada 3 ketol ni pon dah tak mampu nak nampak clear.
Buat masa ni, tukang "kemas" rumah is kakak zara lah. Peel puteri sorang ni, pantang nampak rumah kemas, tersusun...nanti dia akan angkut segala toys box dalam bilik dia, dia keluarkan dan mula main "jual-jual barang". Haa....start je main jual-jual ni memang habislah...habis! hmmm. Satu sifat semulajadi zara ni, business minded person. Semua benda dia fikir nak business. Even kalau tanya cita-cita dia pon, nak jadi orang jual-jual sebab banyak duit katanya hehe. Mama wish you all the best tau kakak zara!!
Zariff pulak, yang ni bukan kaki sepah rumah. Langsng tidak! So untung sapa bini dia nanti. Memang xpandai nyepah. hehehe. Sedikit berdisiplin compared to kakak. Kalau main toys tu...main certain2 benda je. Let say dia main kereta kecik, dia amik beberapa biji je...bukan semua dalam display rak tau..beberapa je..Then dia main la ikot cretivity dia. Pastu setel main, laju-laju dia simpan balik dalam rak. Ni maybe sebab papa dia trained xboleh sepah toys dia kot. Thats why dia automatic jadi disiplin sikit. Tapi....tak menyepah...TAPI...suka yang amatlaaaa kacau kakak dia. Nak tarik perhatian gamaknya. Pantang tengok kakak susun apa-apa, memang habislaa. Hahaha.. Rasanya parents out there yang ada anak 2 or more, atau different gender or same..Faham kot..hahaha. So, kalau dulu kakak zara la ratu air mata kan. Sekarang ni nampaknya ada pengganti takhta baru...Putera air mata pulak. Champion! Kalah dik Zafri!
Kakak dan abang ni, kesimpulan dia...masa baik..kemain macam BFF!! Tapi kalau gaduh...subhanallah!!! Dah macam anjing dengan kucing! Boleh naik pening mama dan papa dibuatnye. Gittuuuu.....
Oke...bongsu kite...dik Zaffri. Kami panggil dumuk (gemok). Paling otai wooo!!! Seriusss.. Anak no 3 kot. Macho lain macamlah! Memang tak sama. Seriusly tak sama dengan kakak or abang. Mana ada suka merengek2 macam kakak abang..Mana ada! Minum susu, amik botol...baring sendiri kat bantal and sedut..takde sebok nak kene dodoi ke..tepok ke apa. No.. Siap minum susu...campak jee botol susu tu kemana-mana then dengan cerianya sambung main! Ha..gitu! Memang sempoi!
Nak tido malam pulak, nampak dia tenyeh2 mata...garu2 kepala...pandang mama pon lain macam sendu je muka tu. Haaa dah boleh dokong ajak masuk blik. Sure laju je dia hulur tangan nak dokong. Then tunjun pintu bilik. Hehehe. Pastu nk tido pulak, xperlulah nak menenen sampai ke pagi...melekatttt, xperlu...dia sedut smpai kenyang, pastu dia pusing ke sana...golek2 sorang-sorang, tau2 dah lena...Fuuhhh memang satu nikmat luar biasa senanglaah dapat the Third nih.
Ha....seronok dapat share sikit sebanyak cerita pasal awak2 semua. Baca bila besar nanti tau..
Subscribe to:
Posts (Atom)