Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, August 26, 2018

Iman Zaffri setahun jagung


Date: 26 Ogos 2018
Venue: Pudi Chalet - Kuala Besut, Terengganu

Alhamdulillah, Zaffri dah masuk umur setahun. Pelbagai pengalaman dan kepandaian adik sehingga umur setahun ni.

Zaffri ni ada sedikit peel mulut becok macam kakak. Banyak bebel walaupun tatata bababa je. Menyembur berair mulut..lencun banjir satu kawasan. 

Sedikit sebanyak nota untuk zaffri:

Kepandaian Vocab
1. Sebut Mmaaa...(Mama)
2. Sebut Ppaaaa (Papa)
3. Sebut TTaaaakkk! (Kakak)
4. Sebut Ball (garau betol sebutan ball ni. kelakar)
5. Dan mumblingg baby's talk contohnya macam Tatatata...bababababa..
6. Bunyi Meow (bila tengok kucing)
7. Bunyi Voooommmm (Bunyi enjin kereta, dalam betol bunyi kereta)

Kepandaian dan kefahaman
Panggil zaffri atau adik..dia akn pandang dan senyum.
Cakap Babai (Bye-bye), dia faham dan lambai2 dengan tangan. Maklumlah hari2 training babai2 kt mama ngan abang.
Kalau cakap "dik...come2!" mesti datang..faham sangat.
Pastu kalau cakap "clap!" nanti adik akan tepuk2 laa. hehe pandai sangat.

Hobi/Kegemaran

1. Ball 
Dulu memang tak tau dia suka bola. Sebab kalau nak ikutkan abang zariff memang tak suka bola. Bagi dia main bola pon dia tak layan. Jadinya rumah kami takde bola. Kisahnya, satu hari kitorang pergi rumah ciksu wany, Aariz memang banyak bola. Sekali zaffri excited pulak. Kemain suka. Macam tau pulak bola tu kene pakai kaki. Walaupun dia duduk, tapi dia hulur-hulurkan kaki nak sepak bola. So sekarang ni, kalau pergi mana-mana, memang kami bagi bola la kat zaffri. Dia sure suka.

2. Tayar kereta mainan dan kereta mainan.
Yang ni rasanya semua baby boy suka la kot. Secara semulajadi suka. Kes zaffri pulak, mungkin sebab lahir-lahir je, abang dan papa dah bagi dia main hotwheels. Pastu tengok pulak koleksi-koleksi hotwheels abang dan papa yang penuh dinding. So secara sendiri dia suka kereta. Pandai pulak, gelek kereta sambil buat bunyi vooom...vooommmm... agaknya papa ajar kot ni.

3. Main air
Ni beza sikit dari abang zariff tapi sangat sama dengan kakak zara. Pantang ajak mandi memang excited suka mandi sebab suka main air. Pastu tampar2 permukaan air bagi merecik kene muka pastu gelak kuat-kuat. Haaa itu memang kegemaran. Tapi kakak lagi upgrade la, suka buat buble siapp penuh bilik air. Adik maybe soon. Abang? mandi pon meraung taknak, ini pulak nak bagi main air? Memang idokler..huhu

4. Memerhati luar rumah dari sliding door
Adik zaffri ni sejenis "observer" sikit. Suka sangat perhatikan orang lalu lalang tepi rumah. Orang joging tepi rumah ke. Apa-apa yang lalu lalang tepi rumahla. Kadang miow2 pon suka melepak tepi rumah kitorang tu. Bukan setakat Miow, Monkey pon banyak hahaha. So zaffri memang suka dok area tu. Termenung dan perhati.

Ok..buat hari ni..itu saja dulu. Nanti mama sambung lagi cerita pasal zahra zariff dan zaffri ye. Babai...

0 comments on "Iman Zaffri setahun jagung"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...