Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, August 17, 2018

Zarif tak meragam bgn tido


Date: 17.08.2018
Time: 9.00pm


Lately mama balik keje lambat. Sampai rumah dah dekat pukul 9 lebih setiap malam. Selalunya yang dah lena is adik zafri la. Tapi malam abang zarif pon dah tidur. Sedih sangat. Agaknya tengahari tadi tak tido la kot. Zarif memang sejenis yang kene tidur siang. Sekejap pon takpe.
So, bila bangun pagi tadi. Memang senyum lebar dia bangun. Happy sangat yaAllah. Rasa mood tiba2 good. Tak pernah laa dapat merasa senyuman abang di pagi hari macam pagi tadi. Terus malam ni type kat blog buat kenangan.

Bila on the way hantar zarif school, kakak pulak. Sedikit kelakar jugaklah. Pasal kakak zara. 

Mama: "Kak...bila awak next exam ni? Aimy (kazen dia), dah last paper dh harini kak.."
Kakak Zara :  "Entahla mama, cikgu takde cakap apa-apa pon"
Mama: Ouh yeke..tapi make sure dapat 100% tau!
Kakak Zara : Oke! senang jelah mama!! tapi sains tak senang. susah sikit nak dapat 100%.
Mama : oooo....yeke... kalau nak jadi hebat macam doktor..engineer.. sains kene score kakak. kene dapat 100%!
Kakak Zara: Ouh...kalau nk jadi org jual?? kene pandai apa mama?
Mama : Erkkkk..(dalam hati terfikir..semua benda nk relate ngan org jual2..uwa! memang betol2 business minded la awak ni zara). Kalau nak jadi orang jual-jual lagi la..kene pandai semua..lagi2 math tu. memang kene 100%!
Kakak Zara: Ok mama!

Hmmm...tak boleh blah dia dengan business minded. Tapi alhamdulillah..atleast anak mama yang baru nah cecah 7 tahun bulan 11 ni dah ada minat sendiri. Dah tau kehendak dan kecenderungan sendiri. Dah ada cita-cita yang realistik. Alhamduliilah. Mama sentiasa doakan kecemerlangan ank-anak mama dunia dan akhirat ye. Amin.

ohhh ya...hari ni cikgu ada update pasal aktiviti abang di sekolah.
Kata cikgu, Aktiviti membuat kad raya pula harini. Seronok abang. Hari-hari menarik pembelajarannya.

0 comments on "Zarif tak meragam bgn tido"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...