Time: 7.00am
Venue: Sekolah kakak dan abang
Tahniah abang! Dah naik darjah satu dah abang zariff dan tahniah kakak!! naik darjah tiga! hoyeah!
Tahun 1 dan 3 memang sama sesi. Sekolah agama waktu pagi dan sekolah kebangsaan waktu petang. Pagi ni, persiapan tak sama dengan tahun-tahun lepas. Heavy sikit persiapan gi sekolah tahun ni.
Tahun ni, agak mencabar sebab perubahan jadual dan rutin harian kami semua dah bermula. Tapi, untuk abang zariff yang naik darjah satu ni...takde la mama dan papa nak risau mana, semacam zaman kakak zara naik darjah satu dulu.
Abang zariff dan kakak zara |
Cuma kelas je bertukar.
Dari semalam, tak sabar dia nak masuk kelas darjah satu. Dah masuk sekolah orang besar dia cakap. Itu yang excited sangat tu.
Persiapan sekolah:
Memandangkan tahun ni, semua orang kene duduk kat transit dan naik bas sendiri. Maka persiapan ke sekolah di waktu pagi agak banyak sikit.
Zara:
1. Pakaian ke sekolah agama, lengkap tudung, baju, kain hijau, anak tudung, baju inner, sluar legging, stokin.
2. Beg sekolah agama (semua buku bawak setiap hari sebab sikit je..pastu nipis)
3. Pakaian ke sekolah kebangsaan lengkap tudung, baju, kain biru, baju inner, sluar legging, panties - gantung dan letak dalam beg transit untuk bagi kat transit kejap lagi
4. Beg sekolah kebangsaan - buku ikot jadual siap2.
5. Beg transit (letak item no 3 sikit dlm tu) dan untuk simpan baju kotor lepas balik dari sekolah agama kat transit nanti.
Zariff
1. Pakaian ke sekolah agama lengkap baju melayu putih, sampin hijau, songkok, dan stokin.
2. Beg sekolah agama (semua buku bawak setiap hari sebab sikit je..pastu nipis)
3. Pakaian ke sekolah kebangsaan lengkap baju, sluar biru, panties - gantung dan letak dalam beg transit untuk bagi kat transit kejap lagi
4. Beg sekolah kebangsaan - minggu orientasi xpakai buku
5. Beg transit (letak item no 3 sikit dlm tu) dan untuk simpan baju kotor lepas balik dari sekolah agama kat transit nanti.
Zaffri
1. Beg taska yang mengandungi 5 keping diapers, baju 3 pasang, tuala, biskut dan air.
Ok, dah itu saja pengenalan rutin pagi sebelum gi sekolah. Jom sambung di next post.
0 comments on "Hari pertama persekolahan - Kat Rumah"
Post a Comment