Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, January 2, 2020

Suasana di sekolah agama di hari pertama


Date: 02.01.2020
Time: 9.00am
Venue: Sekolah Agama

Sekadar pengenalan. Kalau dulu, mama dan papa memang agak kesian kat kakak..nak hantar sekolah agama masa darjah satu. Sebab takot dia penat sekolah pagi petang. Jadi, kami memang tak hantar kakak zara sekolah agama masa dia darjah 1.

Tapi bila dalam kelas masa darjah 1, kakak zara merengek2 nak masuk sekolah agama sebab katanya semua kawan dia gi sekolah agama. So, nak daftar memang dah penuh. Tunggu la masuk darjah 2, baru la kakak masuk sekolah agama. 

So..bila zariff ni. Kami rasa, seeloknya hantar je terus dia dah alang-alang kakak pon kat situ. Dan daftar awal-awal supaya tak terlepas peluang. So.. ini lah dia. 

Alhamdulillah..


Mama terpaksa besarkan gambar ni, sebab tak nampak abang kat belakang kelas tu ha. ehheehe. Abang tu tak berapa nak besar, duduk pulak paling belakang. macam mana la agaknya. Mama harap, cikgu arrange balik lah kedudukan anak-anak dalam kelas ye cikgu.

Zariff kt sebelah sana tepi pelajar perempuan tu. tak jelas pulak ye. 
Beratur ke kantin sekolah
Jam 9.00 pagi, nampak berduyun-duyun dah keluar rehat. Mama macam biasalah, jadi mamarazi hehhee. Kakak dah tak perlu monitor, tapi kakak rehat kol 9.15am.

Jom kite jengan suasan di kantin pula. Kantin sekolah agama ni, bukanlah sebesar kantin sekolah kebangsaan sebab pelajar nya pon tak ramai. Jadi bila kecik, bersesak-sesak tu biasalah. Jadi, untuk parents yang datang jenguk anak masa ni, mintak tolongla.. jangan la jadi macam budak sekolah, sama2 gi beratur beli makanan untuk anak. Kesian kat budak-budak xde ruang nak beli makanan.


Macam kes zariff ni, mama perhati je dari jauh. Dia dok beratur nak beli food sampai kesudah tak dapat. Sebab penuh dengan parent kat tempat food. Dok tolong beli makanan untuk anak masing-masing. Huhuhu. Harini esok, kita masih ada boleh tolong beli food. nanti bila kita xdatang sekolah dah...camne anak nak beli sendiri. Patotnya..masa datang ni la kene tengok dan ajar. Bukan tolong buatkan. Aduhai...

Suasan parents yang beriya
Tengokla sendiri, penuh dengan parents yang beratur beli makanan, bila masa laa anak-anak nak mencelah kalau camni kan? Tolong la..kalau anda terbaca posting ni, nak pesan.. janganla jadi macam ni. kesian anak-anak lain. Syabas untuk parent yang tak join beratur beli makanan tu. Sabar perhati dari jauh...syabas!

suasana sesak macam ni..memang zarif givup agaknya. Kene kuat semangat la ank weh..hehe
Kesudahannya, abang tak beli apa-apa pon. Mama jerit nama abang dari jauh sampaila abang perasan mama panggil. Berbakul mama dan papa pesan.. Bila loceng bunyi, laju-laju pergi kantin dan beratur beli air dengan makanan. Jangan main-main... huhu. Pastu lepas kaunter makanan dah clear, abang gi beli vitagen satu. itu je. huhu. 



Kat kantin sekolah agama ni, food semua sedapp.. budak2 suka..senang nak makan
Sempatla menempel hehe
Dah masuk kelas untuk sambung belajar dah abang.. Alhamdulillah..
Mama harap esok lusa awak lagi pandai bawak diri kat tempat ramai ye anak. Belajar ilmu agama biar penuh di dada supaya menjadi bekal abang di masa depan dan juga di akhirat kelak. Amin ya robbal alamin.

0 comments on "Suasana di sekolah agama di hari pertama"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...