Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, August 23, 2020

[16 weeks] Checkup ke 3 di klinik siti


Date: 22/08/2020 at Klinik Siti

Bulan ni, mama tak gi klinik kesihatan biasa tu, sebabnya...mama dah terlepas beberapa kali appointment date dengan klinik, takot kene marah dengan misi..haha. Pastu, sekali kan juga dengan nak buat monthly scan baby kan, sebab tu la kite buat same day jelah.

Mula-mula, nak showoff muka selfie ibu ngandung ke 4 ni. Alhamdulillah, pregnant kali ni memang rasa banyak nak selfie sikit. Rasa nak touch up lipstik..nak tempek bedak..nak pakai eyeliner. Compared to pregnant zariff dengan zaffri dulu, memang langsung xnak ambil gambar. End up, sekarang rasa menyesal sebab kurang memori dan kenangan..huuuu


Ok jom kita tengok keadaan dalam bilik doctor pulak. Nervous banyak benda kali ni nak tengok baby. Sebab utamanya, balik kampung hari tu mama ada jatuh kat lantai licin rumah tokma. Masa tu anak-anak main air dalam bilik air, air melimpah keluar, lantai pula warna putih..memang langsung xnampak air. Gedebukk la jatuh. Nasib baik jugak jatuh lutut, bukan jatuh bontot...so rahin selamat alhamdulillah.  Yang kedua nya, masalah kencing kotor mama yang masih tak ok ni. Kata doctor, ada sikit darah dalam urine. Dan checkup kali ni pon sama, masih ada lagi. Doc nak hantar urin tu ke makmal untuk check dengan microskop nak tengok ada apa yang merisaukan ke tidak. huhu

Berat badan turun lagi sekilo berbanding last checkup ujung bulan lepas. Memang patot pon turun, sebab hari-hari pon xboleh makan apa. Semua loya..muntah. Huhu..pipi mama yang tembam tu pon dh makin mengecut. Risau kat baby je.


Alhamdulillah, bila scan tengok keadaan baby...doctor cakap tumbesaran baby masih on track dan masih mengikut perkembangan umur dia. Berat sekarang pon dah 100g lebih. Semua sifat cukup..Alhamdulillah. Dan active pon masa kami scan. Kebetulan masa scan tu jugak, nampak baby dok masukkan jari kedalam mulut beberapa kali repeating. Aaaaa..legaa ya amat...comel kan. Walaupon masih tak dapat nak tengok baby dengan jelas...tetap rasa indahnya tu. Allahuakhbar!


Mama dah pesan dengan papa, record video baby masa scan tu betol-betol...hmm tp papa sebok dok snap gambar mama pulak. haha. adoiyaii. Sekejap2 je boleh tengok baby dalam video fon ni tau. Tapi xpela...oke laa pengubat rindu katanya kan. hehe.

So far, alahan mama masih terok lagi. Masih kene ambil ubat tahan muntah, ubat gastrik, ubat angin..panadol setiap masa sebab masih sakit kepala..demam2. Walaupon dh 16weeks.. Alahan masih sama dengan pregnant awal-awal hari tu. 

Bau goreng-goreng pon mama masih tak boleh tolerate. Bau dapur pon tak boleh, sebab dapur banyak bau minyak..bau food.. jadi mama kurangkan masuk dpur waktu pagi tkot spoiled mood sampai ke malam. huhu. Mama harap, baby keluar nanti..elok-elok saja tau. Sihat walafiat je..

Syukur alhamduliilah jugak, hikmat PKPP ni..mama masih boleh layan alahan dekat rumah walaupon sambil bekerja. Sebab mama masih lagi "Work From Home". Allahuu..hikmah luar biasa!

0 comments on "[16 weeks] Checkup ke 3 di klinik siti"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...