Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, August 30, 2020

Convoi Merdeka ke Bagan Lalang


Date : 30.08.2020 - Convoi ke Bagan Lalang


Jam 11am, kami bertolak dari rumah ke RNR Dengkil, iaitu tempat berkumpul semua ahli-ahli yang join percutian satu malam ni. Jumlah semua ahli kali ni tak ramai, hanya 16 buah keluarga sahaja. Maklumlah...kita pon faham, musim PKPP lagi kan, ramai yang berani nak keluar bercuti. Berkumpul di RNR Dengkil jam 12 tengahari..sehingga cukup semua ahli.


Sementara menunggu kehadiran yang lain-lain, semua orang pasang bendera di kereta masing-dulu. Convoy merdeka katanya kan. Harusla meriah dengan bendera. Alhamdulillah...sebab tahun ni tak dapat tengok perbarisan secara live, kita sambut merdeka dengan cara kita. 




Bila semua dah sampai, perbincangan tentang perancangan convoi antara semua ahli supaya semua faham dengan peraturan convoy. Walkie talkie semacam wajib dicaj bateri penuh, baru arahan sampai ke semua driver. hehe. Bila semua ready, kami mulakan perjalanan dengan bacaan doa dari salah seorang ahli kelab.


Alhamdulillah, convoi dari RNR Dengkil ke Bagan Lalang bermula dengan rasminya. Tahun ni, convoi tak boleh jauh-jauh. Keadaan Covid-19 ni masih tak boleh dibuat main lagi. Tambahan dengan cuti panjang, jem tak usah nak cakap lah.


Kita belanja lah gambar convoi sekeping. Kalau tengok dalan fon papa diorang ni, boleh muntah gambar. Banyak sangat..dah beribu-ribu gambar convoi saja. hahaha. Papa diorang ni kan Crew Media. Memang wajib banyaklah. Dia je tukang ambik gambar official.


Dalam jam 2pm, kami sampai di Camar Laut, Bagan Lalang Sepang. Dekat je la convoi kali ni. Tak puas pulak rasanya hehe. Dah sampai sini, cuaca Ya Allah panas sangat-sangat. Boleh pitam dibuatnya. Panas merelittt..


Para HM (Hot Mama) lepak kat pondok dulu sementara tunggu para bapa dapatkan kunci chalet masing-masing. Lama tak jumpa..rindu..banyak pulak cerita.


Ada pondok cantik kat sini, kiut sangat...bolehla kalau nak sambung membawang bila petang nanti bila cuaca tak berapa nak panas tu. hehe


Kebiasaan kami, yang selalu buat activiti bekerluaga ni memang akan plan untuk bawa makanan secara potluck. Bawak lauk sikit sorang, nasik sikit sorang, kueh mueh, buah buahan, makanan ringan, berat semua ada. Air...macam biasa kami akan bancuh kat sana. Alhamdulillah, kami bawak laksa kelantan kali ni. Dapat rasa sikit sorang pon oke dah...


Bila perot pon dah kenyang, kunci bilik pon dah dapat...its time to expore ketenangan dan keselesaan bilik tidur masing-masing. Jom! sambung di post seterusnya.


0 comments on "Convoi Merdeka ke Bagan Lalang"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...