Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, October 10, 2020

Kisah cabut gigi Zariff


Date: 11 October 2020

Venue: Klinik gigi


Ada kisah, kenapa ahad-ahad ni pon datang klinik gigi. Abang ni memang paling awal mengalami masalah gigi rosak kalau nak dibandingkan dengan kakak. Memang kalau perasan pon, sejak kecik lagi, gigi abang tumbuh jarang-jarang dan kecik. Selalunya kalau gigi kakak, bila tumbuh tu besar dan rapat-rapat walaupon gigi susu.

So masa kecik dulu mama ingat, gigi jarang-jarang ni susah nak rosak la sebabnya makanan tak terselit kat celah gigi kan? Ouh rupanya bukan macam tu. Pengalaman anak kedua mama ni lain. Bila gigi jarang, cepat kene kaviti di sekeliling gigi dan gigi cepat berubah bentuk makin ramping dan rosak.


Hari tu dah pernah cabut gigi depan atas yang memang kaviti teruk. Lama dah nak cabut gigi tu sebab warna hitam tapi doc tak bagi. So, hari tu bila ade gigi kekal tumbuh kt belakang gigi hitam tu, greenlight la untuk cabut. Cabut gigi tu xpakai bius jarum, hanya calit dengan krim pink tu saja.


Kali ni pengalaman baru untuk abang. Bermula hari jumaat malam, mengadu sakit gigi geraham atas dan geraham bawah belah kiri. Aduhai...menangis-nangis sakit. Ajak nak pergi klinik sekarang jugak..dan2 malam buta kot. Manalaa ada klinik. Jadi, sabtu pagi..laju-laju la mama whatsapp klinik gigi depan rumah, nak datang cabut atau tampal gigi abang tapi appointment penuh pulak.


Kesudahannya, dapat appointment hari ahad jam 11am. Alhamdulillah..abang zariff memang dah tak sabar nak cabut gigi geraham dia. Kali ni kene cucuk dengan jarum besar tu. Tapi zariff yang kami kenal, memang kuat orangnya. Langsung tak nangis, kuat semangat sangat..Terharu tengok subhanallah. Doctor ada tanya, zariff ni memang biasa kene cucuk ke, sebab dia tak nangis pon kene cucuk jarum kt gigi kan? Jawapannyaa..yee...sejak umur 6bulan, zariff ni asyiklaaa kene cucuk macam-macam. Kat tanganla...kt bahula..bontotla. Takpela..itu kisah lama. 


Sekarang alhamdulillah anak-anak mama semua sihat walafiat. Yang ni je paling penting. Syukur semua sihat. Demam kejap2 tu biasala..tapi takde dah yang  melarat sampai ke hospital macam dulu-dulu. 




Akhir kata... mama nak tempeklaa muka mama yang sentiasa ceria bila dapat keluar rumah ni. Almaklumlaa..sekarang ni Covid-19 masih berleluasa. Tak boleh ke sana ke sini nanti kene tangkap polis hehehe.

Bye..


0 comments on "Kisah cabut gigi Zariff"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...