Date: 20 October 2020
Venue: Secret Recipe
Harini mama terlebih rajin tengahari tadi. Tiba-tiba rasa nak masak ikan kembong kicap. Muahahahaa. Salah satu hikmah PKP, mama dah mula masak-memasak yeee anak-anak hehehe. Sila hargai usaha mama kamu ini yaa anak-anak hahaha.
Nak tengok rupa ikan kembong kicap pertama mama? Nak? hahaha...menjadi tau...hah! tu tengok bawah tu.. sedap gilersss. Papa bagi resepi masak ikan ni, tapi resepi papa suruh mama blend semua bahan-bahan. Tapi disebabkan mama tak berapa rajin nak cuci blender, jadi mama derhaka resepi ye. Mama potong halus je semua hahaha. Sedap oke!
Dah petang-petang pula, papa dia balik kerja. Mama cakapla...rasa nak makan kek la pulak. Nak benda manis-manis camtu. Papa ajak gi secret resipe depan rumah. Mulanya nak beli kek sepotong sorang je, sekali alang-alang sampai..dinner jela teros. Senanggg..
0 comments on "Layan kek di Secret Recipe"
Post a Comment