Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, March 2, 2012

Cubaan angkat bontot


Zara...

Post ni mama nak cite pasal perkembangan zara sekarang ni. Hari ni 5 march, means lagi 5 hari zara nak masuk 4bulan.Kiranya sekarang ni zara berumur 3bulan 3minggu. Kebiasaannya, zara akan bangun pagi2 dan  mama atau papa akan mandikan zara seawal pukul 9pgi.

Zara..kalau bab2 mandi memang suka sangat2!! Hmm..tapi memang kebanyakan baby suka kalau nak dimandikan. Betol tak? Mandi time is a happy time la katakan! Same goes to zara la..cuba tengok betapa gembiranya zara lepas mandi..

I am so happy!!

Ooo yeaahhh...gaya bebas!

Selepas mandi, kebiasaannya memang zara akan lapar. Haa..owh ye..dulu-dulu...sejak dari dalam pantang lagi zara minum 2oz je. Tapi sekarang zara dah up..3oz! hehe. Ini menandakan gugurl mama sudah besar.. Kan..So..jom kite layan kerenah zara selepas minum susu..it is a guling-guling time!

Blurry...tapi comeyhhh!

Burrpp..saya dah kenyang...tunjuk perot sikit.

Mmm...baca buku? malas la...perot kenyang la...sepak2 letak kat kaki je la dulu buku tu.kiki

Kaki zara memang tak boleh duduk diam...its ok..mama suka~

Closer snapp

Again..the closer snap.

Owh ye..mama baru teringat yang tajuk post ni lain. Tapi mama dah melencong jauh pulak. Intro mama tu panjang bebenor ye. Ok..sebenarnya mama nak cite pasal perkembangan baby. Sebelum-sebelum ni, baby kan dah lama pandai golek-golekkan badan..dan meniarap dengan jayanya.

Sekarang ni, perkembangan terbaru zara, dah mula pandai nak angkat-angkat bontot dh. Selalunya, lepas berusaha angkat bontot dengan bersungguh-sungguh selama beberapa saat..zara akan start nanges. Sebab muka dah tersembam kat atas lantai. Mama selalu cakap, baby tak pandai lagi..tak boleh nak angkat bontot lagi..bontot tu berat..tulang tak kuat lagi..sebab tu la tak berjaya.. Nanti baby cuba la lagi..tapi..baby takmo dengar. Nak jugak buat berulang-ulang sampai la mama dah tak sanggup tengok baby nanges. Mama angkat dan pusingkan balik badan baby supaya terlentang...dan pesan .."Next time baby cuba lagi k"..hehe

Hmm..mama ade tanya tokma, kenapa baby suka angkat bontot kan. Tokma cakap, baby berkemungkinan besar nak start merangkak atau pon nak cuba duduk sendiri. Kebiasaannya, baby berumur 3bulan lebih ni takde kecenderungan lagi untuk merangkak..meniarap pon tak boleh lagi sebenarnya. Tapi alhamdulillah, tokma cakap tulang baby kuat..sebab tu la baby cepat boleh meniarap dan cepat nak start merangkak. Mama suka!!
Macam ni la gayanya..baby try nak angkat bontot..dh berjaya angkat tapi tak tinggi sangatla.

Muka zara tersembam macam ni la..pastu mula nak tension2. hihi

Ni la rupa budak cute yang tengah gigih berusaha tu.

Dan ini akhirnya pasrah. Mama tak rela nak tengok baby nanges kelemasan buatan sendiri. So, mama pusingkan balik baby bagi terlentang.

Ha..ini pulak lepas tukar baju mandi petang. Owh ye, sebenarnya petang-petang memang mama tak mandikan dah. Mama lap-lap dengan kain basah ngan air suam je. hehe


0 comments on "Cubaan angkat bontot"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...