Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, March 24, 2012

Mattel warehouse sale


Toy : Fisher Price Kick and Whirl Carnival
Shopping location : Mattel Warehouse Sale

Mattel Warehouse Sale? mama pon tak pernah dengar sebelum ni. Nasib baik la kat ofis mama ni, kawan-kawan mama semua mak-mak orang yang memang kaki shopping, kaki melaram, kaki buat kek, kaki buat bunga, kaki masak dan macam-macam jenis kaki lagi la. haha. Diorang semua ni la yang cakap dengan mama weekend ni ade mattel warehouse sale. Mama ingatkan sale ape la sangat kan. Bila baca pamplet dia pon dah nampak macam menarik.

Dan bila dengar diorang cerita shopping bagai nak gila semua tu kan. Pastu siap tunjuk kat mama gambar diorang semua beli barang kat sale tu, naik semangat yang amat la pulak mama nak belikan untuk zara.

Sale ni sebenarnya tak banyak brand yang involved. Cuma hot wheels, fisher price, barbie..tu je. Tapi yang menarik nye tang fisher price tu. Mainan untuk zara. Suka sangat! Sale start hari jumaat - sabtu. Memandangkan jumaat tu mama masih lagi kerja (kalau takde benda urgent memang mama cuti je jumaat tu), so mama gi la hari sabtu. Itu pon mama dengan papa punyala bersemangat, kol 10 pagi tu dah bersiap-siap nak gerak.

Budak comel lena tidur before keluar rumah
So mama agak-agak dalam kol 11pg macam tu la sampai sana. Mama ingatkan dah cukup awal la kan, sekali..mak aihh...boleh dikatakan dah 80% barang dah licin. Nasib baik sempat jugak mama belikan zara seketul barang fisher price dan untuk papa pon ade jugak. Dapat beberapa ketul kereta hot wheels..seronokla papa anak beranak. Mama je la takdapat apa.hehe

Fisher Price Kick and Whirl Carnival

Balik rumah, cepat2 mama dan papa bukak kotak mainan tu, tak sabar nak tengok iman nur zahra main.



Kepuasan yang tak terhingga untuk mama dan papa bila tengok zara seronok dengan mainan tu. Tak sia-sia ma&pa berebut2 nk dapatkan benda tu. hehe..alhamdulillah.

0 comments on "Mattel warehouse sale"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...