Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, September 4, 2013

Taklimat Penyusuan Susu Ibu


Date : 4.09.13
Time : 2pm-5.30pm
Location : Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Mahligai, Melor, KB

Kelas penyusuan susu ibu
Buat kali pertama mama menyertai kelas penyusuan susu ibu walaupun dan dua kali mama pregnant. Kalau kat shah alam, bukannye taklimat ni tak diadakan kat sana, tapi selalunye diorang wat time mama kerja so memang mama tak boleh join.

Kebetulan kali ni mama balik ready untuk bersalin, dan derang wat taklimat ni. Rezeki mama la boleh join. Untuk tambahkan lagi pengetahuan dalam penyusuan susu ibu.

Dulu masa kakak zara, mama memang breasfeeding. Tapi tak secara exclusive sebab banyak kekangang2 yang sebenarnya tak patot. Hari pertama kakak zara lahir, mama breastfeed tapi macam takde susu. Jadi awal-awal lagi mama dah bagi susu tepung S26 sehinggala hari ke 5 mama dalam pantang. Susu baru banyak, mama pon baru boleh pump.

Untuk Iman Zariff ni, pengetahuan mama dalam breastfeed ni dah makin banyak dan mama pon dah makin yakin. So mama plan nak breastfeed secara exclusive. Beza tau exclusive ngan tidak ni. Kalau breastfeed exclusive, mama langsung takleh bagi air suam kt iman zariff nanti. Memang 100% susu mama sahaja sehingga 6bula. Rupanya, masa taklimat ni mama baru tau yang dalam susu mama ni sendiri dah mengandungi 88% air. So tak sepatotnye mama risau baby takcukup air ke ape. 

Dan lagi satu, susu mama ni akan dengan sendirinya berubah kuantiti air dan lemak dalam kandungannya depend pada umur baby. Kalau susu tepung, kene tukar step 1 ke step 2 ke step 3 kaan.. Haa..susu ibu ni memang tak payah susah-susah. Dah memang semulajadi..

Alhamdulillah..lega..banyak info mama dapat dalam kelas ni. InsyaAllah, sekiranya takde aral melintang mama nak menyusu dengan susu ibu secara exclusive. Amin...



Dapat hadiah quiz breastfeeding!

0 comments on "Taklimat Penyusuan Susu Ibu"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...