Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, August 29, 2014

Seharian dalam kereta


Date: 29.08.2014 (Jumaat)
Time: 11.00am - 4.30pm
Venue: Dalam Kereta

Hari ni Nik cuti sebab paktok nak datang dari Kelantan. Anyway, rasa macam dah lama tak cakap pasal paktok datang kl kan? Hmmm, lately paktok memang kurang datang sebab business dia agak kurang active sikit. (Aishhhh risau...). Hari ni paktok datang sebab nak melawat besan aka mertua pakmuda Faiz nak gi Haji ke Mekah. Disebabkan flite paktok dalam kol 11pg dari KB, sempatlah mama nak gi Pejabat KWSP kejap. Ada hal yang sangat penting! hehehe. Owh, no..bukan nak keluarkan duit KWSP. Tapi nik buat Penama kat duit-duit yang tersimpan kat situ. Bukan nak mintak, tapi kalau terjadi apa-apa kat kita? camne? kalau tak buat penama. Haruslah duit tu semua gi ke Baitul Mal ye? 

So penama ni memang sangat penting. Disebabkan nik ade dua babies, so nik divide penama untuk Kakak Zara 50% dan Adik Zariff 50%. Nanti one day, kalau ditakdirkan nik pergi dulu (chewah! sadis tu..) duit yang cenonet tu boleh lah diwarisi kat anak2 InsyaAllah. Untuk encek suami? Hmmm... tak payah la kot kan. Dia orang lelaki. Kuat. Boleh cari sendiri. Hehehe

Sementara tunggu Encek Akmal bayar parking, si zariff dah lentok

Sangat lentok! Kasut tercabut sebelah
 Then lepas tu pergi amik paktok kat airport Subang. Paktok naik Malindo Airways. Firefly takde tiket katanya. Paktok memang suka guna flite yang turun kat Subang. Senang katanya. KLIA or KLIA2 jauh sangat nak berjalan. Leceh pulak tu. Tak taula apa maksudnya kan. Mana-mana la ye...

Disebkan ade sedikit perubahan jadual, paktok cakap suruh balik rumah kat shah alam dulu. Sementara lepak kat rumah ni la dua2 anak poopoo. Haaa.. Satu keserasian mereka disitu ye. Diorang ni, i mean Zara Zariff ni kan, kalau salah seorang poopoo, nanti 5-10minit kemudian sorang lagi akan turut serta. So, bila kakak or adik poopoo dulu, then be standby untuk the second pulak. hehe

Satu lagi pe'el si iman nur zahra ni, kalau dah poopoo tu, dia takkan pakai baju sama lagi dah. Sebabnya, seluar baju tu dh kene poo katanya. Geli la kot. Sabauuu jela. So haruslah tukar baju. Memang kalau travel gi memana sekalipon kami bawak extra pakaian untuk diorang. Nan menyalin2 baju bagai. hehehe.

Alah..kami bukan kesah mane pon kalo anak nk tukar baju. Bukan basuh baju znz pakai tangan pon kan. Mesin basuh yang basuh. So takde issue pon disitu.


Iman Zariff yang suka kacau kakak Zara

Iman Zariff yang tak reti dok diam dalam kereta
Owh by the way, kenapa tajuk seharian dalam kereta tu sebenarnya, memang pon! Memang seharian dalam kereta. Banyak travel je hari ni. That is why gambar tak banyak. hehehe

Sehingga bersambung lagi di lain post ya.

We love you ZaraZariff!!!

Coretan mama Iman;
 

0 comments on "Seharian dalam kereta"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...