Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, January 2, 2016

Gold Coast Morib - Part 1


Date:02.01.2016
Time: 8.00am - 8.45am
Venue: Gold Coast, Morib Part 1 - Perjalanan

Note Penting:
  1. Azam kedua - Banyakkan Percutian Keluarga
  2. Percutian ke Gold Coast Morib

Tahun 2016 ni, kami plan nak banyakkan bawak ZnZ jalan-jalan atau bercuti. Azam kami atleast sebulan sekali mesti kene gi tempat menarik. Tujuannyaa of course laa untuk tambah kenangan ZnZ bila besar nanti. Dan untuk bulan januari ni, kami dah plan untuk mandi manda di Gold Coast Morib.

Akhirnya, dah lama kot mengidam nak datang sini. Tak ramai pon bagi review menarik kat sini tapi tak tau kenapa kitorang rasa nak sangat gi sana. Memandangkan ZnZ ni takde la suka sangat aktiviti main air, sebab tu kami cam lek lek je. 

Kali ni, kebetulan Kelab Kereta Wish "Wish Anok Kelate" yang abam kemal join tu plan nak gi jalan-jalan. Dan beberapa bagi cadangan gi sini, rezekila bagi kami..hehe

Breakfast di RNR Dengkil

Total semua ahli yang join event ni adalah seramai 16 biji kereta, bermaksud 16 buah keluarga. Dari Shah Alam kami convoi seramai 6 buah kereta dan berhenti di RnR Dengkil untuk berkumpul dan breakfast. Untuk breakfast ni, beberapa hari sebelum tu kami dah plan siap-siap siapa nak bawak apa. Ada yang bawak makaroni goreng, satar, mi goreng, bihun goreng, sandwich telor, sandwich sardin, ayam goreng drummet, roti pelbagai jenis, air kopi o, air nescafe dan macam-macam.
Zariff ni lemau sebabnya baru bangun pagi. Memang tak mandi pon lagi. Kami angkut masa zariff tengah tido. Kalau nak tunggu dia bangun, mau kelaut kami nanti hehehe

Kak Za ni siap bawak pulut pagi tau! Pulut pagi ni memang salah satu makanan breakfast paling tip top kat kelantan.

Sape cakap tak seronok kalau makan ramai-ramai macam ni oiiii..hehe

Tengoklaa muka anak dara aku tuh, hahaha lawak. Ni sorang lagi yang tak mandi. Kakak pon kami angkut time dia tengah tido jgk. Dah kata nak gi main air, mandi kat sana nanti je lah. Halal jeleee.


Dari RnR Dengkil, kami gerak ke Morib dalam jam 8.45am. Kat sini, tambah lagi 5 buah kereta. Jadi convoi kami dalam 11 buah kereta. Lain-lain gerak dari rumah masing.

The Journey (Perjalanan)

Jarak perjalanan ke Morib ni sebenarnya takde la jauh mana. Tapi disebabkan convoi beramai-ramai, kene bawak kereta perlahan-lahan tak nak bagi berpecah. Jadi kalau sesiapa yang tak biasa join convoi memang tak boleh tahan la kot...Seloww ahahaha. 

Dalam jam 10.00am baru sampai kat Morib ni. Parking dah penuh sangat-sangat. Nasib baik salah seorang ahli kelab kitorang ni dah menginap kat sini dari semalam. So dia yang tolong handle kawtim dengan pak gad. Jadi, pakgad bagi greenlite untuk parking kat tepi  jalan sederet. Biasala diorang ni, seboleh2 nak susun kereta bagi cantek walau di mana jua berada. hehe

Tengah susun kereta sejajar di tepi jalan masuk

Zahra Zariff memangla..happy sangat.

Tengok abam kema, pakaikan baju mandi si Zariff tu ok la, tapi yang hangen nye..dia tak bukak diapers! hadoiii laa bapak..

Ni salah seorang kakak favourite Zahra Zariff, nama dia Airees anak bongsu auntie Fida. Pantang nampak ZnZ, mesti nak main..comel..

Haa...baru nampak muka tuan tanah. bersama anak dara.

Ini antara abang-abang yang pantang nampak zariff, mesti nak dokong. Baik betol diorang ni kan. Abang-abang ni la membuatkan auntie nikiey rileks tiap kali ada event haha. Macih2!
The Entrance (Pintu Masuk)

Selesai semua kejadian diluar, berpanasan pagi. Anak-anak pon semua dah menggelupur tak sabar nak masuk. Barulaaa kami dapat check in hehe. 

Tiket untuk dewasa RM37 (Mahal gilow nak mampos), dan untuk kanak-kanak pula rm21. Bawah 12 tahun dan 2 tahun ke atas. So Zahra dan Zariff dua2 kene bayar. Bab makanan pulak, korang tak dibenarkan bawa makanan. Ala...mana-mana themepark pon sama je lah. Ada ke yang bagi bawak makanan masalahnya?? 



Kat entrance, kakak cantek ni nak pakaikan gelang kat zariff ni memang la mencabar. Zariff ni kan fobia dengan segala gelang. Ingat kene masuk wad kat sepital agaknya. huuu. At last pakaikan kat kaki je.

Cuma kat sini oke la, sebab tak ketat mana pon. Diorang even tak check pon beg ke apa ke. Boleh bawak masuk je. Kami bawak tupperware sandwich..langsung diorang tak kesah. Cuma kalau makanan berat tu obvious sangat. So tak payahlaa bawak kot. 

Kakak senang, excited katakan! Memang suka dapat gelang kuning ni hahaha

Owh ye, bila tengahari, boleh je keluar untuk lunch kat restoran luar theme park tu. Tapi syarat, jangan bukak gelang kat tangan tu ye. Nanti lepas makan, anytime je boleh masuk main air balik..Ok..panjang lebar dah ni.

Cerita kejadian kat dalam sana nanti cite kat part 2 ye.

Bye!




0 comments on "Gold Coast Morib - Part 1"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...