Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, August 24, 2014

Akikah Daniyal dan Openhouse


Date : 24.08.2014 (Sunday)
Time : 1.00pm - 9.30pm
Venue : Shah Alam - Kajang

Sempena bulan Syawal yang masih berbaki lagi 2 hari, so semua orang pon berpusu-pusu nak buat rumah terbuka, majlis kahwin dan sewaktu dengannya. Dan hari ni, kami ada dua jemputan iaitu Majlis Akikah Daniyal dan Rumah Terbuka makcik kat kajang.

  • Majlis Akikah Daniyal

Majlis sepatotnye start jam 2pm - 5pm, tapi disebabkan kami ada lagi satu majlis kat kajang yang agak jauh dari Shah Alam, so kami terpaksa keluar awal sikit dari rumah. Majlis Akikah Daniyal ni pon kat rumah Auntie Doyah dan Uncle Nije (parent Daniyal) kat Bukit Cerakah Shah Alam ni je. Sampai rumah Daniyal dalam jam 1.30pm camtu. Memang terlajak awal. So as expected, kami lah tetamu pertama yang sampai kat situ.

Lagi awal lagi bagus kan sebab takde orang sangat. Dalam beberapa minit kemudian baru sampai kawan-kawan Doyah yang lain. Yang ni memang nik tak kenal sebab member ofismate. Activiti macam biasa la bila berkumpul ramai-ramai ni. Borak sambil makan sambil gelak besar. Disebabkan ramai babies, semua pon panic dan masing-masing jaga baby, so langsung tak snap picture.

  • Rumah Terbuka Kajang 

Ni sebenarnya rumah kakak NannyKay yang dok selayang tu. Kami selalu jumpa masi (kami panggil masi, bahasa pakistan bermaksud makcik) kat rumah NannyKay, memang selalu dok ajak gi rumah dia kat kajang. Selalunya takde sebab nak sampai sini kan, tapi hari ni dah alang-alang dia buat rumah terbuka untuk keluarga-keluarga, dan kami pon diajak sekali. Bolehla kenal. Sebenarnya kalau rumah lama dia dulu kami memang dah selalu pergi. Tapi itu rumah dulu masa dia masih bersama suami. Tapi nasib tak baik, ade sedikit krisis rumah tangga, so sekarang masi tu tinggal dengan anak-anak. Juga kat Kajang.

Kat sini memang lama sangat kami lepak. Sampai jam 8.30 malam. Encek husband la. Memang suka sangat dengar geng pakistan tu borak. Maklumla nak belajar bahasa Urdu katanya. Bahasa Shah Rukh Khan tu! Adore sangat ngan hindustan. Hahaha. Nasibla tak dapat kawin dengan hindustani kan? Dapat melayu tulin macam iol ni. Hahaha

Owh ye, balik rumah tu Uncle Azam (kawan ciksu) ada kat rumah. Hantar ciksu balik rumah. Kat ToysRus tadi kami ade beli belon utk birthday party. So balik rumah tu kami tiupla. Yang kelakarnya, Zara Zariff ni memang tak pernah tengok orang tiup belon rasanya. Hmmm.. ha ah la, memang tak pernah. So bila tengok Uncle Azam tiup belon besar sangat-sangat, dua-dua pon tersangat excited lah.

Zara - "Woooww uncle doing maaagic! So amazing!!"

Hahahaha...semua orang dengar pon tergelak. Comel la kakak zara! you are now can speak very well! Good job!

Ok lah. Sambung lain cerita pulak ye.

Bye.

Assalamualaikum!

0 comments on "Akikah Daniyal dan Openhouse"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...