Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, August 23, 2014

Wedding Hanie + Shopping


Date : 23.08.2014 (Saturday)
Time : 11.00am - 9.00pm
Venue: Kajang - Alamanda,Putrajaya

Yess, masih beraya lagi hari ni. Tapi lain macam sikit beraya, beraya kat wedding event. Hehehe. Hari ni ada dua benda nak cerita sepanjang kejadian hari ni. Dari pagi sampai petang memang kami busy dan yang paling penting, kami bangga sangat dapat anak-anak yang super sporting macam Iman Nur Zahra dan Iman Zariff! Uollss memang terbaik! Baik dan behave!

  • Wedding Hanie @Kajang
 Hah, wedding ni memang antara yang terawal kami datang. Hahaha. Lately memang kami dah start tukar patern. Bangun awal, kemas rumah awal dan bersiap awal. So, dengan buat rutin macam tu sekaligus sehari tu kita rasa masa banyak dan panjang. Macam-macam benda boleh buat dalam sehari. Sama jugak hari ni, walaupon sabtu tapi kami 4 beranak bangun awal, kemas-kemas rumah dulu baru boleh keluar. Selalunya, rumah macam tongkang pecah. Balik dari berjalan nanti badan dah penat so tak de masa dah nak kemas. Hah, masa tu mula lah nak menyinga saja.

Anak-anak dah besar, dah start pelbagai activiti. So rutin harian haruslah tukar. Barulah setiap hari tu penoh bermakna kan. Weekend je la pon masa kami bersama anak-anak sepenuhnya.

Back to the main point, sampai kat tapak wedding ni dalam jam 12.45 camtu. Rasa macam just nice rupanya takde sorang pon lagi geng ofis yang dah sampai. Kami amik port parking baek punya (bawah pokok), tiba-tiba zara poopoo. Pulaakk. Alahai. Nasib belakang dewan tu ade tandas kat luar. Senang, papa diorang je handle basuh semua. Nik tengah riba zariff yang masih lena. Dah setel semua, kami nak gerak ke dewan, baru ade beberapa orang ofismate Nik sampai. Good, boleh satu geng. 

Dalam dewan pulak, pengantin tak siap lagi.. Then layanla prince and princess kami ni je lah dulu:

Gaya princess
 
Elok je makan dengan papa

Marah mama ye??
Dan..dan laa... siap makan semua, tak menyempat nik nak tunggu geng ofis (Min dan Mas), time tu jugak lah si Prince Zariff ni ha poopoo. Kalut ributlaa kami keluar dewan basuh poo dan teruskan ke next destination. Owh ye, masa kami keluar dewan ni terserempak dengan auntie Yasmin. Sempat tegur sapa camtu je sbb rushing nak basuh montot bebeh tu. hehe
 
  • Alamanda Putrajaya
Sepatotnye tengahari ni kami ke rumah autie Ieta, bekas ofismate Nik kat Compudyne (vendor Celcom) dulu. Tapi disebabkan Encek husband ade hal penting so kami tak jadi gi. Dah alang-alang kat putrajaya, menyinggahla kami kat Alamanda sekejap. Ni memang salah satu port favourite kitoranglah. Sebab tempat ni agak family-friendly sikit. 
 
Seperti mana-mana shopping mall pon, kat area mainanlah menjadi pujaan.
 
Siap bersila bagai mama nye ha. layan anak camtu la gayanya.

Bersepah toys... xpe2. mama ada. Nanti mama kemas. ngee

Is this one of your discovery process ha??

I knew that you are really 'into it' now. Go ahead dear!

Really good care from his sister. Luv both!
 
 
Keluar dari Alamanda ni dah dekat malam. Then sampai rumah pon dah malam. Malam ni kene tidor awal sebab a lot of new experience and place to be discovered tomorrow! 
 
Get ready babies!!
 
Bye.
 
Assalamualaikum

 

0 comments on "Wedding Hanie + Shopping"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...