Date: 22.08.2014 (Friday)
Time: 9.30am - 9pm
Venue: Burger Bakar Abg Burn
Mode: Malaysia Berkabung
- Office at Bangsar South (Malaysia Berkabung)
Hari ni dalam sejarah, Malaysia mengadakan hari Malaysia Berkabung sempena ketibaan mayat-mayat mangsa kejadian nahas MH17, Kapal terbang MAS yang ditembak di daerah Ukrain, sempadan daerah Rusia. Sedikit intro berita tentang MH17 tu. Sangat menyayat hati..
"Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine
(sempadan Rusia). Kapal terbang MH17 MAS Malaysia Airlines ditembak
& jatuh terhempas . Belum reda kes tragedi kehilangan MH370 (DI SINI),
terbaru seluruh dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang begitu
dahsyat buat kali kedua melibatkan negara Malaysia umumnya dan Malaysia
Airlines (MAS) amnya tahun 2014 ini apabila pesawat MH17 terhempas di
Ukraine (Sempadan Rusia).
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang pada mulanya
telah terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak,
sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia akhirnya disahkan pesawat
Mh17 jatuh terhempas oleh berita AFP.
Keadaan pada ketika ini cukup tragis
melihatkan gambar bangkai kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines MAS
ditambah dengan situasi begitu banyak mayat bergelimpangan di lokasi
kejadian"
Sempena hari berkabung ni, nik pon turut menyokong dengan berpakaian serba hitam. Dan memang satu malaysia disarankan untuk pakai pakaian yang tak menyerlah. Pilihan terbaik untuk hari jumaat ni ofkoslah jubah hitam.
Dan harini, kat ofis jugak ada buat makan-makan raya kecil-kecilan. Minggu depan on monday tu baru ada jamuan raya kat hotel.
- Burger Bakar Abg Burn for Dinner
Balik ofis macam biasa, dengan kommuter. Sampai kat stesen ktm seksyen 19 tu husband ajak gi makan burger bakar kat seksyen 7. Perot kenyang makanan tadi macam tak hilang lagi. Tapi lantak...nak jugak! hahaha.. so camni lah jadiknya.. Burger tu dia boleh beli sebijik2 ala cart or boleh jugak beli satu set. Kalau satu set burger dengan air RM9.90. Depend pada jenis burger. Total kami amik 3 sets burger, cheezy wedges dan meatball dalam RM 46.90.
Seriusly lapar sangat |
Meatball dan Cheezy Wedges |
Buah delima beralaskan tab. cangihh!! |
Adik dengan 'ball' nye. huuu |
Tak habis lagi dengan buah delima tu..sabauuu je la. |
Dah, itu je dulu wat masa ni. Nanti sambung lagi ye.
Bye!
Assalamualaikum!
0 comments on "Malaysia Berkabung + Burger Bakar"
Post a Comment