Date: 01.09.2014
Time: 2.30pm - 9.00pm
Venue: Rumah tokwan @Selayang Baru
Cuti post merdeka ek orang panggil kalu cuti ganti sebab hari merdeka jatuh hari ahad? Entah! Pandai-pandai sendiri je bagi term. Janji faham kan. Kalau nak dikira, hari ni dah 4 hari kitorang bercuti. Memang cuti panjang sangat tapi sedih sebab tak pergi mana-mana pon cuti ni. Dok berlegar-legar dalam area selangor ni je lah.
Pagi tadi dah pusing-pusing satu taman tasik shah alam tu. Siap jogging main playground bagai. Anak-anak pon dah happy sangat dah. Petang ni pulak encek akmal cakap nak jalan rumah atok wan. Nik on saja. Bukan ada apa agenda pon. Tapi sememangnya tu dalam jadual encek akmal pon. Hehehe. Kononnye nak gerak dari pagi lagi. Tapi ya ampunnn...banyak betol bend nak buat hati ni kat rumah. Dah esok nak start kerja balik, make sure hari ni kene
Kemaskan rumah untuk seminggu teros! Boleh?? Dulu-dulu selalu perasan, orang tua kat kampung kalau nak keluar rumah mesti kemaskan rumah dlu. Masa tu nik cam pelik. Apsal nak kene macam tu? Nk keluar dh pon, xpayahla kemas. Nanti balik barula kemas. Nanti lambat. Tp hakikatnye, bila kita sendiri yang berumah tangga nih. Hammeeeek!!! Memang kene kemas dlu sebelum keluar. Reason?? Bila balik nanti, badan dah penat, msuk rumah pulak macam tongkang pecah, lagi rasa nak menyinga. Bila balik dan2 la bawak barang dr mall. Lagi la bersepah. Dahla duit byk habis sebb kliar td tu. Hahaha. So kesimpulannye, banyak yang negative ye kawan2. Sila jangan amalkan.
Ok. Back to our planning. Gi selayang baru. Kami sampai rumah tokwan, semu orang takde pergi hosital melaway orang sakit. Nasib faiq ade sorang kat dalam rumah. Boring kat dalam, kami melepaklaa kat luar rumah sambil makan2 buah dokong. Sedap! Manis! Tak sangka pulak puteri putera nik yang anti buah tu suka pulak dengan dokong ni. Hehehe. Satu improvement disitu.
Melepak sambil makan buah dokong |
Poopoo pulak kakak zara ni. Itu yang pakai diaper saje. Bukan menyeksi ye |
Inilah dia..naik motor. Tak menunggang pon, duduk saja. |
Haa..sebelum lupa, ada satu kejadian yang memdebarkan berlaku. Masa nik tengah solat asar kat tingkat atas. Bawak sekali si iman zariff bagi dia main sorang2 dalam blik sementara nik solat. Tiba2 kakak zara datang dok sebelah nik yg tgh solat td tu. Sambil kusyukk korek hidung. Pastu bersin. Then korek lagi. Bersin lg. Bila nik dah siap solat. Nik lapkan la hidung tu igt ade taik idung dinasour kt dlm tu. Tp.. Masih tak berhenti korek lg. ishh lain macam nih. Apa nik buat, tutup sebelah lubang hidung zara pastu suruh dia hembus sekuat hati. Paaaangggg!!! Keluar benda asing nih! MasyaAllah!!! Zara!! What are you doing??!! Whats this??? Pastu boleh dia senyum... Nebes weeei!! Anak...anak. Kalau ye pon nak explore, janganla sampai masuk entah pape dalam lobang hidung! Huuu
Actually dulu dh pernah berlaku mada tengah pntang si zariff kat kampung. Zara masuk gula2 bulat kecik kt dalam hidung. Panic satu rumah kot! Nasib boleh keluar.
Fuuuhhhh.
Coretan mama Iman;
0 comments on "Cuti post-merdeka"
Post a Comment