Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, September 6, 2014

Garden Wedding dan Basikal baru INZ


Date: 6.09.2014 (Saturday)
Time: 2.30pm - 6.30pm
Venue: Taman Botani dan MPH Alamanda

Hari ni banyak betol kejadian yang "First Time" berlaku. Dari pagi sampailah malam, semua kejadian yang berlaku merupakan pengalaman pertama. Seronok, ingat...kite hidup kat dunia ni sekejap sahaja. Jadi, nikmatilah nikmat yang Allah bagi ni dengan penuh kesyukuran. Lupakan yang pahit, jadikan pengajaran sekiranya jatuh. 

Jom kita jelajag pengalaman baru hari ni satu-satu ye:


Garden Wedding di Taman Botani

First time masuk Taman Botani Putrajay. Seriusly, dah beratus kali dah datang kat Putrajaya ni. Tak pernah pulak kitorang tau pasal garden wedding boleh dibuat kat sini. Sehingga lah hari ni. Ini pon nasib baik jugak ofismate Nik invite wedding anak lelaki dia kat sini. Rupa-rupanya taman botani ni memang cantek! Masa kami berjalan area sini menuju ke tempat kerja kawen tu, nampak ramai mat salleh dok amik gambar pakai tripod bagai. Ala-ala taman bunga camtu. Cantek sangat. Macam-macam bunga pon ada.

Rupanya kan, kalau kite masuk kat website putrajaya tu : http://www.putrajaya.gov.my/tourist/attractions/parks_landscapes/taman_botani. Boleh tengok pelbagai jenis activities pon kite boleh buat kat situ. Kalau bawak rombongan memang berbaloi. Tapi kalau setakat satu keluarga macam kita-kita ni, maybe boleh amik activiti berbasikal tu. InsyaAllah, bila ZnZ dah besar sikit kite mula activiti outdoor ni ye.

So cuci mata sikit sekitar garden wedding.

Keluarga saya

Hey si gadis...yang cantek! hehehe

 
Papa borek baby rintik...

Ngam betol INZ dengan abang aliff zidane ni (anak auntie min)



MPH di Alamanda Putrajaya

First time jugak masuk MPH bawak anak-anak. Buat masa ni, alhamdulillah kakak zara masih lagi ulat buku tegar. Pantang tengok kedai buku mula tergedik-gedik nak masuk. Selama ni kami tak bagi sangat kakak masuk sini sebab ingat ada buku untuk budak besar je. Rupanya memang banyak buku education untuk infant! Jakun sangat mak nya. Ni pon nasib baik kedai buku MPH ni dok sebelah toilet. Sementara nik gi toilet, papa diorang bawak masuk situ. Seronok kakak. Rambang mata macam hape!





kat toysRus.admire sangat ngan sylvian family ni. One day nanti mama papa beli ye.

Semua buku dia nak! Mickey Mouse ade, Princess, Frozen, eh...semua kartun kegemaran dia lah! Nik berkenan satu bedtime storybook tu. Murah je, RM29. Ingat nak beli, bila dok melayan kerenah puteri putera ni daah terlupa. Keluar macam tu je tangan kosong..Sayang sangat. Anyway, macam la tak boleh datang next time kan? Nanti beli je lah! Invest untuk anak...takde ruginye.

Basikal Baru Zara

First time beli basikal untuk anak! Kami memang dah lama nak beli basikal sebenarnya. Tiap kali tengok orang main basikal, kakak zara pon merengek-rengek nak basikal. Kesian sangat. Tapi selalu jumpa basikal yang xckup secure. Banyak benda yang kurang di mata papa-nya. Hari ni, tekad masuk alamanda, masuk toyRus nak beli bicycle yang kami aimed sejak minggu lepas. Tapi frust sangat sebab basikal tu dah takde. Dah transfer ke cawangan Summit katanya. Sedihhhh. Keluar alamanda dengan rasa tak puas hati.

On the way balik rumah, walaupon hari dah gelap tapi kami gagahi jugak gi kedai basikal kat seksyen 25 Shah Alam. Nama kedai "Giant". Memang depan giant kota kemuning tu pon. 

Masa on the way ke kedai ni, punya lah berdoa si papanya. "Mintak-mintak laaa kedai tu bukak Ya Allah". Lebih kurang camtu lah. Bila sampai, tengok kedai bukak, berbunga-bunga encek husband! Jarang sangat tengok dia excited macam tu sekali. Suka sangat. Masuk kedai, nah! beratus bijik basikal! Tapi yang kat atas rak nun jauh di sana tu mencuri tumpuan kami. Sebabnya...basikal idaman! Yang kami aimed nak beli kat toysRus tu. Basikal tu la! Yahuuuu!!

Yeay..yeay...inz cakap..

Juling mata banyak giler basikal

Suka kakak tengok basikal banyak-banyak

Dua-dua excited!

Kakak cakap, nak wat balik basikal ni. Comel kakak...

Inilah yang 'idamaku' tu. Memang sebijik kaler ni. Confirmed amik nih!

Dan atlast, kami berjaya belikan zara sebuah basikal idaman papa, diulang...idaman papa zara ye..bukan idaman zara. hahaha. Nasib kami untung sikit, minggu ni ada sale untuk basikal idaman tu. Dapat RM228, kalo kat toysRus tu dalam rm269 kot. Percuma loceng satu. Kesahnya, basikal tu takde loceng. Tapi kakak zara nak ding (loceng), so papa dia haruslah beli sebijik loceng dengan harga rm8. Tapi tuan kedai tu bagi percuma je. Ok lah. Muraah rezeki. Alhamdulillah.

Esok, kita keluar gi taman ye kakak. Rasmikan basikal baru kakak tu.heheh (Tak sabar rasanya nak tengok anak kayuh basikal). Nanti lepas ni kami beli untuk adik zariff pulak ye. Kalau tengok basikal kakak tu, memang takde harapan la nak share ngan adik kan? gigirl sangat! sanggup ke adik naik basikal ni nanti?? hehehe.

Encek husband cakap, takyah nak beli unisex sangatlah! Amik je yang ala gigirl tuh. Sebab tu memang basikal kakak. Basikal adik nanti kite beli boboy punya style. Sebab palang basikal girl ngan boy tak sama. So tak boleh share..Hmmm... okey fine!


Coretan mama Iman;
 

0 comments on "Garden Wedding dan Basikal baru INZ"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...