Date: 01.09.2014 (Monday)
Time: 8.00am - 10.30am
Venue: Kedai Kopi Mak Jah Briyani, Taman Tasik Shah Alam
- Kedai Kopi Mak Jah Briyani
Mimpi apakah anak-anakku hari ni. Bangun diawal pagi. Pukul 6 pagi kot! Tapi takpe, kira macam alarm clock untuk mama dan papa nya bangun solat subuh lah ye. Al kisahnya, lepas solat subuh tu mata dah tak boleh pejam. Hari ni kan isnin, selalunya memang bangun time ni mandi dan bersiap pergi kerja. Dah hari ni cuti post-merdeka. Cuti ganti pasal merdeka semalam jatuh hari ahad. Lama mama uols ni cuti anak-anak oi. Seronoknya.. rasa macam tak nak kerja lagi dah. Nak jaga korang je. Tapi...mana buleh, tokma cakap rugi ilmu yang selama belajar dari kecik sampai besar tapi tak digunakan untuk berbakti. Kan?
Ingat pagi ni nak guling-guling main-main ngan dua babies ni je. Tapi encek akmal pulak tiba-tiba ajak keluar breakfast kat kedai baru katanya. Hadoi, kedai apakah?? Mulanya macam..hmm..okey, ikotkan aje. Just go with the flow orang kata. Bila sampai kat kedai makan seksyen 17 (stesen bas shah alam). Kat belakang Shell. Ala... lupa nama kedai. Tulisan hijau kedai corner lot betol2 belakang shell. Terus Nik cakap "kedai indon ek?". Dengan slumbernya encek akmal gelak, cakap "tak lah! cuba bc kt lori tu". Mata dok tercari-cari..."lori mana aku nak baca nih". Tiba nampak di kejauhan sikit dari kedai.."ooooo kedai kopi mak jah.."
Encek akmal cakap semalam dia datang dengan paklong fakry makan kuetiaw goreng. Sedap gilers katanya. Tiba-tiba hari ni takde pulak. Nasib. Ada mee goreng. Nik pulak tengok ade rendang ayam. Wah!! i like.. (sekarang ni dh mula suka rendang ayam), makan dengan nasi impit yg patot digabungkan dengan lontong tu (kitorang memang tak reti nak makan lontong ni. Lagi pon tekak kitorang memang tak boleh nak terima lontong).
Pergh...sedap! Sedap sangat rendang ayam tu! uwaaa.. next time confirm nak datang makan lagi! confirm! Tak pedas sangat. Ada rasa manis-manis sikit. Sedap!
- Taman Tasik Shah Alam
Lepas breakfast, rasa nak berjoging. Bawak la gi Taman Tasik Shah Alam. Dah lama benar tak datang bersenam ni. Selalunya kalau weekend bangun pagi, keluar breakfast then terus balik. Tak pon, gi giant or AEONBig or tesco pastu beli barang dapur. Huu.
Minggu ni seronok sikit...ceria dapat tengok kehijauan alam..
Buaian... |
Jantung berdegup kencang kot masa nak snap gambar ni. Sebab park zariff kat atas benda nih. Tinggi dan goyang. |
Cubaan mintak tolong kakak amikkan gambar kami. Berjaya! walaupon senget benget. ehehe |
Zariff memang suka main kekuda ni |
Main jongkang jongket. Ni first time kami main together2 tau |
Gambar diorang je la..kita tukang amik gambar je la. |
Bapa mithali bersama puteri dan puteranya |
Coretan mama Iman;
0 comments on "Exercise di taman tasik Shah Alam"
Post a Comment