Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, October 5, 2014

AidilAdha dan IZ Demam Bintik


Date: 05.10.2014
Time: 2.00pm
Venue: Kota Bharu - Hometown

First of all, selamat menyambut hari raya korban kepada semua umat islam di seluruh dunia samada yang meraikan raya ini ataupon tidak (kekangan kerja atau belajar). So far, nik memang akan balik raya kat kampung di kota bharu sebab nak tengok orang sembelih lembu. Tapi sejak-sejak wujudnya sang puteri dan sang putera ni langsung nik tak tengok orang sembelih lembu. Pagi raya tak sempat pakai lawa-lawa dah nampak daging lembu berlonggok-longgok sampai kat dapur. Tunggu dua budak comel ni besar sikit la kot baru boleh join acara penyembelihan tu. Hehehe

Raya haji/kurban ni orang cakap kat kelantan memang seronok. Memang tak dinafikan pon. Tapi tak bagi kami untuk tahun ni. Bukan nak mengeluh, tapi kalau diingat kembali, tahun 2014 ni adalah tahun yang memang kami tak nak ulang. Pelbagai dugaan dan cabaran. Raya puasa hari tu pon tak beraya sebab Zariff demam. Dan raya haji ni pon sama. Kami masih tak berapa nak beraya sebab Zariff lagi sekali demam. Yes, macam hari tu jugak. Demam bintik. Dan hari ni dah masuk hari ke-8 Zariff demam.






 Boleh tahan terok jugak kan bintik merah ni? Hati ibu mana tak gundah gulana, hati ibu mana yang tahan dan sanggup tengok badan anaknya macam ni? Memang tak sanggup nak gembira di hari raya kalau rupa anak macam ni. Sedih dan kesian sangat sebab tak boleh nak bayangkan macam mana budak kecik sekecil zariff ni menanggung sakit bintik merah tu. Ya Allah, kalaulah boleh transfer demam ni kat mama, memang mama sanggup! Setiap hari merengek dan tidor dalam pangkuan. Memang tak boleh nak letak bawah langsung.


Kat kampung, kami try letak zariff dalam buai. Alhamdulillah dia suka! Jadi hari ni lama sikit zariff tido, dari kol 9pagi hingga 1tengahri. Boleh la dia rehat lama2.


Sejak-sejak pakai ubat titik dalam mulut dapat dr KPJ semalam, zariff macam kuat tido sikit. Hmm maybe ubat tu mengantuk or antibiotik tu yang buat zariff lena. Pape hal pon, cepat sembuh ye sayang!


 Love:

0 comments on "AidilAdha dan IZ Demam Bintik"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...