Date: 20.10.2014 (Isnin)
Time: 11.00am
Venue: Wad 404 - KPJ Selangor
Malam tadi malam kedua Zariff tido kat sini. Alhamdulillah, malam tadi tido lena setelah 2hari kene nab. Hari ni juga Shah Alam hujan dari pagi lagi. Dalam bilik ni pulak aircond kuat sangat. Sejuk yang amat rasa Nik pon nak sakit sekali. Pagi ni doctor dah cek Zariff tadi.
Masa lawatan paed ke sini, mama bersungguh-sungguh cakap yang Zariff dah improved. Tido lena dan tak bangun nangis lagi dah malam tadi. Paed pon macam happy. Tapi bila paed check kat dada Zariff rupanya lendir tu hari ni makin kuat bunyi. Makin banyak.
Hmmm...oke, dah dua hari kat sini ingatkan kurang rupanya makin banyak. Paed ada explain, lendir tu sebenarnye datang dari kuman atau bacteria yang ada dalam pari-paru. Disebabkan selama dua hari ni kite dah bagi dia nabulizer, mencairkan kahak dan lendir yang ada dalam paru-paru tu, jadi lendir tu keluar dan makin banyak. Sepatotnye kalau kita orang dewasa ni boleh berdehem atau batuk untuk keluarkan kahak yang mencair tu. Tapi Zariff...kecik lagi. Masih tak tau macam mane nak berdehem. Terpaksa bagi dia keluar melalui hidung or mulut.
Masih tido |
Cari kakak bila bangun tido |
Muka bangun tido |
Rambut rock kapak! |
Tido balik dalam jam 11.30 pagi setelah kene nab. |
Lena |
Lawatan papa dan kakak |
Tido petang |
Hari ni mama tak tukar baju Zariff sebab sejuk sangat. Baju yang mama bawa tu semua lengan pendek. Ni je yang lengan panjang. So, pakai je lah baju ni sampai ke petang ye sayang. Pagi tadi dah mandi sebenarnya, tapi tak tukar baju. Hehehe
Owh ye, hari ni mama dengan rasminya bercuti dari kerja buat sementara waktu. Owh ye, hari ni Ciksu Nabilah datang dari Kota Bharu. Alhamdulillah, ade ciksu ringanla sikit beban kami. Flight dari Kota Bharu jam 8.30pagi dan sampai KL kol 9.30pagi. Sampai hospital dalam jam 10pagi camtu.
Thank You Ciksu datang!
0 comments on "ImanZariff #Day3 - Lendir makin banyak"
Post a Comment