Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, October 3, 2014

Zariff Demam hari ke-6 & Firefly


Date: 3.10.2014
Time: 12pm - 4pm
Venue: KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu


Hari ke-6 baru nak update pasal demam zariff ni ye? Takpe, better late than never!

Lately kalau perasan, Zariff ni kalau demam mesti nak naik bintik merah. Kalau pergi jumpa doctor, katanya ruam panas dalam badan yang keluar melalui rupa bentuk bintik. Tapi kalau orang tengok memang akan cakap campak. Kali ni, raya aidiladha ni kene lagi demam bintik merah ni. Tapi ruam merah kali ni macam lain sikit. Bintik dia lagi besar dari sebelum ni!

 Cerita-nya macam ni, sejak isnin lagi zariff dah mula ada sympton nak demam. Tapi kami tak bagi pape ubat sehingga masuk hari selasa badan zariff makin panas. Start bagi ubat syrup paracetamol 250 tu 3.5ml cam biasa. Esoknye hari rabu demam masih jugak tak elok. Malahan makin terok especially bila malam. Masuk hari ke-empat (khamis), dah dua malam kami tak tidur sebab zariff meragam taknak tido langsung. Bila malam, dalam kol 2pagi tu badan akan panas melampau. Apa yang kami buat, amik kain lampin zariff, rendam dalam air batu. Balut kat badan zariff. Memang mula-mula kena kain tu dia akan terkejut sejuk. Tapi sekejap je, jangan risau. Nanti dia memang suka selimut dengan kain basah tu. Malahan kain tu memang cepat kering dan kene rendam lagi dalam air hingga badan dia turun.

 Masuk hari jumaat, jam 2petang flight kitorang balik kampung nak beraya. Pagi ni kami perasan badan zariff dah mula ada bintik merah kecik-kecik naik kat badan. Belum merebak pada anggota badan. Hmmm macam denggi pon ade. Risau sangat! Lama sangat dah demam ni. Kat klinik, doctor interbiu pasal demam tu, demam panas melampau dan ade muntah malam2, doctor risau takut kene denggi (macam kami fikir!). So, doctor kat klinik buat surat refer specialist KPJ Selangor untuk further checkup dan ambil sample darah. Disebabkan kami nak balik kampung, so nik mintak doc buat surat refer ke KPJ Pakar Perdana Kota Bharu,
 
Lunch sementara tunggu flight jam 2pm - muka takde bintik, ada kat perot je.

Agaknye kakak zahra dah terlalu bosan flight delay, meraung-raung! sorry kakak...
 Bila dah berjaya duduk dalam seat masing-masing, ingat flight dah boleh gerak lah. Tapi tungu turn pulak kat airport sebab terlalu banyak flight yang tunggu q nak take-off. Pastu, pilot juga ada buat pengumuman yang kapal terbang dari singapore dalam beberapa km nak sampi so kene tunggu dia landing dulu. Hmm, dalam flight kalau tak gerak, aircond faham-faham je lah. Tak kuat sangat. Sempit, panas pulak tuh. Anak-anak kami meragam meraung menangis especially zariff. Nangis sambil melentik-lentik badan ke belakang. Dugaan betol. Ye la, tak salahkan dia juga kan. Zariff kan tengah demam. Badan panas sejuk panas sejuk, kurang selesa la kot.
Dua-dua nak tido bertempek dengan mama

Dalam 15minit kemudian, flight akhirnya berlepas. Dan...anak-anak ku...lentok! secara automatic nye. Kakak zahra memang dari tadi lagi mengantuk yang hamat sangat cuma dia tahan je. Zariff pon tengah demam so banyak tidor. Mak bapak dia jugak lah berjaga, demi keselesaan anak2. hehehe

Bila sampai KB pulak, kami tak terus balik rumah tapi singgah dulu di KPJ Pakar Perdana untuk ambil darah. Husband angah yang pickup kami dari airport, bawak terus ke sana. Bila jumpa receptionist, katanya zariff kene jumpa doctor pakar, which is hari jumaat doctor pakar takde. Kene datang esok! Urrgghhh..sabar jela. So esoklah kami datang. Nanti update esok camne.

Now, kami nak balik kampung jumpa tokma dan tokbah!

Bye!



Love:

0 comments on "Zariff Demam hari ke-6 & Firefly"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...