Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, November 17, 2011

Hari luruh pusat!


Day # 8

Date: 17/11/2011
Time: sepanjang hari
Venue:dalam rumah tokma

Kalau diikotkan tarikh..zara umur 8 hari, tapi kalau diikotkan jam..hari ni zara baru betol-betol cukup 7 hari. Hari ni dah jumpa  lagi hari khamis dimana hari mama bersalinkan baby. Dan..hari ni jugaklah, tali pusat baby jatuh tau! eh..mama ni..jatuh tali pusat tu ape pulak kan? jatuh gedebuk ke.hehe. Ok, kan masa zara lahir tu tali pusat kan masih melekat lagi kat perot.

Hari ni, tali pusat yang melekat kat perot tu dah jatuh dah, meaning to say is dah tercabut. Pandai betol pilih hari kan. Actually pagi tadi..bangun dari tido..mama tengok tali pusat tu masih melekat lg. Tapi lepas mama betolkan baju. mama sentuh..tengok-tengok dah tercabut. hehe. Orang tua cakap, hari "luruh pusat" ni..baby perangai lain sikit. Alaa..orang tua..biasala..lainnya macam ni la, kalau katakan baby tu jenis tak menangis, hari luruh pusat ni banyak nanges. Kalau baby tu kuat nanges, hari ni dia jadi pendiam. Macam zara pulak, hari luruh pusat ni zara tido je manjang! biasanya tengahari zara kurang tido sebab zara banyak tido malam hari. Tapi hari ni..tido..tido..dan tido lagi! hehehe

Jom tengok muka budak luruh tali pusat tu..hehe

Mama susukan baby dengan susu original perahan dari badan mama

Kalau perasan, badan zara selalu berbalut-balut dengan kain tebal-tebal kan. Memang la mama balut zara..selimut zara macam tu sebab kan mama dah cakap, sekarang ni musim tengkujuh. Sejuk sangat, even mama pon tak tertahan kesejukan tu. Sebab tu la mama balut dengan 2 3 helai kain macam tu. Hehe..ni pulak mama nak tunjuk gambar baby masa tengahari tadi. Baby dengan rompers kaler hijau. Rompers ni adalah hadiah dari maklong..beli dari UK-England tau! heee..

Dan kepala baby tu pon, kalau perasan mama jarang bukak tunjuk rambut. Orang tua-tua cakap, tempurung kepala baby masih lembut..memang lembut sangat dan baby masa kecik macam ni bernafas juga guna ubun-ubun tau! Mama selalu jugak perhatikan ubun-ubun zara masa zara tido..memang bergerak-gerak macam dada..turun naik..turun naik. Risau pulak mama, sebab tu la kepala zara, mama&papa selalu cover dengan kain.



0 comments on "Hari luruh pusat!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...