Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, November 20, 2011

Penyelenggaraan EBM semasa kerja


Date:20.11.2013
Time: 8.30pm
Venue: Home

 Sempena hari sabtu harini, ada masa terluang sikit untuk update blog. So, hari ni nik ingat nak share macam mana nik handle EBM semasa bekerja. Yela, nak breastfeed exclusive ni tak mudah ye, dan ianya juga sebenarnya tak susah. Yang penting kita memang kene yakin yang kita boleh. 

Bagi nik, satu lagi..mommy di luar sana kalau nak fully breastfeed ni memang kene tabah dan cekal. Cekal menge-pump susu buat stok. Nik sendiri pon masih dalam proses pembelajaran, bagi nasihat juga untuk diri sendiri.

Kat rumah, EBM nik simpan dalam peti ais biasa je. Peti sejuk rumah nik jenis yang pintu 2. 



So far. stok susu nik baru banyak ni. Tak banyak mana pon. Nik letak dalam satu pek untuk setiap sesi mengepump. Paling penting, kene pastikan yang setiap pek tu dilabelkan date and time supaya senang untuk kita guna susu yang paling lama dahulu. So far adalaa dalam 30 pek. Tak banyak mana..Peti ais pon sempit je.

Ok. Semasa nik keluar bekerja, nik biasanya akan pakai satu pek EBM beku dan campur dengan EBM fresh. Maksudnya macam ni. Contohnya untuk bekal esok hari, malam sebelum tidur nik dah siap-siap letak EBM beku dari tempat beku ke aras bawah untuk cairkan dia. Total satu pek tu mungkin dalam 12oz camtu. So, bila esok pagi, nik akan bangun dalam jam 5.30 pagi untuk sesi mengepump. Susu yang nik pump pagi esok tu adalah bekal untuk hari yang sama. 

Nik akan siap letak dalam botol mengikut sukatan per-meal macam ni:


Haa..perasan tak ade bekas warna purple tu? Dalam tu ada air dan pek EBM yang beku yang nik amik dari freezer. Senang bagi dia cair kalau rendam dalam air macam tu. Botol-botol lain tu adalah fresh milk yang nik pump pagi sebelum kerja. Biasanya nik akan bekalkan 7botol dan setiap botol ada 3oz untuk baby berumur 2 bulan.

Nanti bila baby makin besar..makin banyak jumlah botol dan makin banyak jumlah oz untuk setiap botol tu. So...bersedialah! hehe


0 comments on "Penyelenggaraan EBM semasa kerja"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...