Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, December 5, 2015

Bowling di Bandar Baru Nilai


Date: 05/12/2015
Time:2pm - 5.30pm
Venue:Bandar Baru Nilai

Aktiviti hujung minggu kali ni, kami join kawan-kawan papa znz gi main bowling kat Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Dari Shah Alam ke Nilai ni bukan jauh mana pon. 

Ini pon first time kami datang main bowling kat sini. Pernah sampai bandar baru nilai ni pon dulu sebab cari kfc punya pasal. Anak-anak nak makan nasi ayam KFC. So ini kira second time la kot.

Kalau perasan, kat tepi dewan bowling ni ada SevenEleven tau. Hadoi..anak-ank kitorang ni memang pantang tengok 7E. Kang dok ulang keluar masuk, keluar masuk 3 4 kali. Dah tak nak bagi diorang buat perangai, bagi laa apa yang diorang nak tu. Jangan buat hal kat situ sudah, ramai orang kot haha

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Antara muka-muka yang ceria di sekitar kawasan bowling.

 

 

 

 

Pssst...perasan tak gambar zahra tengah makan kek kat atas tu? Tu ada cerita disebaliknye tau. Ceritanya, kali ke berapa kali dah si zahra mintak nak masuk 7e, then kami nk alihkan perhatian dia. Bawak gi kedai kek kat sebelah 7e tu. Rupanya bala lagi satu datang menjelma. Kat kedai kek tu ada jual kek frozen kecik dalam rm32. Meraung-raung nak kek frozen tu. Sedih tau kakak...apa la kakak ni. Jenuh la dok pujuk rayu dia kat situ.

Bawak masuk dalam area tempat bowling tu, zahra tak habis merajuk lagi. Buat muka moncong, silang tangan peluk tubuh then cakap "I dont want to talk to anybody!" Hadoi..pulak..

Kemainlaa pujuk, memang tak makan pujuk betol. At last ada la anak member ni, Aireen yang umur dalam 9 tahun datang pujuk zahra. Bawak masuk kedai kek tu balik then dalam 5minit, lari-lari datang kearah nik. 

Aireen: "Auntie..auntie...Zahra nak kek yang rm5 tu. bukan nak kek frozen tu la auntie" 

Nik: "Laaa yeke aireen..ok2. nah gi beli kek tu kat zahra bleh?"

So..happy laah cik kakak zahra tu dapat sepotong kek yang ade sprinkles kat atas tu katanya.hehehe.

0 comments on "Bowling di Bandar Baru Nilai"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...