Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, December 20, 2015

IOI City Mall Putrajaya


Date: 20/12/2015
Time: 12.30pm - 4.30pm
Venue: IOI City Mall - Putrajaya

1. ToysRus - IOI City Mall

Hari ni kami datang ke IOI City Mall ni semata-mata sebab nak bawak znz gi toysRus untuk redeem voucher RM20 yang kami dapat bulan lepas. Bulan lepas kami ada beli toys kt situ. Untuk pembelian RM150 ke atas dapat voucher rm20, kalau RM300 dalam single receipt dapat voucher RM50. Voucher-voucher tu boleh start redeem on december.


ZnZ sekarang ni kalau kt kedai mainan, dua-dua dah cerdik pandai dah. Tenang jiwa kami berdua. Kalau tanya apa-apa, or tanya nak apa...diorang pon macam tengok je semua barang. Lambat sangat dah nak buat keputusan nak beli apa. Kadang-kadang tu dah tahap keluar tangan kosong pulak.


Harini, kami cuba taknak bagi kakak beli playdoh sebab dah bosan. Lagipon zahra pon tak berapa nak pandang sangat benda tu sebab barang almost sama kat semua kedai. May be tahun depan pulak la kot ada baru. Shopkins pon dah mula ala-ala minat tak minat dah pulak. 

Tapi, tak sangka ada mainan baru kat toysRus. "Paw Patrol" pulak.. Hadoi. Zahra bersungguh-sungguh nak satu karakter kaler pink tu, yang ada helikopter pink kelabu tu, nama apa entah. Disebabkan toy tu takde function sangat, pastu dog biasa gitu je tapi harga RM140, so kami tak bagi zahra beli. Nasib baik dapat pujuk.

Atlast, zahra amik shokins yang ada bas jual aiskrim tu. RM139.90. Telan air liur jugak tengok harga. Tapi lantak lah, malas dah nak pikir. Perot dah lapar sangat-sangat buat otak jadi tak berapa nak rational. Zariff pulak...comel giler. Tau zariff nak mainan apa? Saidina yang ada duit kertas banyak2 tu. Dah la murah je, rm40.. comel la awak ni zariff. Tapi kesian pulak ngan adik..

Takpe dik, mama tau..one fine day, bila awak dah besar nanti, toys yg bakal awak mintak nanti lagi mahal tahap gaban berbanding kakak. Percayalah! Huhuhu. So awak berjimat je lah dulu sekarang ye.

2. Makan-makan di Tappers

Settle je beli barang, terus berkejaran ke Tappers sebab abam kema kite nak makan spageti carbonara katanya! Dari hari tu lagi nak makan, tapi tak jadi. 

Nik order macam biasa lah...chicken parmigiana feveret sepanjang masa. hahaha. Dah memang tekak boleh terima menatang ni je. Nak buat macam mana??? hehehe

Psst...lawa je tappers kt IOI ni, suci putih bersih. Ala-ala background wedding zaman sekarang ni. Rasa macam nak snap gambar banyak-banyak je. Sebab lighting cantek, gambar jadi super hensem!

Cuba tengok ni...

3. Snap gambar Iman Zariff...






4. Snap gambar Iman Nur Zahra pulak

Hari ni nasib baik mood kakak zahra ok dan terbaek! Agaknya sebab dapat mainan baru kot. Cuba imagine kalau dia tak dapat toys..muka semewek je, moncong 14 inci..langsung tak nak cakap. Ewah-ewah... ingat mama dengan papa suka sangat perangai awak macam tu? Nasib baiklah mood mama dengan papa pon oke jugak tau, dapat beli lori pinky tuh. Hahaha..anak perempuan...bersabar jelah!


Bukak mata luas-luas
 Gambar kat atas tu kan, korang nak tau kenapa kakak zahra buang tebiat buat mata macam tu? nak tau?

Sebabnya, lepas dia tengok gambar muka dia lepas snap kat phone macam gambar kat bawah ni kan, dia terus cakap "hah!! eyes kakak gone???" Dah tiba-tiba masa tu jugak dia seeeeboookk dok selak rambut, besar besarkan bijik mata, cuba bukak mata luas-luas. Kesian sangat. Uwaaa...Awak risau takot mata awak hilang ek??

Nik cuba explain jugak, "Rambut kakak kat depan tu panjang sangat, sebab tu eyes kakak hidden kat belakang rambut tu, tak nampaklaa eyess..dont worry ek". Hah..gitu lah lebih kurang. Lepas dia angguk-angguk, then ok dah.. Hahahaha. Lawak betol lah awk ni zahra, princess memang camtu ke perangai? hehehe



Tu lah dia shopkis yang zahra dapat kat toysRus. Mama pon tak sabar nak main jugak nih! hahaa

5. Gunting rambut papa

Dah siap beli barang semua kan, tengah tengah jalan menuju ke parking, ternampak pulak satu kedai gunting rambut kecik je kat bucu sudut. Comel giler. Kebetulan takde customer, kosong. Dah rambut abam kema pon tahap kritikal benar dah. Kalau kat Emergency Room kat hospital tu, kira dah level Red Zon lah! haahaha. Jadinya abam kema laju je tanya berapa hengget upah gunting rambut kat situ.

Cina tu cakap, rm17 per head. Bayar pakai mesin. Perggh...canggeh wehh. Tak pernah tengok pulak mesin bayar untuk potong rambut. Jakun sikit hahaha. 

Jadi, lepas sumbat duit rm17 kat situ, then duduk kat salah satu kerusi (ade 2bijik kerusi je pon), then cina tu potong lah rambut ikot araham abam kema.


So, sementara tunggu abam kema setelkan permasalahan pemotongan rambut tu, kami tunggu sambil main-main air kejap kat kolam kecik kat tengah-tengah alam tu sambil tengok jugak persembahan pertunjukan krismas. Orang main drum kot.






Tu sajala...

Waktu yang berharga untuk dihabiskan bersama orang-orang yang kita sayang. Betol tak? hehehe...

Next post nak cerita kejadian keluar dari IOI ni pulak. Kami teruskan dengan berkelah di taman empangan depan PICC Putrajaya.

Bye!



0 comments on "IOI City Mall Putrajaya"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...