Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, December 31, 2015

New Year Gathering 2016 Part 1

0 comments
Date:31/12/2015
Time:7.30pm -12.30am
Venue:Taman Tasik Empangan Putrajaya

Alhamdulillah, malam ni malam penghujung tahun 2015. Pelbagai cabaran dan dugaan kami tempuh dalam tahun ni. Tapi takpe, anggap segala permasalahan tu sebagai batu loncatan untuk kita lagi cepat matang dalam mengharungi liku hidup.

Allah hanya menguji hamba-Nya yang layak sahaja. Betol tak? hehe..

Malam ni, sebagai penutup untuk kelab wish yang abam kema saya tu join, diorang mengadakan malam ambang menyambut tahun baru di Taman Tasik Putrajaya. Kami suka tempat ni sebab senang, dekat sangat surau tandas dan segala kemudahan awam.





Bermula jam 7.30pm sampailaa jam 12.30 tengah malam.. 

Seronok..tapi yang paling seronok sekali of course la anak-anak... diorang semua suka datang sini pon sebab ada ruang yang sangat luas dan sesuai untuk main roller blade. Ehhh sekarang ni dah macam musim main roller blade pulak. Semua orang boleh kata ada benda tu..Zahra Zariff..buat masa ni kami tak bagi lagi. Kecik sangat lagi kot untuk bagi. Takot jatuh nanti.

Ehh...no no...ada je perasan sorang anak member tu dia punya roller blade ade tayar 2 bijik kat blakang. So takde masalah jatuh. Hmmm mungkin ada bajet lebih sikit nanti kami beli yang macam tu dulu, trial untuk znz..

Sementara tu, tengok je orang main dulu ye...selagi awak2 berdua tak mintak nak kami wat rilek-rilek dulu hahaha






Pergh...tak suka betol gambar iphone bila malam. Memang tak cantek. Failed! Mungkin iphone6 and iphone 6s oke kot..Bila laaa ada rejeki lebih nak beli ipong6s.hahaha..

Berangan..tak salah pon kan? hehe

Dan dengan bangganya...inilaahh dia para Hot Mama yang join pada malam ni..

Seronok sebab ramai! suka...!

Ada beberapa yang tak sempat amik gambar sebab balik awal..sedey..next time jumpa lagi ye..




Bye! Mmmmuuuuahhh!

Next post nak cerita kisah abam kema kene mandi tepong ye, sempena sambutan hari lahir dia pada 25/12 di part 2. Tak sangka pulak kawan-kawan diorang ni masih ingat dan masih celebrate! ahahaha..comel!


Tuesday, December 29, 2015

Family Potrait Drawing

0 comments
Date: 29/12/15
Time: 11.30pm
Venue: Home Sweet Home

Cuba tengok gambar kat bawah ni...

Ini lukisan kakak zahra  malam tadi. Untuk Zara yang masih berumur 4 tahun ni, drawing ni kira ok la tu. Of course ramai lagi budak sebaya zara yang lagi pandai lukis or laki kurang pandai lukis. 

Tapi, untuk mama dia, lukisan macam ni pon dah kira boleh dibanggakan dah tu. Sejenis "Family Potrait" giteewwww...hehe

Kakak lukis ni dalam bilik tidur, atas katil dalam lampu samar-samar dari tv je (nostalgik sangat kan? cuba bayangkan laa ye. Ada sikit la cahaya lampu dari luar rumah, ala...lampu jalan tu.hehehe.

Family Potrait by Iman Nur Zahra


Bila zara tunjuk drawing ni, tak nampak sangat..(tambah mama ngan papa pon tengah layan perasaan mengantuk), nik snap ngan fon baru nampak jelas..


Hmmm...cantek lukisan kakak. Yang tepi hujung kiri tu pahamlaa...tu papa dia. Tapi...mane gmbar mama nye?? Yang mane satu nih? Sebabnye orang lidi 3 ketul tu macam sama tinggi je kan? ehh..confuse2! Mungkinkah dalam imaginasi zara..dia tu konon ala2 sama tinggi ngan mama dia? Or...dalam imaginasi dia..mama dia pendek macam diorang??? Oh nooo!!!

Sunday, December 27, 2015

Wedding Nadia di ZamZam

0 comments
Date: 27.12.2015
Venue: Zam Zam Restaurant

Sebelum bergerak ke tempat wedding, kami berkumpul di Masjid Shah Alam dulu.


Setelah semua orang sampai di masjid, papa mengetuai rombongan menuju ke zam zam, yang sekangkang kera jauhnya tu dari masjid. hehe








Antara gambar kemeriahan majlis yang sempat kami snap buat kenangan




Main doktor-doktor

0 comments
Date: 27.12.2015
Venue: Home sweet home


Setiap hari, ada-ada sahaja yang dua beradik ni fikirkan untuk memenuhi masa terluang diorang. Hari ni nampaknya mereka merancang untuk main doctor-doctor pulak ye.

Zahra jadi doctor dan zariff jadi pesakit. Hehehe betapa comel nya mereka. Masing-masing masih kecil, tiada perasaan negatif lagi wujud dalam dunia mereka.

Main sama-sama, gembira sama-sama.

 




Pesanan Mama- Bondingla kamu adik beradik sampai ke jannah ye anak-anak mama. Sesungguhnya mama dan papa sangat sayang pada kamu berdua.


Friday, December 25, 2015

Zahra dan pandai sapu sampah

0 comments
Date: 25.12.2015
Venue: Rumah Atok Wan




Thursday, December 24, 2015

Restoran Mamak Republik

0 comments
Date: 24/12/2015
Time: 3.30pm - 9pm
Venue: Sunway Batu Caves

Pernah dengar tak? Mamak Republik? Hmmm kami pon lately ni baru tau pasal restoran ni. Itu pon sebab ramai dok share kat facebook. 

Ehh..sebenarnya kami ni bukanlah jenis yang "food hunter" pon. Tapi disebabkan kebetulan balik dari makan nasik mmanggey (nak tau pasal nasi ni, baca post sebelom) terus ikot kawan-kawan abam kema gi menyinggah rumah dia kat Batu Caves.

Zahra Zariff suka sangatla, kalau cakap nak gi rumah friends. Dua ketul ni memang jenis yang suka berkawan macam mama dengan papa jugaklah. hahaha. Baguss mera beta...miahaha. Bak kata orang tua-tua, masuk kandang kambing..mengembek...ye? Tapi ada kene mengena ke dengan peribahasa ni? 

Okey, sebelom nak bagi review pasal restoran mama republik yang glemer macam bintang superstar yang tengah merelip tuh. Nik nak cerita dulu apa yang si znz buat kat rumah member kitorang. 


Zariff tu sebenarnya tengah kemas toys ye...bukan tengah sepah. Bagus betol anak teruna iols nih.haha

Dok rumah, main dengan adik lelaki..jumpa kawan pon dengan kawan-kawan lelaki. Apa nak jadi lah dengan budak-budak zaman sekarang nih.

Nasib baiklaa ada jugak dua ketul kawan perempuan zahra, kalau tidak...nasib la zahra oi..dah member mama papa ni kebanyakan ada anak lelaki je.huhu

Ini pulak para ibu-ibu yang tengah tolong fikirkan masalah-masalah negara kita yang tengah porak peranda hahaha. Isu serius nih...shuhhhh jangan kacau..main jauh-jauh!

Tapi...tak leh lawak para bapak-bapak la ye. Tengah pening fikir macam mana nak habiskan rojak buah mangga, nenas dan jambu. Hahahaha.. rasakan! nak makan buah masam sangat kan? hahhh...habiskan. Selagi tak habis, jangan keluar dari dapur..hahaha
Dunia zaman sekarang ni, dah berubah ye.. Mak-mak lepak kat ruang tamu, para bapak pulak lepak kat dapur. miahahahha...bertabahlaa

Dah...lupakan kesah tadi tu.

Dari rumah kawan, kami gerak ke Mamak Republik tuh. 

Masa mula-mula sampai...Allahuuuu...ramainya umat manusia. Penuh sampai takde meja kerusi langsung. Siap orang berdiri tunggu meja tau. Apa laa yang special sangat ye? Kami pulak, dah nampak ramai beratur camtu, excited laa sposen. Nasib baik dapat jugak 3bijik meja..susun rapat-rapat then baru anney tu datang amik order.

Kat meja, boleh order air je tau. Segala makanan, kene g beratur kat booth makanan tu masing-masing dan order dari sana. Ada food yang kene bayar terus kat situ, ada jugak yang kene bayar kat kaunter. Nik ingat nak char kuey tiaw ketam yang orang dok post kat facebook tu.Tapi sedih...dah habis...

Sempat bergambar je dengan Amir Raja Lawak Astro, roti dah habis...

Pastu tengok ade roti bakar Amirreka, bila abam kema gi tanya nak order..pon habis jugak! Apeeekaaahhh!!! Abam kema siap speaking klate lagi tanya Amir "Mir..gano awal sangat habis nih mir?" hahaa..lawak abam kema ni kan? Amir tu jawab "Adoi...xtaulaa abey...kitow buko dari pkul 5 petey lagi". Okehh xpelah xde rezeki nak try roti bakar amirreka nih. Next time kite datang awal sikit lah kot.

At the end, kami order ni jelaa...

Roti Bakar Telur Manis Cheese

Sedap! Kami memang penggemar roti kot, lagi-lagi kalau letak cheese lah, manis2 pulak tuh. Suka..

Material dia, roti gardenia tu, letak cheese sekeping, pastu balut dengan telur yang dah dicampur dengan susu pekat sikit, gula sikit, dan marjerin. Perghhh! sedap weh!

Yang ni sedap, kami order sampai 4bijik hahaha. RM3.50 untuk sebiji.

Nan Cheese

Menu biasa kat kedai mamak je nih. Tapi sebab dah takde makanan, hentam je lah labu. RM3.50 kot satu.. Bagi kami, nan cheese ni biasa-biasa je..kureng sikit la kot compared dengan kedai lain yang pernah kami rasa.

Nanchos Beef

Nanchos ni..memang terbaeklah beratur! Hahaha..panjang giler orang beratur. Size kecik xigt berapa hengget, tapi kami amik size besar ni rm9. Rasa dia..hmmm oke laaa...takde lah special sangat. Berbaloi lah tu dengan harga kot.
 

Selain dari menu kat atas ni, actually banyak je food lain yang boleh di order. Contohnye macam laksa kedah rm4 semangkuk. Pastu ada jugak masakan panas goreng-goreng tu. Tapi tu macam sama je ngan tempat lain kan. Tak rare katanya haha.






Hah...ada jugak akhirnya gambar anak lelaki kami ni ye! susah sangat nak ambik gambar kalau jalan-jalan keluar. Pantang nampak phone, dia pulak yang mintak nak pegang phone nak amik gambar orang..hadoi..susah betol hahaha.

Ok lah..itu saja cerita harini...di cuti Maulidur Rasul.

Bye!




Nasi Mmanggey

0 comments
Date: 24/12/2015
Time: 2.30pm - 11.30pm
Public Holiday: Maulidur Rasul

Nasi Mmanggey - Kg. Melayu Sungai Buloh

Akhirnya...sampai jugak kami berempat kat kedai nasi mmanggey ni. Dah berapa bulan kot teringin nak rasa nasi ni. Tapi ada-ada je halangan. Kedai tutuplah...ada plan lain lah..itu lah inilah..

 Harini, bila tak plan..tiba-tiba kawan abam kema ajak makan nasi mmanggey.. Kami on! Tak sangka ada rezeki harini. hehe.

Nasi Mmanggey...unik kan nama ni? Macam nama nasi vagey pon ade. Macam masakan india kan? Tapi dengar cerita, nasi mmanggey ni masakan kelantan. Bila fikir..fikir..diskas ngan abam kema, ha...kami rasalah kan.. kalau kat kelantan, "mmanggey" ni maksudnye memanggil.. "mmanggey" = memanggil. hahaha. Tak taulah...kedai ni refer pada word itu ke tidak..wallahuallam.. Nanti kalau jumpa owner dia kami tnya ye. haha





Ni la dia rupa nasi mmanggey tu. Lebih kurang nasi kak wok lah jugak kan? Pernah dengar nasi kakwok x? Kalau kat kelantan memang glemer lah nasi kakwok tu. Ada jugak beberapa cawangan kat selangor ni. 

Nasi mmanggey ni, bagi pendapat nik..sedap! Gulai ayam dia manis sikit la. Rasanya kalau orang selain kelantan ni tak berapa gemar sangat kot gulai ayam rasa manis kan? hahahaha. Kelantan uolss...paham pahamlah.. Manis memang tak dapat dipisahkan. Tengok lah rakyat dia..manis kan? hahahaha ehhh?? Masuk bakul angkat sendiri! hehe










 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...