Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, December 4, 2015

Boy vs Girl


Date:04/12/2015
Time:8.30am
 Venue:Home

Mari nak cerita fakta menarik yang kitorang terjumpa kat facebook. Entah siapa pulak yang share pon dah lupa. Tapi sumber website tu nik masih simpan. Nasib baik. Kalau tidak, tak pasal-pasal orang cop kitorang copyright pulak kan. hahaha.. Apa-apa lah.

Owh ye, fakta yang nik nak cerita tadi tu kan, pasal kejadian semulajadi otak. Memang selama hidup 30 tahun ni, tak pernah tau pon pasal ni.

Baca dulu apa kata satu petikan (chewah..petikan tu tak tahan. hahaha) dari website tu.



"Apabila seorang lelaki marah, reaksi normalnya adalah aliran darah akan banyak ke Brain Stem, menyebabkan reaksi yang terhasil adalah reaksi ingin berlawan atau lari dari perkara yang mencetuskan kemarahan itu. Ini adalah salah satu sebab kenapa kita TIDAK BOLEH memarahi anak lelaki pada waktu pagi terutamanya sebelum sekolah, kerana reaksinya adalah ingin berlawan, dan ini menyukarkan beliau untuk belajar di sekolah kelak. Berbeza dengan anak perempuan, apabila dimarahi, beliau akan banyak berfikir, dan tidak melawan.
 Sumber : Link



 

"Bagi wanita pula, bahagian yang banyak digunakan apabila marah, adalah bahagian Cortex, iaitu bahagian untuk berfikir. Logik juga bagi saya, lebih banyak kena marah, lagilah saya akan berfikir macam-macam. Satu perkara lagi yang perlu diambil berat, adalah kita TIDAK BOLEH memarahi anak perempuan di khalayak ramai, kerana beliau akan memikirkan maruah dan harga diri beliau yang tercalar kerana dimalukan, dan anak itu akan ingat peristiwa itu sampai bila-bila (peringatan buat saya).
Sumber : Link



 Ooooo begitu rupanya ye? Tak sangka benda-benda macam tu boleh berkait rapat dengan   struktur otak dan pengaliran darah dalam badan kita ye? Jadinya, zahra dan zariff haruslah banyak benar perbezaannya!



Mari kita relate kan fakta sains ni dengan zariff dulu. Sebab dah alang-alang cerita pasal fakta lelaki dulu kan. Hmm...kalau zariff la kan, kami boleh kata dia ni seorang yang cool tapi.....kaki sentap! Hmm berjaga-jaga benar dengan dia tau. Contohnya, kalau kita larang dia buat apa-apa, dia punya sentap tahap dewa tau tak? bermula dengan muka teduh je...keras...diam dan kaku..and pastu nangis tahap guling-guling. 
Contoh lagi satu kalau dia nak sesuatu yang kita tak bagi, dia akan marah dan nangis2. Protes...hentak2 kaki dan atlast guling-guling. Tapi kalau kite bagi balik barang tu kan, konon give up la. Dia takkan amik balik dah. Jadi, cara kami? kami alihkan perhatian dia dengan tajuk yang totally different dengan kes tadi. Memang kene luar skop okeh. Dengan cara tu, dia akan cepat pulih seperti sedia kala.. Haaa..tu dia perangai zariff. 



Zahra pulak lain jenis perangai. Suka sangat...nangis. Sejak lahir sampailaa sekarang umur 4 tahun masih buat perangai yang sama. Tapi....haa ada tapi dia. Walaupon dia mudah sangat nangis, suka sangat merajuk. Tapi dia senang kene pujuk. Bodek-bodek sikit, pastu cakap dia pandai wat apa2 haahh...mesti ok punya! hihi

Tak susah nak kenal jenis anak-anak ni. Kene banyak faham diorang, tu je. Kene banyak borak dan tanya juga. Budak-budak ni sebenarnye psikologi je.. Tak sukalaa nak marah-marah diorang je kan. Tanpa kita tau apa punca. Kesian diorang...

Tapi kadang-kadang, kami pon manusia biasa..marah anak jugak. Tu pon bila diorang dah capai kesabaran tahap maksimum. Gunung berapi yang tak active pon boleh meletup weh. hahahaha.

Pesanan untuk Zahra dan Zariff:

Mama dan papa harap, awak berdua ni jadi adik beradik yang terbaik di dunia tau! Sayang each other. Jangan bagi orang buli either each of you. Nanti mama tumbuk orang tu? Ehh??? hehehe

0 comments on "Boy vs Girl"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...