Date: 02/12/2015
Time: 8.30pm
Venue: Dataran Bawah - Shah Alam
Balik rumah memang perasaan tak sabar-sabar nak tengok muka ZnZ. Tapi, ofkoslaa...muka papa dia pon sama. Rinduuu jugak..hehehe. Macam biasalah, naik KTM dari KL Sentral kan, turun seksyen 19 shah alam tu dah gelap gulita dah. Perjalanan dari KL Sentral dalam 45 minit. Lama...kalau naik kapal terbang, jangka masa tu dah dapat sampai kota bharu. Tapi apakan daya, tak perlu nak mengeluh sangatla kot, nanti jadi tak ikhlas pulak ye tak?
Hari ni balik kerja, kami tak balik rumah terus. Tapi menyinggah dulu kat dataran bawah, shah alam. Malam-malam kat sini memang happening. Tak kira lah hari bekerja ataupon tidak. Sama je..ehh tapi kalau weekend lagi ramai parents la. Kalau malam weekday macam ni, ramai jugak..tapi ramai remaja melepak je ler. hehe
Kalau kami datang kat sini, bukannanya buat apa pon. Aktiviti macam biasa je pon. Main bubble tu je la. Satu bekas kene bayar rm5. Dapat satu stick je. So kalau nak dapat dua stick, kene tambah rm1. So untuk zahra zariff rm6. Hmm sekarang ni mahal betol benda alah bubble ni. Yelah, menguntungkan kot kan. Semua budak suka.
Kalau dulu-dulu, seingat nik lah kan, first time jumpa orang buat sewa bubble ni kat taman tasik shah alam tu. RM2 je sebekas tu. Itu pon macam segan giler nak pergi tanya berapa hinggit benda alah tu haha. Lawak betol kenangan. Sekarang ni, orang dah tak heran dah..Berlambak tepi-tepi jalan yang jadi pusat riadah tu kan hihihi.
Dah setel sebekas bubble tu (hmm bukan habis sebekas dengan main betol-betol pon, tapi kakak zara berlari-lari pastu tersepak bekas tu, then tumpah..). Kami balik rumah. Tapi kalau jam baru pukul 10malam kan, takde lah maknanya si zahra zariff ni nak terus tido. Main dulu laa apa yang patot..
Kami?
Layankan je...dua ketul pengarang jantung kami ni.
Pesanan buat ZnZ:
Besar nanti, jangan korang berangan nak buat derrrrkkk je kalau mama dengan papa suruh korang temankan kami tengok tv ke apa tau? Kalau tidak memang kene batang penyapu. Berani? hihihi
0 comments on "Dataran Bawah Shah Alam"
Post a Comment