Date: 20.12.2015
Time: 5.00pm - 10.30pm
Venue: Taman Empangan - Putrajaya
Ya, beberapa minggu lepas kami dah datang berkelah kat taman ni jugak, taman yang sama. Cuma tempat hamparan tikar duduk tu je lain sikit..Sikit je, tak jauh pon. Kalau hari tu kami bukak tikar dan duduk bersila kat atas padang, kali ni kami terus cari pondok terdekat dengan lokasi para bapak-bapak parking kereta.
Hmm..susah sikit datang dengan group kelab kereta ni ye. Asal parking je mesti nak park kereta togather-gather. hahaha. Nak susun kereta katanya.
Sebenarnya, event ni memang last minute. Betol-betol last minute. Dalam dua tiga hari lepas kami sebenarnya nak gi picnic kat Bagan Lalang, Sepang tu ha. Sebab alang-alang abam kema nak survey tempat nak buat event jalan untuk kelab kereta "Wish Anok Kelate". Tiba-tiba, salah sorang ahli group kami cakap malam tadi yang dia terpaksa masuk kerja hari ahad which is hari ni lah. So, program tergendala.
Semalam, abam kema dengan member dia yang zara zariff panggil uncle hairi dah melawat tapak kat sana dah. So, kami tak perlu ikot diorang la. Just tunggu event 2 Januari nanti jelaa. hehehe. Tak sabar pulak rasa nak bawak znz mandi kolam kat Morib Theme Park tu.
Okeh, balik kepada cerita ni. Masa kami tengah seronok bershopping kat IOI City Mall tadi tu (refer post sebelum ni), ada beberapa member abam kema tanya lokasi kitorang kat mana. Bila abam kema cakap yang kami kat Putrajaya, dan-dan terkeluar idea bernas untuk repeat picnic kat Taman Empangan ni lagi sekali. Bawak segala food yang ada balance kat dapur tu, ha...kita santap kat sini..hehe.
Maka, terjadilah perkelahan serba emergency ni.
Walaupon rushing, tapi semua happening. Semua jenis yang easy going dan sporting tau. Satu yang nik memang suka dengan geng ni, semuanya jenis yang tak berkira, sejenis manusia yang tak reti nak terasa ati makan dalam dengan member tau. Seronok. Semua pon jenis yang orang muda mudi cakap "wat lek wat peach" je. hehe
So..antara menu yang ada pada harini, Fida bawak asam laksa dengan asam pedas ikan pari. KakSue bawak nasi putih satu tong besar, air anggur jugak satu tong besar. Kak Natra bawak nuget dengan bihun goreng. Nik? sebab kat IOI tu baru ter-plan rancangan ni, jadi kami gi beli kek ready made tu je. Cekda (Edalia) pulak bawak pelbagai buah. Haa..kan balance tu...
Mak-mak sakan laa berborak dengan macam-macam jenis cerita dari dalam bumi sehingga lah kat atas langit tu. Semua cerita tau! hahaha. Dan sang kanak-kanak pulak masing-masing sibuk dengan main bubble mahal giler tuh. Ishh teringat kat harga bubble ni memang sakit ati betol RM5 hengget satu bekas kecik tuh. Kalau RM2 tu takde la sakit ati. Memang dengan lapang dada kami bayar, ini RM5 ni langsung tak ikhlas. Siap menyumpah lagi dalam ati ni tau! Tapi...demi anak...urut dada, pejam mata rapat-rapat..bayar jelah!
Zariff lambat sikit nak dapat join kawan-kawan main. Sebabnya masa zahra dan zariff mula-mula sampai tadi, dua-dua tengah lentok. Kakak ni perangai dia, kalau bangun tido selalunya badmood lah. Tapi tengok keadaan jugak. Kalau dia bangun tido tapi terus kite tunjuk kat dia benda menarik, boleh cepat-cepat tune mood dia tau. So kesimpulannya, kakak ni senang nk settle. Dia bangun je, nik cepat-cepat cakap benda yang boleh buat dia excited macam "kakak..jom...kawan-kawan tengah main bubble!!" Pergggh.. confirm laju je bangun.
Tapi...putera sangtubung putera sejinjang saya ni. Lain macam perangai dia. Setakat pujuk acah-acah konon menarik sangat macam buat kat kakak tadi tu?? Tak layan la wei! Hadow aku kesah katanya?? (kalau la dia dapat cakp macam tu, agaknye gitu la bunyiknye). Zariff ni lepas bangun tido, dia kene amik masa termenung, perhati, kenal orang-orang disekeliling. Interact dengan alam semulajadi dulu..haa... barulah boleh join the club! Pheewww... Jenuh layan dua kerenah berbeza ni kan. hahaha
Bila malam hari, maghrib kat sini senang sebab ada surau berdekatan tu je. Kat tepi sana ada medan selera ikan bakar camtu. So kat situ memang ada tandas dan surau siap. Senang nak solat. Family friendly environment. Sebab tu lah kami suka kat sini. Sesuai sangat untuk keluarga macam rombongan kami ni.
Malam-malam, tengok zahra zariff takde. Berderau rasa darah ni weh! Rupanya, dok main kat area bawah sana. Kawasan ke arah jambtan. Kat sana memang cantek, tapi..bahaya. Bahaya dari banyak segi kalau parents tak monitor. Paling takot adalah culik. Tu je dalam kepala ni ha. Nik berlari-lari pecut kot carik diorang, bila jumpa je..fuuhhh lega...
Dalam jam 10.30 malam camtu, kami semua gerak ke kereta masing-masing. Ingat dah nak balik rumah, sebab dah mengantuk, gatal-gatal rasa nak mandi semua ada lah. Rupanya, ehhh tak balik lagi la...nak singgah minum2 dulu kat kedai. Haiyoooo awak kan abam kema..memang...erghhh speechless dibuatnye tau!
Tu ha...anak-anak meng-order makanan. Setel semua sekali dalam 12.30am baru betol-betol gerak balik rumah.
Bye!

0 comments on "Picnic di Taman Empangan"
Post a Comment