Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, January 1, 2016

Azam 2016


Date: 01.01.2016
Time: 6.30pm - 7.30pm
Venue: Dataran Bawah - Shah Alam

Selamat Tahun Baru 2016!!!

So...apa azam korang semua untuk tahun baru ni? Dah ready?? Kami azam tahun ni tak banyak...
 
Azam Pertama: 

Banyakkan "Family Potrait". Ye..memang tahun lepas gambar keluar kami berempat tak banyak. Tak dinafikan memang susah nak amik gambar cukup lengkap. Terpaksa mintak tolong orang lain. Tapi, orang cakap...nak seribu daya tapi kalau tak hendak tu  seribu dalih ye. Dan alhamdulillah, sebagai permulaan pembukaan tahun baru ni, kami berjaya dapatkan gambar keluarga pertama 2016. Simple..hehe
 



Jadi, sempena hari pertama



Iman Zariff, tahun lepas makin active. Tak macam umur setahun dulu,sekarang zariff makin pandai mereka reka aktiviti sendiri. Memang anak lelaki ni orang kata "was born to break a rule". Sebab aku cakap camtu? Meh nak bagi satu contoh. Contoh pen, kalau kakak zahra ni dia tau pen untuk menulis. Tapi dia akan lebih creative bila atas kertas. Dia akan fikir apa yang dia boleh lukis dengan pen tu.



  
Tapi...haa..tapi kalau zariff, sebelum dia guna pen tu untuk menulis or melukis, dia dah fikir dulu dah. Budak laki ni akan fikir apa lagi yang dia boleh buat dengan pen sebatang SELAIN dari menulis melukis. Hmmm...mungkin boleh jadi kayu drum, mungkin jugak boleh jadi screw driver. Or...mungkin boleh jadi digger..Korek lubang mane yang patot pakai pen. hhaha..Nampak tak beza??





 Iman Nur Zahra, tahun lepas perangai gedik ala-ala diva dia tu makin menjadi-jadi! Allah hai...mana datang pon tak pasti la. Mama dia takde la diva camtu sangat. 

Contohnya kan, kalau gi kedai tepi jalan...dia akan cakap.."eeuuuu xnak turun la mama, busuk". hmmm. Lagi kalau ada bau bauan kat rumah jiran-jiran. Tak kesahla jiran masak kari ke apa ke, mula la zara akan tutup hidung pastu cakap "euuu..smell apa ni mama?? sooo stinky!! i dont like it!"

Phewww...kami memang banyak bertabah sikit layan kerenah dia. Tapi, walaupon  macam tu, zahra ni seorang anak perempuan yang rajin. Kalau cakap apa-apa mesti dengar. Cuma, kalau suruh je..ha..suruh la pape sekalipon..mesti delegate kat si zariff. "Dik...tolong buang dalam bin!", "Dik...amik kepok mama nak". Si adik pulak, siap jatuh-jatuh lari buat apa yang kakak sruh! Hamboi...lantak la awak.

 Kalau bab mainan, pening mama dengan papa nak follow tau. Kejap bulan ni suka benda ni, daahh bulan depan suka benda lain pulak! Lately, dah tak nak layan segala mainan dia, barbie ke, playdoh ke..semua tak nak. 

Layan shopkins pulak. 




Kami ni pulak jenis tak kesah anak nak mainan, janji dia main.

Ada sesetengah parents tak bagi mak bapak bagi muka sangat kat anak. Hmmm bagi pendapat kami pulak, kalau kita nak berkira dengan anak, jangan terkejut atau terasa ati pulak bila anak jadi berkira dengan kita bila diorang besar nanti. Betol tak? Karma...fikir fikirkanlaa..


Lagipon, kita kat KL ni..kalau anak tak main mainan...nak main ape? Kat sini bukannya ada laman luas dan tempat yang selamat untuk bagi diorang main kat luar macam kita kecik-kecik dulu pon. Kat kampung...best. Macam-macam boleh main. Dunia zaman kita dengan zaman anak-anak kita sekarang dah lain. Tak boleh nak bandingkan.

Ok, dah itu saja nak cerita kisah harini. Azam kami memang simple. Haa...aku taknak la buat azam yang susah-susah dan mustahil nak capai. Bukan apa, nanti kalau tak dapat nak tunaikan, frust diri sendiri je kan.hehe. Nak cerita azam lain di post akan datang pulak.

Bye! 

0 comments on "Azam 2016"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...