Date: 02/01/16
Time: 5.30 - 7.30pm
Venue: Sea View Ikan Bakar Restaurant
Seperti yang dijanjikan, part 3 dah menyusul dengan cerita tempat makan selepas kami keluar dari kawasan mandi.
Selepas setel semua masalah keluarga, tukar baju solat dan sebagainya, kani gerak ke kawasan tepi pantai Bagan Lalang untuk menikmati ikan bakar.
|
Sea View Medan Ikan Bakar |
Tempat ni memang abam akmal dan kawan-kawan dah book siap-siap seminggu sebelom kejadian hari ni. Maklumlaa, kami ni datang makan bawak rombongan. Jadinya, meja kene la book siap-siap. Nanti kang, datang jauh-jauh tapi tak dapat makan. Badan tengah penat, meja pulak tak dapt memang akan mendatangkan hangen satu badan ye tak??
Alhamdulillah, masa kami datang tu kedai makan masih tutup rapat. Abam kema siap tulang bukak gate! Tapi dengan kebenaran tuan tanah la ye. Dah siap bukak gate, ehhh dan2 lah satu kerete Alphard tu msuk. Saborr jelahh. Macam tukang bukak pintu untuk dia pulak. Kemainlaaa kami berbelas-belas bijik kereta ni tengah que. hahaha. Xpelaaa dia xtau kann. Tapi nasiblaa dia angkat tangan. Ehh tetiba teringat iklan lama dulu "bukan susah pon nak angkat tangan!" Hahaha
Dah setel semua susun kereta (biasalaa..kan dh pernah cakap sebelom ni, setiap kali parking mesti nak cantek punya) hahaha. Baru lah kami beratur pilih lauk pauk yang nak di masak. Kami amik 5 ekor sotong (sotong goreng tepung), 2 potong ikan pari (bakar tanpa cili) dan sekor ikan siakap (masak 3 rasa). Untuk makanan panas pulak kami order sup sayur tak pedas satu, 3 pinggan nasi puteh dan satu jug air fresh oren.
Dah alang-alang meja dah reserved kan, kami bolehlaa lepak-lepak borak-borak. Haa time tunggu ni la customer makin ramai makin ramai, dan dalam jam 6.30 ke atas tu memang penuh. Sebanyak-banyak meja kat situ semuanya penuh!
Abam kema pilih kedai ni bukan sebab ada member ke, or kenal ngn sape-sape pon. Tapi sebab keadaan kedai ni nampak mudah nak parking. Ruang parking dia sesuai untuk kami keluarga yang besar ni.
Alhamdulillah..masakan diorang cepat dan sedap. Untuk kami, diorang masak dulu..then hantar food almost the same time. So semua orang dpt makan sama-sama dan balik sama-sama.
Ohh ye...ini antara menu yang kami dengan meja sebelah order. Jadi, kepada sesiapa yang rasa ada plan nak datang sini, boleh lah tengok-tengok contoh untuk idea korang order nanti.
|
Ketam tiga rasa |
|
Butter Prawn - nik rasa kurang menjadi butter prawn dia kan? Especially tang telur tu. |
|
Ikan siakap stim |
|
Sotong goreng tepung - 5 ekor dapat banyak ni ye. |
|
Siakap sweet sour |
|
Pari bakar kosong - takde cili |
Dan harga makanan yang kami kene memang murah, hanya rm83!! Kitorang dok imagine kene la sampai rm150 kan. Maklumlaaa dah kata tempat peranginan, tumpuan pelancong pulak tu. Teringat yang makan kat asam pedas JJ Bandar Hilir Melaka. Makan sikit sangat tp bil kene rm80. Terkejut monkey hakak!!! Hahaha
|
Keluarga Abam Palie dan Abam Yie |
|
Keluarga KakTie - berdua je, anak2 tido katanya |
|
Keluarga Abam Supardi |
|
Keluarga Abam Ariq |
|
Keluarga Abam Hasrul |
So overall, percutian pendek kami ni mwmang seronok. Walaupon tak bermalam kat mana-mana tapi trip ni sarat dengan aktiviti dan pengalaman yang best! Harap-harap, bulan depan dapat plan untuk adakan trip ke tempat lain pulak. Ingat azam tahun baru ni??? Gi holiday atleast sebulan sekali. Hoho! So untuk january, check!!
0 comments on "Gold Coast Morib - Part 3 (Sea View Ikan Bakar)"
Post a Comment