Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016!



Date: 
Time:
Venue:


WELCOME 2016!!!!

Tak sangka...cepat sangat masa berlalu...

Tahun baru...semangat baru dan azam baru mesti bertambah. Bertambah lagi dengan azam tahun lepas yang masih tak tercapai pon ade! hahaha..Seronok masuk tahun baru ni kan? Plan macam-macam kot untuk tahun ni..

Sebelum kita melarat explain pasal azam tahun baru (1 haribulan setiap tahun cerita pasal azam tahun baru ye dak? tahun ni kite enjak kisah tu, postpone untuk cerita 2haribulan pulak hehehe), nak tulis dulu pasal apa expectation kami terhadap INZ dan IZ. Serta planning kami untuk tahun ni.

Iman Zariff

Eh tak nampak muka...
Zariff memang banyak berbeza dengan Zara. Paling obvious is jantina lah (eh wt lawak lak haha). Dari segi hobi, zariff obviously langsung tak terpengaruh dengan hobi Zara. Walaupon 24jam sehari duduk bersama, tapi masing-masing dengan hal sendiri. Zariff seriusly active. Nik tak tau sangat pasal budak2 lain, no komen. Tapi nik cerita guna baseline Zara. Zariff is boy..as per expected, boy ni suka memanjat, suka melompat, berlari dan tak kurang jugak suka hempok orang. hahaha. Memang dengar macam tak best, tapi psychologically, budak lelaki ni suka hempok orang untuk tunjuk kehebatan dia. haa..gitu! Masa dia pukul kakak, mama or papa dia...muka memang happy! happy sangat! tanpa ada rasa marah or tension pon. 

Mungkin dia rasa wow kot boleh hempok2 camtu. 

Iman Nur Zahra

Zara...girl kan. Kalau orang dengar girl memang dah tau perangai girl ni macam mana. Tapi, zara ni kami kategori kan sebagai girl tahap dewa! hahaha. Tahap menjerit dia..gedik dia, subhanallah! Tak layan bahasa melayu! English saje! Cakap pape, mata tu kan...rasa mcm nak korek2 je! haa..paham tak? Pastu kalau bercerita, jari dia tu kan..aiiii..rasa nk pelempang je. Ha..dia ni memang rasa nk hempok! Psst...agaknye sebab tu zariff suka hempok dia kot. HAHAHAHA.. 

Tapi zara ni, memang taat..kalau cakap pape memang bagus, tapi....cakap biar kene dengan caranya. Kalau tak, memang tak layan ler...princess kan? Kene lembut dan sopan baru dia layan.

Koleksi untuk hobi baru tahun 2015 - shopkins

Family Potrait - Santai di Taman Shah Alam

Tahun ni, kami berharap...sangat-sangat. Supaya ada gambar keluarga banyak sikit. Macam tahun lepas, memang cenonet je gambar keluarga. End of the year, belek-belek balik rupanya berapa ketul je. So sebagai pembuka tahun 2016, kami kotakan niat untuk tahun baru ni.

Gambar Keluarga 01-01-2016
Dan kami sebenarnya datang berkelah
Dah lewat petang kami sampai di taman ni. Taman paling dekat dengan rumah, sebab masih dalam area shah alam. Tahun lepas, konon-konon nak jelajah taman-taman cantek seluruh selangor.Tapi kelaut rancangan tu nye...Jadi kalau bolek, nak carry forward la rancangan jelajah taman dalam selangor ni ke tahun ni.

Main bola je harini

Kat taman, aktiviti apa yang boleh dibuat? Hmmm orang lain kami tak tau lah. Tapi kalau kami ber-empat...selain picnic makan-makan, Zara Zariff kami suruh bersenam main bola..keluar peluh sikit. Bakar kalori awal-awal. Jangan jadi macam mama dan papa diorang ni..makan jee kerjanya..hehe

Bakul tu ke main lagi kan? haha


Itu pon..food beli kat pasar malam. Bawak bakul kemain macam laa bawak food dari rumah kan? hahaha. Kami bawak bakul je, barang untuk isi dalam bakul tu masak kat pasar malam ye. Ala-ala picnic kat oversea la gayanya! hehehe

0 comments on "Selamat Tahun Baru 2016!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...