Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, January 2, 2016

Gold Coast Morib - Part 2


Date:02.01.2016
Time:10.30am - 3.00pm
Venue:Gold Coast - Theme Part

Alhamdulillah, akhirnya dapat masuk. Pendapat nik bila mula-mula masuk dalam theme park ni.. terfikir, hmmm tak de lah besar mana. Boleh la.. Semua mainan tu pon, kira ok la.. Ada yang sesuai untuk orang dewasa, ada jugak untuk kanak-kanak.

Bila pusing-pusing seluruh kawasan, ok...pool dia ada beberapa peringkat. Cetek, dalam sikit dan dalam sangat. Tapi still, dalam sangat tu pon takde la dalam mane. Kalau nik masuk dalam tu pon kira tak tenggelam la. hehe..

Oke lah..jom cuci mata tengok aktiviti kat sana.

Pssst..zahra..zariff.. awak berdua tu tak suka air. Mama harap lepas ni, dah main air dengan kawan-kawan tu, dah nampak macam seronok dah. Jadi..sila suka taman tema ye! Senang sikit mama dan papa nak plan bawak korang mana-mana. Sekarang ni leceh...korang dua-dua tak suka. hmmmm
Kali ni kakak pulak yang beriya nak suruh ambil gambar dia. Selalunya siap cover muka lagi. Nyampah tau! hahahaha

 Masuk je dalam kawasan theme park, kami nampak ruang kosong kat tepi bucu satu area. Gelap skitla..Semua orang nampak macam dah bukak tikar memasing dan ambil port masing-masing. Maklumlaa...semua orang bawak anak kecik, tempat kene selesa. hehe

Masa ni, kami tak bawak tikar. Ada tikar tapi dalam kereta. Jadi dan dan masa ni jugakla abam kemal keluar balik untuk ambil tikar. Masa tu kami snap gambar ni..

Dalam hati dah tak sabar nak main air. 


Zariff macam jakun lagi tu, kakak nampak macam dah semangat terlebih dah tu. Sabau ye anak! Teringat pulak kejadian sambut birthday kakak kat air terjun, ada toad kat dalam air. Ada berudu sebenarnya. Kakak tak suka air terjun.

Dah alang-alang terpacak je berdiri, snap gambar dengan kak sue pulak.

At last, kami tak park kat area situ pon, tapi kami pilih kawasan sebelah toilet lelaki.  Kat situ nampak luas sikit, amat sesuai untuk kami yang ramai giler nih. Semua bukak tikar masing-masing, dan mandi!!!


We are having fun!


Owh ye..sebelum tu, nah...family potrait untuk hari ni.. (ingat azam pertama tahun 2016? nak banyakkan gambar keluarga) hehe

Dan baru boleh cuci mata...


Ini kat kolam paling cetek, kolam untuk kanak-kanak. Jadi untuk zahra zariff kami benarkan main air kat sini je.

Suka zariff dapat main air.

Rugi tak bawak pelampong, boleh je bawak sendiri kalau ada rupanya. huhu

Anak teruna saya..hehe

Anak dara saya makin lama makin susah dah nak snap gambar..

Main dengan benda ni je pon oke..huhu

Macam ni je la pon suasana kat dalam theme park ni

Tak banyak main dengan orang, main sendiri sendiri je. Abang-abang semua main kat tempat dalam sikit. Korang dua tak boleh! mama xreti berenang haha
Ini kawan kakak, kawan adik jugak. Azriq namanya. Setahun tua dari kakak.
Suka pulak korang berdua ni main air. selalunya kalau cakap nak gi water theme park, mesti jawab taknak.huhu

Bukan anak-anak je..bapak-bapak diorang lagilaaa

 

Ini...nak ajar zariff berenang ke apa ni? ahaha

Kat bawah air tu pon boleh borak hahaha

Kelakar giler, para bapak-bapak pulak yang beriya berlumba naik slide ni. Nak bagi anak-anak naik pon macam tinggi sangat.

Kat sini dalam jugak, boleh tawaf satu kawasan. Bergambar dengan anak-anak kaklin


Bila tengok zahra zariff ni suka, baru teringat kejadian malam tadi. Tengah kemas barang-barang diorang, zahra datang tanya, nak gi mana mama. Nik cakap nak gi water theme park. Then kakak cakap, ooo kite gi water theme park lain ek mama. Tak nak yang ada toad tu. Tak nak yang ada sand tu. Kakak tak suka..haha kesiaaannn

Kalau anak-anak seronok..mama papa apatah lagi!
 
Hahh...kan? seronok mama tuuuu...

Mandi ngan kawan-kawan camni la baru best..hehe

Keluarga auntie Fida

Mesra betol auntie Fida dan uncle Hairi ni kan hehehe

Uncle Mie dengan Auntie Sue pon mesra jugak. Nik jelaa dok je atas ni, tukang amik gambar.

Abam kema dengan kawan-kawan

Peach dari kejauhan

Ni best...one two  three..Lompat!!!

Tapi yang ni lagi kelakar...cover majalah MANGGA kot! hahaha
Yang ni pon lawak...qu puteh...qu puteh..baru lahh puteh!!! hahahaha
Semua orang sporting..bestlaa korang!! Next time kene buat trip macam ni banyak-banyak lagi tau.. 

Geng kalau tak sporting xbest betol tak? hehe..

Oke la...nanti nak cerita pasal restoren ikan bakar kat Banting pulak, tempat makan kitorang selepas keluar dari Water Theme Park ni. 

Psst...ada orang pengsan sementara tunggu kawan-kawan  mandi haha





Bye!


0 comments on "Gold Coast Morib - Part 2"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...