Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, December 31, 2018

Hari terakhir untuk 2018

0 comments
Date: 31/12/2018

Sempena hari terakhir untuk tahun 2018, mama nak summarize kan apa yang kita dah buat dan apa progress yang berlaku sepanjang tahun ni. 

January
Setiap tahun bulan januari ni adalah bulan paling sibuk. Sibuk dengan urusan sekolah anak-anak. 

Tahun ni ada kelainan sebab kakak zahra masuk darjah 1. Alhamdulillah, banyak perubahan dia sejak2 masuk darjah satu sepanjang tahun ni. Matured dan berdikari.
Pencapaian akademik pon alhamdulilah. Sangat memuaskan kami. Dari exam linus penentuan kelas, ditempatkan di kelas kedua dari 8 kelas. Hari tu dapat result, Alhamdulillah dapat naik kelas pertama.


Abang zariff pon pertama kali masuk tadika. Tadika islamic yang memang kami puas hati teramat sgt. Banyak lonjakan paradigma yang berlaku kat abang zarif sejak masuk tadika ni. Nampak macam main-main, tak suka buku sangat compared to zara, tapi progress sangat menakjubkan! Laju pulak dia pickup. Good boy! Cuma sampai december ni, masih tak dapat baca lancar lagi. Tapi, untuk pertama kali sekolah, dah dpt baca sukatan2 tu pon mama dh bangga!

February
Tak banyak yang berlaku pada bulan ni. Masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan rutin baru di tahun baru.

March
Bulan besday mama - Kawan2 mama sambut besday di pantai Bagan Lalang bertemakan Hawaian Birthday. 

Lawatan Cameron Highland - Sempena cuti sekolah, kami balik kampung. Dalam perjalan balik kampung, singgah di Cameron Highland. Anak-anak lama dah mintak nak tengok pokok cactus banyak. Sebab itu jugala kami berniat nak menyinggah di sini.

Wedding Kazen Mama - majlis kahwin ni di terengganu. Jadi sekali harung jugala kami jalan-jalan terengganu menikmati makanan goreng celup tepung di tepi-tepi pantai. Best sangat! sebab sekali dengan tokma dan tokbah sekali. Memang wajib repeat!

Admitted di KPJ Specialist - Abang zariff tiba-tiba demam panas tinggi sangat. Lemah satu badan dan bila jumpa doctor, rupanya tonsil. Sekali lagi kene admit di hospital. huhu.

Zariff elergic antibiotik -  Berlaku kejadian muka dan badan bengkak-bengkak lepas discharge dari hospital dan meneruskan antibiotik kat rumah. So doctor suspect ubat tu yang buat elergic. Kene refer IG abang untuk gambar.

Menang Lucky Draw - Papa menang lucky draw dapat sebuah Oven di majlis Grand TT Kelab kereta. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak kan? Walaupon kat rumah dah ade oven, yang ni boleh simpan buat hadiah kat wedding siap2 ke nanti. hehe

May
Bulan Ramadhan - Persiapan raya dah bermula sejak awal bulan may lagi, mula puasa tu. So bulan ni banyak jelajah pasar raya je. Jadi, gambar banyak berkisarkan shopping baju raya. Maklumlah, rakyat bertambah, kene start cari barang awal la hehe

June
Bulan Raya. Bulan ni memang busy ziarah menziarahi antara satu sama lain. Anak-anak seronok sebab dah mula faham maksud RAYA. Kalau tahun lepas dan tahun sebelum tu, mama dengan papa je excited nak raya. 
Kat kampung banyak experienced preparation raya, seperti belajar bungkus tapai, tengok process buat ketupat, join mama dengan umi buat biskut raya, dan juga tolong kemas-kemas rumah tokma. Alhamdulillah, dah besar dah anak mama.

July
Masih mood raya. IG pon penuh dengan gambar raya. 

August
Peristiwa Haji Cilik - 

Papa detected Ulser Perut - 

Zaffri start pandai tolak Wagon - 

Celebrate Birthday Zaffri di pantai - 

Sambut hari kemerdekaan di Putrajaya

September
Checkup Ulser perut papa -

Warehouse sale Hasbro - 

Sambutan Kemerdekaan Al-Fikh - 

Sunway Lagoon

MAPS Ipoh 

October





Monday, December 24, 2018

Birthday papa

0 comments
Date: 23.12.2018
Time: 3pm - 6pm
Venue: Pantai Morib

Hari ni birthday hero keluarga kita, papa! Happy birthday papa! Kami semua doakan semoga papa diberi kesihatan yang baik, rezeki harta yang mepimpah ruah dan kebahagian hidup dunia akhirat..amin ya allah!!

Mulanya nak cari sebijik kek, tapi papa cakap tak perlu lagi. So kite keluae jalan-jalan tengok keindahan pantai je dulu. Celebration nanti kite celebrate kemudian ek.

Before gerak ke pantai morib, kami singgaj rumah ciksu nabilah untuk lunch. Ciksu masak acar sayur dengan ikan jacket sumbat. Dapppp! Pastu, dah alang2 nak keluar picnic..ajakla ciksu sekali.




Dalam setengah jam perjalanan, kami sampai kt pantai. Excited anak-anak tengok laut. Zaffru yang tengah lena tu, macam tau-tau je yang perjalanan dah sampai. Bangun, tanpa blur terus menonong je gi ke pantai..suka laa dia. Mama doakan harap tak burnt jela ank-anak ye hehe.

Kakak kelakar...asyik menjerit je. Datang ombak je menjerit..sama pesen je ngn abang zarif. Aduilaa hai anak. Mama tengok orang lain xde la jerit tengok air mcm awk berdua hahaha.

Zafri pulak, dah naik muscle dah mama dik. Berani betol dia...tak takot air sikit pon. Makin ombak datang, makin dia teruja nak jalan ke dalam sana. Memang sejenis berani tak macam abang yang takot air hihi.







  • Pastu kami main timbus dalam pasir pulak. Yang ni uncle joe dan ciksu nabilah yang handle.




Tuesday, December 11, 2018

Beg sekolah kakak dan AE86

0 comments
Date: 9.12.2018
Time: 5.30pm
Venue: GM Klang Whole Sale

Cuti sekolah dah start dari hujung bulan november. Sekarang nak masuk pertengahan bulan december dah pon. Tapi mama baru baru nak cari kelengkapan sekolah kakak zara dan abang zariff.

Aim harini nak settle kan beg sekolah. Katanya nak beg my little pony. Hmm ingat nak bertukar minat. Tapi rupanya masih setia dengan pony.

Tapi, bila nampak beg LOL surprise ni, tergugat pulak iman nak beli beg LOL. Mama tak kisah ye kak, mama follow je. Tapi kakak nak beg tarik. Bukan beg macam yg ni, yg tahun ni punya.

Memang kalau tengok dia bawak beg sekolah pon hazabbunnah! Buku sekolah banyak dan berat walaupun dah ikot jadual harian. Bila sampai kawasan sekolah, kakak cakap dia seret je beg tu. Tak pikul pon sebab berat. So thats why this year dia decided nak beg tarik.
Huhu


Cari punya cari, jumpa beg tarik macam ni. Dah cantik, ikot tema pon. Kaler purple pulak tu. Memang kene sangatlah. Tapi kecik la pulak. Xcukup ruang nak masuk buku yang super banyak tu nanti. So kami fikir, survey lain dulu. Cari lagi...


Sampaila jumpa beg tarik ni. 3dalam 1 kata tuan kedai tu. Ada beg tarik yang paling besar kat bawah tu. Pastu dapat satu lg beg jalan-jalan atau boleh bawak time exam ke. Dan satu pencil box yang size agak besar jgk. Semua match design. Kakak pon suka design ni. Okla. Nice. Harga Rm89 untuk semua 3items satu set ni.
Kami mintak discount, tapi salesgirl tu cakap, kedai dia bg discount guna system yg kirakan. Kene beli 2barang ke atas nanti system auto calculate. Then, kakak amik botol air LOL (nak jugak LOL tu kan) yang berharga Rm15. So bila total beg Rm89 + botol air Rm15, kami kene bayar Rm91 je. Alhamdulillah.


So inila rupanya beg kakak zara tu. Dah beli hari tu pencil box and stationary little pony Rm15 kat tesco. Boleh geng lah. Hehe

Ok, abang zariff pulak. Kalau datang GM ni, abang zariff dengan papa memang komplot! Diorang memang tak nampak dah beg sekolah ke, seluar baju ke, apa2 lah. Yang diorang nampak...toys!!! Specific lagi, kereta! Hmm


Zariff dah ada beg sekolah yang tokbah beli hari tu masa balik kampung. Warna hijau feveret warna dia. Memang masih tersimpan dan belom pakai lg. Dia Don tak cerewet nak yang baru so oke la. Masalahnya nak kereta ni tak boleh nak elak.


Sengeh lebar la bila dapat. Tapi sebijik je ye abang, papa xde bajet. Shopping harini pakai bajet papa ni.hehehe. Bajet mama, awal bulan hari tu dah licin hahaha.

Ini dia kereta pilihan abang zariff tu. Tophai ke apa. AE86 ek? Harga asal rm59. Entah macam mana tuan kedai tu rasa baik hati dengan zariff agaknya, dia bagi rm35! Hehe. Kami dah compare dengan banyak kedai. Paling murah nak bagi pon rm50. Ishhh ishhh..mahaii!


Ehhhh..adik zaffri mana? Adik mana adik? Hehe. Adik macam biasala..dalam kantung papa ler. Masih tak dapat lesen pelepasan antarabangsa lagi dik. Pelepasan domestik pon mama rasa macam belom tentu nak dapat dalam masa terdekat ni haha..sian adik.


Behave je dalam carrier tu. Xpernah meragam, tak pernah mintak nak keluar. Setia je heart to heart dengan papa hiii. Kali ni kami tak beli pape pon untuk adik. Toys level adik rasanya dah banyak, inherit dari kepunyaan abang dan kakak awak. Pakai yang tu jela dlu ek. Sehingga kita jumpa minat adik utk kite buat koleksi.

Tapi wat masa ni, mama dan papa macam tau minat zaffri ni nak collect apa..hmmm collect moto laa hapa lagi! Memang dia suka sgt ngn moto. Boleh check video zaffri kt ig dia. Hehe

Oklah. Itu dulu post harini. Nanti mama cerita lagi kisah awak 3 beradik ye. Bye!

Thursday, November 15, 2018

Review Final Year Exam 2018

0 comments
Date: 15 nov 2018

Result peperiksaan akhir tahun kakak dah keluar. Overall memang memuaskan cuma result jatuh sikit dari ujian pertengahan tahun.

Kali kakak zara dapat nombor 3 dan subject core pulak ada satu subject yang tak dapat A iaitu matematik.

Yang hal matematik tak dapat A ni mama agak frust sikitla. Sebab patotnya utk math, mama expect 90 and above. Selalu kakak boleh achive 90markah ke atas untuk matematik. But this time tak sure pulak mana silap nya. Dah buat revision, tapi tu lah.

Memandangkan, matematik adalah subject yang paling banyak mengalami kejatuhan untuk kakak kali ni, mama nak review sikit setiap soalan math.

Page 1:

Ini muka surat pertama kertas soalan matematik. Dapat 75/100 dari sebelom tu dapat 92/100. Nampak memang menyedihkan, tapi hakikatnya hati mama lagi gundah gulana. Tapi takpelah. Consider kakak dah buat yang terbaik.

Page 2:

Page pertama awal-awal dah dah salah untui soalan no 3. Sejak masa revision lagi kakak memang tak faham pasal bundarkan ni. Mama dah ajar sikit, tapi kakak cakap yang dia belum belajar lagi bundarkan. Mama dah check buku nota pon memang takde notes berkaitan bundarkan ni. Mama agak, mungkin kakak mc kot masa belajar tajuk ni. Hmmm

Page 3:



Soalan no 10, berkaitan dengan jam. Nampak gayanya kakak sekarang masih tak tak faham atau takboleh baca jam lagi la. Tapi perasan jugak, kat rumah selalu je buat-buat tanya jam pukul berapa. Tp tulah, sometimes boleh jawab, and sometimes dia jawab salah. So next time kene pulun ajar tengok jam masa cuti sekolah nanti.

Page 4:

Ok alhamdulillah semua soalan betol.


Page 5:

Alhamdulillah, semua soalan dalam page ni pon boleh jawab. Good.


Page 6:


Fuiyooo!! Semua salah! Malam dapat paper math ni, mama tanya kakak kenapa dengan soalan no 18 ni. Tak logic boleh salah. Dia sendiri pon terkedu. Speechless. Kakak cakap "eh..ni full. Kenapa kakak jawab separuh" then dia tepuk dahi. Pastu kakak cakap lg "masa exam tu kakak nampak macam ade ade line kat tengah" oh my...kakak. mama consider this question as your negligence ok! Huhu.

Soalan 19. Sekali lagi soalan bundarkan keluar dan ye memang betol lah. Kakak memang tak faham tajuk bundarkan. So lets strive to learn this during school holiday oke!

Soalan 20. Yang ni melampaulaaa salah. Huhuhu. Soalan ni mama dah bebel bebakul. So cukuplah tu. Nampak sangat tak baca soalan betol-betol. Tak faham situation.

Page 7:


Ok alhamdulillah semuanya betol. So bagus..no comment hehe

Page 8:


Ni mama rasa kes tak fahan soalan, atau kes xingat keywords. Patotnya soalan nintakboleh salah. Dan sekali lagi soalan bundarkan, kakak salah untuk dua2 soalan bundarkan huhu. Ruginya mama tak tekankan tajuk tajuk bundarkan ni. Huhu.

Page 9:


Soalan jam lagi. Dan salah lagi. Nasib Naik dapat jugaklah markah sikit dari tak dapat langsung ni. So semua soalan berkaitan jam, kakak tak dapat jawab. Now dah boleh buat conclusion yang kakak tak pandai tengok jam lagi huhu. Pasni mama kene tanya pukul brapa hari2 dah.

Page 10:

Ok good. Smua betol. Operasi tambah tolak ni memang sepatotnya takde masalah lah. Sejak tadika lagi belajar kan.


Page 11:


Ok yang ni pon sangat rugi. Patotnya bila ada kotak besar kat tepi tu, kakak kene tau yang kotak tu kene ada jalan kira. Huhu rugi markah kene tolak sebab takde takde kira .sayanggg huhuhu

So camtulah review subject math final exam zara. Sedihhh...tak sangka jatuh sampai tak dapat A. Ni kira alarm untuk mama m kakak struggle dan takboleh over confident dengan subject ni lagi. Kene titik beratkan semua subject walaupun nampak macam dh cemerlang.


Wednesday, October 3, 2018

Buku kecil kakak

0 comments
Date: 3.10.2018
Time: 8.35pm
Venue: Home

Nak tengok apa benda yang kakak zara suka buat sekarang ni???

Ni ha....buku kecik2. Allah hai...kecik bebenor besar taik mata je buku nye. Gigih pulak dia gunting kertas kecil2, pastu tampal gam kt tengah sikit. Jadi buku kecik ni. Pastu...siap buat cover buku yang pelbagai tu.



Kakak zara ni memang kreatif yang amat. Banyak idea dia setiap hari yang dia keluarkan. Cuma kami mama papa ni selalu tak sempat nak snap apa yang dia buat, sebab bila pandang tu...dah hancur dah...kene kacau dek adik2 dia...



Ini bukti yang adik-adik dia pantang nampak barang kakak tersusun elok di meja. Kakak leka tengok laptop tinggalkan meja kejap...sure kene serang hehehe. 

Pastu bila kakak tengok hasil kerja dia dah kene kacau dengan zariff dan zaffri..mula la perang dunia ke-7 bermula..hahahhaa...hai laaa anak. Mana tak riuh rumah kami ni kan? Ini baru anak tiga orang, kalau anak ramai tu lagi la seronok...lagi riuhhhhh! 





Tapi secara positif nya la kan, bukan diorang ni niat nak kacau ke apa. Kadang-kadang kitorang rasa sebab kakak ni dia dh besar, dah pandai main sendiri dan geng dah dengan adik-adik.

So adik-adik ni, cuba nak tarik perhatian kakak dia. Dengan kata lain, cuba nak masuk geng dengn kakak dia, nak main sama-sama. Tapi kakak pulak, tak fikir macam tu. Kakak sentiasa akan fikir yang adik-adik dia ni "pengacau". Kesian kan?



Satu sikap yang boleh di puji abang dia pulak, selain suka mengacau kakak tu adalah suka ajar adik zaffri tulis-tulis. Main warna pon abang yang banyak ajar adik. Abang zariff ni semacam penyabar sikit orangnya. Tahan je dengan kerenah adik yang berumur setahun tu. Ye lah, adik umur setahun apa sangat dia pandai bab2 tulis ni. Conteng-conteng tu pon dah kira expert hehehe.

So as of now, zaffri umur setahun sebulan ni, adala pandai pegang pensil skit-sikit dengan tunjuk ajar abang zariff. Kakak zara??? ajar abang pon dah menengking macam cikgu besar. Ini pulak nak ajar adik zaffri. Transform jadi singa jadian agaknya hahaha.




Sunday, September 30, 2018

The lost world of Tambun

0 comments
Date: 30.09.2018
Time: 10.30am - 5.30pm
Venue: Lwot

Pagi- pagi lagi kami sampai di LWOT ni dan start terjun dalam air berendam. Semua pon excited. Kakak zara yg paling excited. Zarif rilek je, tak berapa teruja sebab sejenis yang takot air (macam biasalah). Adik zafri...hmmm harini adik tak berapa sihat. Mungkin sebab semalam masa mandi swimming pool kat hotel tu dah terdedah dengan hujan agaknya. Jadi hari ni mood dia agak spoiled lah.

Area lost world tambun ni takdela besar mana. Kalau nak dibandingkan dengan sunway lagoon tu. Mungkin dalam 5kali ganda la kot. So, oke laa untuk anak-anak enjoy.

Banyak tarikan kat lost world tambun ni.Kami tak banyak jelajah sebab zaffri banyak tantrum dan tido.

So, ni entrance lost world tambun tu.





Kami datang beramai-ramai tau..bersama keluarga ciksu wany dan ciksu Nabilah. 

Keluarga Ciksu Wany


Keluarga Ciksu Nabilah


Oke...jom kita masuk dalam tengok apa yang menarik. Katanya ada macam-macam. Petting Oo la, hippo island la..jom2.







Friday, September 28, 2018

Swimming dan Gerbang malam Ipoh

0 comments
Date: 28.09.2018 
Time: 3.30pm
Venue: Ipoh - Perak

Alhamdulillah. Plan untuk bercuti bersama keluarga tercapai. Memang lama benar dah tak keluar bercuti ni sebenarnya. Sejak mengandungkan zaffri la kot.

Kali ni kami ke PERAK!

Kami bergerak dari Kuala Lumpur dalam jam 12.30pm. Berhenti di rnr sungai buloh untuk mengisi perot. Makan tengahari di KFC RnR sungai Buloh. Anak-anak yang pilih nak KFC. Layan lahh 

So kami teruskan perjalanan melalui PLUS highway ke perak. Checked in di Hotel Seri Malaysia tepat jam 3.30 petang. Kenapa hotel seri malaysia? kan?? hmmm...papa diorang ni memang suka benar dengan hotel ni. Walhal banyak je hotel lain yang lagi baru dan glamour. Tapi dia tak selesa. Suka hotel ni jugak. Kami amik family room yang ada katil queen size dua bijik RM190 untuk satu malam. Dapat voucher breakfast untuk 3orang dewasa. 



Lepas checked in, anak-anak tak sabar nak main air kat swimming pool. Jadi, masuk bilik dan terus tukar baju. Dan-dan pulak hujan lebat. Kesian ank-anak. Terpaksa la tunggu hujan reda sikit baru boleh join terjun pool.




Kat dalam pool? semuaa excited! Paling excited kakak dan adik la. Abang memang sejak dulu tak suka main air. Tapi ok la, kali ni dah makin improved. Dah join main air macam orang lain. Zaffri..comel sangat...kemain tak sabar nak masuk air..seronok!




Dekat maghrib, semua naik masuk blik untuk mandi dan tukar baju. Plan seterusnya adalah ke gerbang malam. Katanya situ ada jual food. So dinner malam ni kami redah area gerbang malam sajo...ngeee

Gerbang Malam - Ipoh

Sesetengah orang tak suka gerbang malam ni. Tapi pada kami enjoy je. Oke la. Macam downtown or uptown tu la. Jual barang-barang macam beg, pakaian, kasut, perfume..paling banyak orang jual kat sini kali ni..minyak rambut Pomade! hahaha. agaknya tengah in kot kt perak pomade ni. hehehe




Kami ada beli jugakla pomade tu RM10 satu, almaklumlah. Ada anak lelaki sorang ni yang selalu nak handsome ahhaha. Papa dia pulak beli perfume kereta bau honey due RM10 utk 2 ketul. Mama beli kasut je rm20 hegget..oke la tu kan.

Makan kat kedai mamak area gerbang malam tu je. Not bad. 

Pastu balik bilik dan berehat...nak simpan energy untuk enjoy di Lost World of Tambun esok! yeay!


Monday, September 24, 2018

Zaffri pakai topi abang

0 comments
Date: 24.09.2018
Time: 9.00pm
Venue: Home

Nak cerita pasal zaffri.

Semakin besar ni, semakin active adik. Masih tak boleh jalan lagi. Cuma mampu berdiri dan bergerak dengan bantuan wagon atau pon pegang-pegang kt perabot je baru. Hehehe. Memang kalau ikut sejarah kakak dan abang pon, setahun sebulan baru dapat jalan.

Zafri, kalau nak ikotkan lagi 2 hari dah setahun sebulan. Tapi....hmmm.. macam delay je progress nye ni. Hehehe. Ala..merangkak hari tu pon delay 2minggu dekat 3 minggu jugak compared to kakak dan abang. So, expected jalan pon maybe delay dalam sebulan jugakla kot.

Perkataan, dah banyak jugaklaa dia boleh sebut. Agaknya zaffri sejenis yang cepat mulut tapi lambat jalan hehe. Gigi pon laju jugak tumbuh. Sekarang dah 6 batang.

Malam ni, zaffri ternampak topi abang dia. Cuba nak pakai sendiri tapi tak pandai. So mama pakaikan.maka..tersengeh kemainlahhhh...

Memandangkan masih tak boleh berjalan atau berlari...jadi...dia punya gembira merangkak laju2..pastu pusing2. hahahaha comel!




Sunday, September 23, 2018

Laksam Kelantan

1 comments
Date: 23.09.2018
Time: 5.00pm
Venue:Home

Happy sunday!

Dah lama dah memendam niat untuk masak laksam. Mama pandai kukus laksam je, kuahnya mama tak pandai. Kuah laksam memang kene papa masak.

Harini, tekad..sebab dah janji ngan mak buyung a.k.a ciksu wany pasal nak kukus laksam. So, malas ke tidak..memang kene la weh.hehe

Sedikit ilmu yang nak share untuk adunan laksam ni kan. Mama tak pasti lah macam mana orang lain buat. Tapi based on mama punya experiment...banyak kali try buat..try and error..adunan ni paling mama rasa sesuai dan sedap.


Bahan laksam
1 cawan tepung beras
1 cawan air panas gelegak
1 cawan air suhu biasa
1/3 sudu kecik garam

Tu sukatan yang mama suka. So, kalau nak banyak...double kan je semua bahan tu. Simple! Mama tak suka campur tepung gandum sebab nanti adunan tu melekat dan keras. huhu






So...pada sesiapa yang nak mencuba tu..sila lah! Kuah..tak pandai! hehehehe

Thursday, September 20, 2018

Zariff dan Zaffri

0 comments
Date: 20.09.2018
Time: 3pm
Venue: Dalam kereta dan kat rumah

Lately ni zaffri dah tak suka tido dalam carseat. Meragam tahap gaban. Yang peliknya, kami selaku parents ni, bila dah anak ketiga, dah semacam ada kepercayaan pada anak tu bahawa dia ok dan selamat.

Jadi, kami yang selaku mak bapak ni jugak..dengan rela hatinya membenarkan si kecil baby bam bam kami tu tido kat dalam kereta atas seat kereta seperti gambarajah di bawah ini! Ishhh ishhh ishhh...adakah ini patot tuan puan? Sila perhatikan betol-betol..wajarkah kami berbuat sedemikian??

Tapi apakan daya, disebabkan malas nak fikir dan dengan dia meraung sekuat ati (sedangkan selama ini, anak no 1 dan no 2 pon meraung sekuat ati jgak. Tapi masih cekal untuk dengar demi keselamatan beliau). Jadi..redha jelah! uwaaaaaaaaaaaa



Kat rumah pulak, zaffri ni kalau dapat barang abang atau kakak laa kan..Punya dia sukala! Segala baranglah. Toys ke..pakaian ke..topi ke..haa ginilah kekdahnya. Nasi abang pon dia nak bedal! hahahaha




Sunday, September 2, 2018

Cinta 100kg

0 comments
Date:02 September 2018


Nota Penting:
Umur Zahra: 6tahun 10bulan
Umur Zariff: 4tahun 11bulan setengah (16hb ni sambut birthday ke 5)
Umur Zaffri: setahun seminggu

Malam tadi tengok cerita “Cinta 100kg” drama bersiri. Kisah perempuan berbadan gempal sikit couple dengan pilot.
Dalam cerita tu, pilot tu handsome sangat hehe. Then mama cakap dengan zariff, “Riff…bila besar nanti jadi pilot ek? Mama nak jalan-jalan around the world. Bolehlaa…ek?”

Then zariff jawab “ala mama…abang takot la nak drive kapal terbang. Nanti abang takot tinggi sangat nanti”
Huhuhu..gayat tinggi rupanya anak jantan mama nih.

Padanla kalau mandi kolam pon dia taknak, rupanya gayat air dalam jugak. HuhuuPastu mama ckp “Ooooo yeke! Takper la kalau macamtu, nanti mama cuba pujuk zaffri pulak suruh jadi pilot hehehe”.


Kakak pulak, sekejap je layan cinta 100kg ni, pastu sudahnye..krohhh krohhh... Tapi sempat jugakla mama tanya "kakak...this lady chubby mcm mama ke?"
Kakak jawab..."ohhh...tak..dia chubby sssiiikkiiiiitttttttt dari mama" huhu...sikit je??? sedihnyeee hahaha

Saturday, September 1, 2018

Kisah mimpi zariff

0 comments

Date: 01 September 2018
Time: Sepanjang hari
Venue: Home


Bangun tido pagi tadi, zariff cakap "mama...tadi kan abang mimpi abang fight dengan ironman. Pastu abang menang. 
Abang dapat tengok wajah ironman. Muka dia ada besi-besi kat tepi."

Mama cakap "eh..kenapa fight dengan ironman, kan ironman baik!"

Zariff jawab "oooo...tadi ironman jadi orang jahatlaa mama"

Mama krik..krik..tak tau nak response apa. Mampu jawab "waahh...abang dapat tengok wajah ironman ye? hebatla abang menang fight tu" huhu.
Kadang-kadang mama ni tak reti nak response bila anak lelaki cerita ehwal kehebatan mereka. Sebab sepanjang mama membesar dari kecil sampaila sekarang,
mama tak pernah mengalami mimpi-mimpi serupa itu sayamg.

Pastu bila malam pulak, zariff terlebih energy, agaknye penangan kehebatan melawan ironman malam tadi. Asyiklaa melompat berlari. Ada mama terbaca kat mana artikel dah lupa. 
Dia cakap budak lelaki ni memang semulajadi energy lebih. Jadi mama suruh zariff masuk bilik, lompat atas katil sambil baca abc sampai z.
Bila tanya, "abang penat tak?" 
Zariff cakap "takk...abang tak penat pon..."
Mama cakap "oke...lompat lagi sambil ulang balik a-z sampai habis energy.." kah kah kah

Sunday, August 26, 2018

Iman Zaffri setahun jagung

0 comments
Date: 26 Ogos 2018
Venue: Pudi Chalet - Kuala Besut, Terengganu

Alhamdulillah, Zaffri dah masuk umur setahun. Pelbagai pengalaman dan kepandaian adik sehingga umur setahun ni.

Zaffri ni ada sedikit peel mulut becok macam kakak. Banyak bebel walaupun tatata bababa je. Menyembur berair mulut..lencun banjir satu kawasan. 

Sedikit sebanyak nota untuk zaffri:

Kepandaian Vocab
1. Sebut Mmaaa...(Mama)
2. Sebut Ppaaaa (Papa)
3. Sebut TTaaaakkk! (Kakak)
4. Sebut Ball (garau betol sebutan ball ni. kelakar)
5. Dan mumblingg baby's talk contohnya macam Tatatata...bababababa..
6. Bunyi Meow (bila tengok kucing)
7. Bunyi Voooommmm (Bunyi enjin kereta, dalam betol bunyi kereta)

Kepandaian dan kefahaman
Panggil zaffri atau adik..dia akn pandang dan senyum.
Cakap Babai (Bye-bye), dia faham dan lambai2 dengan tangan. Maklumlah hari2 training babai2 kt mama ngan abang.
Kalau cakap "dik...come2!" mesti datang..faham sangat.
Pastu kalau cakap "clap!" nanti adik akan tepuk2 laa. hehe pandai sangat.

Hobi/Kegemaran

1. Ball 
Dulu memang tak tau dia suka bola. Sebab kalau nak ikutkan abang zariff memang tak suka bola. Bagi dia main bola pon dia tak layan. Jadinya rumah kami takde bola. Kisahnya, satu hari kitorang pergi rumah ciksu wany, Aariz memang banyak bola. Sekali zaffri excited pulak. Kemain suka. Macam tau pulak bola tu kene pakai kaki. Walaupun dia duduk, tapi dia hulur-hulurkan kaki nak sepak bola. So sekarang ni, kalau pergi mana-mana, memang kami bagi bola la kat zaffri. Dia sure suka.

2. Tayar kereta mainan dan kereta mainan.
Yang ni rasanya semua baby boy suka la kot. Secara semulajadi suka. Kes zaffri pulak, mungkin sebab lahir-lahir je, abang dan papa dah bagi dia main hotwheels. Pastu tengok pulak koleksi-koleksi hotwheels abang dan papa yang penuh dinding. So secara sendiri dia suka kereta. Pandai pulak, gelek kereta sambil buat bunyi vooom...vooommmm... agaknya papa ajar kot ni.

3. Main air
Ni beza sikit dari abang zariff tapi sangat sama dengan kakak zara. Pantang ajak mandi memang excited suka mandi sebab suka main air. Pastu tampar2 permukaan air bagi merecik kene muka pastu gelak kuat-kuat. Haaa itu memang kegemaran. Tapi kakak lagi upgrade la, suka buat buble siapp penuh bilik air. Adik maybe soon. Abang? mandi pon meraung taknak, ini pulak nak bagi main air? Memang idokler..huhu

4. Memerhati luar rumah dari sliding door
Adik zaffri ni sejenis "observer" sikit. Suka sangat perhatikan orang lalu lalang tepi rumah. Orang joging tepi rumah ke. Apa-apa yang lalu lalang tepi rumahla. Kadang miow2 pon suka melepak tepi rumah kitorang tu. Bukan setakat Miow, Monkey pon banyak hahaha. So zaffri memang suka dok area tu. Termenung dan perhati.

Ok..buat hari ni..itu saja dulu. Nanti mama sambung lagi cerita pasal zahra zariff dan zaffri ye. Babai...

Friday, August 17, 2018

Zarif tak meragam bgn tido

0 comments
Date: 17.08.2018
Time: 9.00pm


Lately mama balik keje lambat. Sampai rumah dah dekat pukul 9 lebih setiap malam. Selalunya yang dah lena is adik zafri la. Tapi malam abang zarif pon dah tidur. Sedih sangat. Agaknya tengahari tadi tak tido la kot. Zarif memang sejenis yang kene tidur siang. Sekejap pon takpe.
So, bila bangun pagi tadi. Memang senyum lebar dia bangun. Happy sangat yaAllah. Rasa mood tiba2 good. Tak pernah laa dapat merasa senyuman abang di pagi hari macam pagi tadi. Terus malam ni type kat blog buat kenangan.

Bila on the way hantar zarif school, kakak pulak. Sedikit kelakar jugaklah. Pasal kakak zara. 

Mama: "Kak...bila awak next exam ni? Aimy (kazen dia), dah last paper dh harini kak.."
Kakak Zara :  "Entahla mama, cikgu takde cakap apa-apa pon"
Mama: Ouh yeke..tapi make sure dapat 100% tau!
Kakak Zara : Oke! senang jelah mama!! tapi sains tak senang. susah sikit nak dapat 100%.
Mama : oooo....yeke... kalau nak jadi hebat macam doktor..engineer.. sains kene score kakak. kene dapat 100%!
Kakak Zara: Ouh...kalau nk jadi org jual?? kene pandai apa mama?
Mama : Erkkkk..(dalam hati terfikir..semua benda nk relate ngan org jual2..uwa! memang betol2 business minded la awak ni zara). Kalau nak jadi orang jual-jual lagi la..kene pandai semua..lagi2 math tu. memang kene 100%!
Kakak Zara: Ok mama!

Hmmm...tak boleh blah dia dengan business minded. Tapi alhamdulillah..atleast anak mama yang baru nah cecah 7 tahun bulan 11 ni dah ada minat sendiri. Dah tau kehendak dan kecenderungan sendiri. Dah ada cita-cita yang realistik. Alhamduliilah. Mama sentiasa doakan kecemerlangan ank-anak mama dunia dan akhirat ye. Amin.

ohhh ya...hari ni cikgu ada update pasal aktiviti abang di sekolah.
Kata cikgu, Aktiviti membuat kad raya pula harini. Seronok abang. Hari-hari menarik pembelajarannya.

Thursday, August 2, 2018

Update kisah 3z...

0 comments
Date: 02.08.2018
Time:
Venue:


Lama tak bercerita pasal anak-anak. Sejak kebelakangan ni dan sejak-sejak anak tiga ni memang terlajak busy. Kalau kat rumah, langsung tak sempat nak buka laptop sebab laptop dah kene conquer dengan kakak zara. Handphone mama pulak kene conquer dengan si abang zariff. Nak tengok tv pon tak sempat, sebab all the times bukak kartun zaffri je. 

Hmmm nasib badanla ye. So, apa yang papa dan mama busy sangat tu? Ofkos la busy dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Non-stop oke! NOOOONNNN STTTOPPP! Memang agak salute jugakla dengan rumah sape2 yang anak ramai tu kemas dan tersusun rapi. Sebab rumah kami yang baru ada 3 ketol ni pon dah tak mampu nak nampak clear.

Buat masa ni, tukang "kemas" rumah is kakak zara lah. Peel puteri sorang ni, pantang nampak rumah kemas, tersusun...nanti dia akan angkut segala toys box dalam bilik dia, dia keluarkan dan mula main "jual-jual barang". Haa....start je main jual-jual ni memang habislah...habis! hmmm. Satu sifat semulajadi zara ni, business minded person. Semua benda dia fikir nak business. Even kalau tanya cita-cita dia pon, nak jadi orang jual-jual sebab banyak duit katanya hehe. Mama wish you all the  best tau kakak zara!!

Zariff pulak, yang ni bukan kaki sepah rumah. Langsng tidak! So untung sapa bini dia nanti. Memang xpandai nyepah. hehehe. Sedikit berdisiplin compared to kakak. Kalau main toys tu...main certain2 benda je. Let say dia main kereta kecik, dia amik beberapa biji je...bukan semua dalam display rak tau..beberapa je..Then dia main la ikot cretivity dia. Pastu setel main, laju-laju dia simpan balik dalam rak. Ni maybe sebab papa dia trained xboleh sepah toys dia kot. Thats why dia automatic jadi disiplin sikit. Tapi....tak menyepah...TAPI...suka yang amatlaaaa kacau kakak dia. Nak tarik perhatian gamaknya. Pantang tengok kakak susun apa-apa, memang habislaa. Hahaha.. Rasanya parents out there yang ada anak 2 or more, atau different gender or same..Faham kot..hahaha. So, kalau dulu kakak zara la ratu air mata kan. Sekarang ni nampaknya ada pengganti takhta baru...Putera air mata pulak. Champion! Kalah dik Zafri!

Kakak dan abang ni, kesimpulan dia...masa baik..kemain macam BFF!! Tapi kalau gaduh...subhanallah!!! Dah macam anjing dengan kucing! Boleh naik pening mama dan papa dibuatnye. Gittuuuu.....


Oke...bongsu kite...dik Zaffri. Kami panggil dumuk (gemok). Paling otai wooo!!! Seriusss.. Anak no 3 kot. Macho lain macamlah! Memang tak sama. Seriusly tak sama dengan kakak or abang. Mana ada suka merengek2 macam kakak abang..Mana ada! Minum susu, amik botol...baring sendiri kat bantal and sedut..takde sebok nak kene dodoi ke..tepok ke apa. No.. Siap minum susu...campak jee botol susu tu kemana-mana then dengan cerianya sambung main! Ha..gitu! Memang sempoi!
Nak tido malam pulak, nampak dia tenyeh2 mata...garu2 kepala...pandang mama pon lain macam sendu je muka tu. Haaa dah boleh dokong ajak masuk blik. Sure laju je dia hulur tangan nak dokong. Then tunjun pintu bilik. Hehehe. Pastu nk tido pulak, xperlulah nak menenen sampai ke pagi...melekatttt, xperlu...dia sedut smpai kenyang, pastu dia pusing ke sana...golek2 sorang-sorang, tau2 dah lena...Fuuhhh memang satu nikmat luar biasa senanglaah dapat the Third nih.


Ha....seronok dapat share sikit sebanyak cerita pasal awak2 semua. Baca bila besar nanti tau..




Friday, July 6, 2018

Keputusan Pertengahan Tahun 2018

0 comments
Date: July 2018
Time: 
Venue: Sekolah Rendah Kakak Zahra

Alhamdulillah..ujian pertengahan tahun ni ada banyak peningkatan dari ujian 1 sebelom ni. Mama risau kan awak tak dapat catch up dengan kawan-kawan lain je sebab mama tau beberapa kelemahan awak kakak zara. So mama risau sangat. huhu

Terutamanya pasal soalan. Mama risau awak tak faham soalan sebab berdasarkan latihan kat rumah pon kakak banyak tak faham maksud perkataan. Contohnya "suaikan". Kakak zara tanya mama suaikan tu apa. Bila cakap suaikan is "match" then faham pulak.

So selepas ujian 1, memang kami banyak buat latihan untuk fahamkan soalan exam. Alhamdulillah..kakak improved.

Dari komen cikgu harini, cikgu cakap:

1. English zara is outstanding <- alhamdulillah.="" amat.="" bahasa="" bangga="" banyak="" belajar="" dari="" dok="" font="" hari2="" mama="" memang="" mengadap="" ok="" one="" sia-sia="" situ.="" tak="" this="" yang="" ye.="" youtube="">

2. Zara sejenis observe kawan-kawan jawab soalan yang cikgu tanya dulu. Tak terus angkat tangan dan jawab. Bila kawan-kawan tak dapat jawab, baru dia angkat tangan nak jawab. Oke ni mama risau, sebab awak ni sejenis baik hati disitu. Tak taula term baik hat tu sesuai ke tak. Atau mungkin term merendah diri?? not sure. Or..tak confident?? macam tak kene jugak. Tapi patotnye tak boleh. Kene ada sikap aggressive sikit dalam dunia yang serba competitive ni. uhuhuhu.

3. Zara ni suka drawing cikgu cakap. Haah! yang ni memang amat betol. Dia memang suka meluks. setiap masa, pantang ada kertas, memang suka lukis. Tak sangka pulak kat sekolah dia buat peel tu jugak sampai cikgu pon boleh perasan! hahaha. its oke...as long as kakak faham apa cikgu ajar, kalau rasa ada masa terluang tu why not! lukislah anak!



Tuesday, May 29, 2018

Zaffri nak solat

0 comments
Date: 29.05.2018
Time: 8pm
Venue: Home

Adik zaffri, kalau tengok mama pakai telekong mesti akan response dengan penuh terkesima. Dan mama pula, tengok muka baby yang penuh terkesima tu, bukanla rasa excited ke apa, tapi sedikit rasa cuak. Dalam hati "apalaa adik nak buat kat mama masa solat nanti" . Siapa yang ada baby, mesti faham perasaan ni. Memang nervous nak solat bila anak ada sebelah ye!

Satu sebab kenapa nervous adalah, takot tak kusyuk nak buat setiap pergerakan solat. Memang for sure akan susah la nak bangun duduk dengan seketul manusia comel dok bergantungan di telekong tu huhu.

Kedua sebab, risau takot bila kite tak perasan masa solat, baby terjatuh disebabkan dia memanjat badan kite. Ni part paling nervous la.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...